#DRPB : EPISOD 24

2 August 2013
24 Ramadan 1434H


Hari paling panik! Bangun pagi, sakit kepala. Berdenyut-denyut tak tau nak buat apa. Nak mintak MC, kena jugak ke office untuk settlekan semua kerja. Gagahkan diri untuk pergi kerja. Nak dijadikan cerita, macam biasa, train time  pagi memang penuh, padat. Tertempek kat pintu, itu normal.Tiba-tiba, perut mula memulas. Bukan nak berak. Kepala makin pening. Rasa macam nak pintam. Penglihatan makin lama makin kabur. Sampai last-last, macam tak nampak apa. Dalam hati, "janganlah pengsan kat sini. Tolonglah. Jangan jatuh dalam train". Dari stesen Salak Selatan,Cheras, Chan Sao Lin, Pudu, Hang Tuah, Plaza Rakyat, Masjid Jamek,dan Bandaraya cuba bertahan. Sampai satu badan berpeluh macam jogging 1000km. Fuh! Inilah ujian paling getir setakat ni. Masuk office, duk dalam air-cond, fuh lega sikit. Cuma, lepas tuh menggigil pulak kesejukan. Sah, aku demam.


Kerja tak berapa berat,cuma perlu tolong pasang lampu lip-lap lip-lap dalam office. Kemudian,ada meeting untuk sub-committee event bulan Oktober nanti. Mak aih, kena jadi committee logistic department pulak.Tak pernha lagi join department ni kalau join event apa-apa. Takpe lah, cuba timba pengalaman yang baru. Tugasan cukup berat sebab tak biasa buat. Kena tempah hotel, tiket flight untuk peserta dari Asia Tenggara semua, setup booth, tempah dan dekorasi dewan dan macam-macam.Ok,layan.Aku sahut cababaran.


Hari terakhir di KL, berbuka puasa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dengan Hanifi dan member dia lagi sorang.Fuh, penuh dengan budak-budak sekolah nak balik kampung. Semua kedai makan penuh. Last-last, berbuka dekat tiang,lol. Lepas solat maghrib baru pekena nasi di Pak Hailam Kopitiam.


Alhamdulillah, tiket Barcelona vs Malaysia dah sampai ke office. Harga satu tiket RM259.50. Pergh, boleh tahan mahal. Dapat 2 tiket,cuma tak tau nak jual kat sape. Kalau tak jual,macam rugi la pulak.Akhirnya, jual murah-murah.RM200 untuk 2 tiket kepada Amnie. Malam buta dia datang ambil dengan bapak dia. Haha,  style.


Hari yang panjang.... Lepas settlekan pasal tiket bola sebab dah nak berangkat balik kampung, setle kan pulak urusan mendobi pakaian, menjemur dan last but not least, packing barang! Jom balik kampung

Post a Comment

0 Comments