5 August 2013
27 Ramadan 1434H
Hari Isnin? Seronok betul tak payah nak monday blues bagai. Wooooh! Seronok betul dapat cuti awal sebelum raya. Tapi kan, terfikir jugak. Adakah tahun-tahun akan datang masih lagi dapat bergembira macam ni? Jeng jeng jeng. Cuak jap. Apapun, sementara dapat cuti macam ni tahun ni, enjoy sakan.
Rutin harian kat rumah? Bersenang-lenang sambil tengok-tengok apa yang patut. Kalau telebih rajin, buat mana yang perlu,haha. Hari ni dah mula prepare barang-barang untuk bakar lemang. Paling tidak, tahu macam mana nak buat lemang dan bahan-bahan yang diperlukan.
Sebelah petang, sempat pergi meronda ke sekitar Kota Bharu.Fuuuuuuuuh panjang. Jalan penuh sesat. Tu pun nasib baik pergi merempit. Tak lah terseksa sangat makan jem sebab dapat cilok kanan cilok kiri. Saja je nak tengok sendiri kesesakan. Kebetulan petang tuh nak ke Medan Ikan Bakar, belakang New Horizon Garden untuk majlis berbuka puasa dengan gang sekolah dulu.
Alhamdulillah, seronok dapat berbuka puasa dengan sahabat-sahabat yang boleh dikatakan membesar bersama selama lima tahun. Pendek kata, baik buruk, kelebihan dan kelemahan kita mereka tahu. Walaupun dah bertahun-tahun tamat zaman persekolahan, namun persahabatan yang terjalin kekal sampai ke hari ini. Ini lah antara salah satu nikmat yang wajib disyukuri, dikurniakan sahabat-sahabat yang setia. Menu berbuka puasa pun best, ikan tiga rasa, daging masak merah, telur dadar, tomyam campur dan macam-macam lagi. Paling penting, sempat order akok best dari Pasir Mas.
Sebelah malam? Sempat gi hantar akok rumah nenek sambil makan colek. Upacara membakar lemang pun dah start untuk start berniaga. Tak sempat lemang masak, aku dah terbongkang tidur, lol! Hancur.
0 Comments