iPhone 5 RM88/bulan

Dah dekat raya, macam-macam nak serba baru. Kalau golongan mak-mak, nak sofa baru,langsir baru, dan perabot baru. Kalau golongan ayah-ayah, mungkin ada yang nak kereta baru, motosikal baru dan isteri baru, eh! Kang tak jadi raya, jadi perang dunia ke-3 pulak, wakakaka. Anak-anak muda remaja macam kita semua ni, nak apa pulak? Semestinya lah kalau boleh nak gajet baru, tambah-tambah yang ada promosi hebat sempena raya. Tapi ingat, "ukurlah baju di badan sendiri". Nak berbelanja tak salah, cuma kena pandai berjimat-cermat dan bijak membuat pilihan.


Tahun ni boleh dikatakan beraya dengan produk Apple. Satu dah dapat, ipod nano. Cuma satu lagi belum diterima iaitu ipad mini. Kempunan jugaklah tak dapat beraya dengan ipad, kalau tak syok jugak boleh snap sana snap sini. Apapun, thank you to sponsors (TM dan Astro). Tapi, yang kat bawah ni.....herm belum mampu, tapi mengancam. Mungkin boleh cuba, eh!


Celcom iPhone 5 Raya






Yang dah lama berhajat nak pakai iPhone 5, ini lah peluang. Kalau tak mampu lagi, usah bimbang.Kumpul duit raya banyak-banyak dulu baru pi serbu kedai Celcom. Kalau tak cukup jugak duit nak beli, jangan memberontak. Tak boleh Apple ni, kita beli Epal kat supermaket buat jus, OK? 


Mai nak share, sedikit-sebanyak info yang diterima sebentar saja tadi pasal promosi yang dibuat oleh Celcom. iPhone 5 dengan harga serendah RM1,488 dengan melanggan Celcom First Data mPro Plus RM88/bulan (kontrak 24 bulan).


Promosi ini hanya berlangsung sepanjang 11 July - 15 September 2013.


Apa keistimewaan Celcom First Data mPro Plus yang orang duk cakap pong pang pong pang ni?
  1. Komitmen fee bulanan hanya RM88 sebulan
  2. Harga iPhone  5 serendah RM1,488
  3. Data bulanan sehingga 5GB
  4. Percuma 60 minit dan 60 SMS. Penggunaan melebihi had yang ditetapkan akan dicaj pada kadar 15sen/min/sms.

Kalau rasa berminat, nak pakai iPhone 5 time raya ni, boleh la pi usha-usha di BlueCube atau Celcom Xclusive yang berdekatan. Lepas raya pun sempat lagi.


Takpun, kalau malas nak berjalan, nak elak kesesakan lalu-lintas, boleh je usha-usha kat kotak biru ni dulu.


Maklumat lanjut, boleh pergi bertandang ke rumah Celcom : 

Post a Comment

2 Comments

  1. amboii... nak beraya dengan iphone ke? phewwiitttt

    ReplyDelete
  2. KiD:
    uishh, takde lah bro
    pasang angan-angan je dulu,haha

    ReplyDelete