#UrMalaysianIsShowing Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku


Astro, Nuffnang, Churp-churp, Bloggers dan rakyat Malaysia


Mesti ada yang tertanya-tanya, ada apa dengan hashtag #UrMalaysianIsShowing. Sebenarnya, pada 24 Ogos 2013 yang lepas, pihak Astro ada melancarkan kempen sempena bulan kemerdekaan. Event ni telah berjaya diadakan di North Court (berhadapan food court) Level 3, Midvalley. Dalam ramai-ramai anak Malaysia yang ada, I'm one of them yang turut serta memeriahkan majlis pelancaran #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond anjuran Astro. Terima kasih kepada pihak Nuffnang untuk jemputan kali ni. Selain bloggers Nuffnang, churpers dari Churp-churp dan rakyat Malaysia yang bertandang ke Midvalley turut serta memeriahkan acara. Awesome!


Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Hah,kalau ada yang tak tahu lagi, tema untuk kemerdekaan ke-56 untuk tahun 2013 ni adalah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Fuuuh, bunyi sungguh patriotik. Tanggal 31 Ogos bakal menjelma tak lama lagi, maka seluruh rakyat Malaysia akan bersama-sama meraikan sambutan hari Merdeka. Uish,tiba-tiba eksited nak pergi tengok live di Dataran Merdeka,jejom... 


#UrMalaysianIsShowing 

Registration: Bloggers and media

Antara bloggers yang turut serta dalam event kali ni adalah amirnawawi, sohoque, jocko, cik lily putih, yana yassin, mira cikcit, hanis, kifly, shahrizan, atika ramlan, kelly, jeff, mekonie, asyik, dan ramai lagi.. Tak cukup space nak taip semua,haha. Jangan kecik hati ye kalau tak sebut, nak lepas geram sila tinggalkan komen, LOL.




Selain bloggers dan public, turut serta turun padang adalah selebriti tanah air. Antaranya, Aznil Hj Nawawi, Lisa Surihani dan Hanif JOHARA.




#UrMalaysianIsShowing Challenge

Korang jangan lupa usha aplikasi Facebook Go Beyond dan tetaptakan nilai positif korang di Astro Go Beyond Nanti, akan ada meter positif untuk setiap apa yang korang kongsikan di facebook. Apa lagi, jom la try. Sama-sama semarakkan semangat Kemerdekaan.


Ok, sambung cerita. Apa yang best time event? Mai nak story.. Sempena pelancaran kempen ni jugak, 60 bloggers dan churpers yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 team 4 orang) untuk menyertai #UrMalaysianIsShowing Challenge. Tugasan mudah saja, cuma perlu tweet dan upload gambar di Instagram untuk sama-sama sebarkan aura positif #UrMalaysianIsShowing kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi media sosial. Pemenang top 3 ditentukan dengan jumlah tugasan terbanyak yang berjaya disiapkan oleh setiap kumpulan.



Tahniah kepada semua para pemenang. Meriah betul diorang sambut Merdeka tahun ni dengan memenangi voucher untuk shopping. Macam-macam tugasan yang telah berjaya kami semua lakukan. Nak tahu apa? Boleh cek instagram. Sampai satu tahap, gelabah tak tentu pasal, nak nyanyi lagu Negarku pun lupa lirik, adeh. Lawak betol. Mekonie pulak, tolak trolli lepas bersihkan meja di foodcourt sampai langgar customer yang duk makan. Cepat-cepat dia mintak maaf. Hah, tu baru betul #UrMalaysianIsShowing. Menang kalah belakang cerita, yang penting kami semua enjoy kena buat tugasan-tugasan yang tak pernah kami buat. Good experience :)



Juara team sohoque, naib juara team kak lily, dan tempat ke-tiga team jeff. 


Design t-shirt #UrMalaysianIsShowing

Seronok dapat design t-shirt sendiri... Jom try


Kalau berminat nak order T – Shirt #UrMalaysianIsShowing yang macam aku, Lisa Surihani dan bloggers pakai, korang boleh buat design sendiri  dengan menggunakan aplikasi Facebook di facebook Design t-shirt #UrMalaysianIsShowing


Di Midvalley tempoh hari,harga untuk sehelai t-shirt cuma RM20. Order dan terus dapat. Untuk online order pulak, harga untuk sehelai t-shirt adalah RM25 dan hasil jualan akan disalurkan kepada Astro Kasih untuk program charity. Ayuh, shopping baju dengan design sendiri sambil beramal :)


Positive Engine


Kalau berkunjung ke Midvalley, jangan lupa singgah jenguk, snap photo dan tenung tajam-tajam replika yang diberi nama sebagai ‘Positive Engine’ kini dipamerkan di aras 3 untuk tatapan semua. Istimewanya replika ni, ia menampilkan kesemua mercu tanda unik di Malaysia. Seriously, memang menarik perhatian.


Tak sah kalau lepas event tak menjamu selera. Menu kali ni agak style, ala-ala vegetarian. Ok la, tukar selera sekali-sekala. Apa-apapun, bloggers dan kamera,memang tak dapat dipisahkan.



Hah, ni penyakit apa ni? Simptom-simptom snap gambar sendiri dipanggil gejala "camwhore"
Sebenarnya, ada yang lagi parah.Nanti, share next time,lol


Sebelum berarak ke Dataran Merdeka....
Jom, layan video eksklusif Excuse Me Sir. Cekidout...



Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-56 untuk semua rakyat Malaysia Sama-samalah kita menghargai keamanan dan kebahagiaan yang kita kecapi hari ini. 

I love Malaysia

Proud to be Malaysian :) 



Kalau nak tahu pasal kempen Astro Negaraku dan “Excuse me Sir your Malaysia is showing”, korang boleh layari www.astro.com.my/negaraku


Brought to you by


Sponsored by

Disclaimer: This is a sponsored post by Nuffnang

Post a Comment

14 Comments

  1. yeayy ada gambar Asyik juga..selamat hari kemerdekaan ke56..:)

    ReplyDelete
  2. Mira Cikcit:
    gambar tu je yang senonoh sikit..
    yang lain muka macam pontianak,haha

    ReplyDelete
  3. Asyik Izas:
    selamat hari Merdeka jugak Asyik
    ayuh spam dengan hashtag #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond

    ReplyDelete
  4. Best event nie...
    Dah champion lagi best.. he he...

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaa. Seronok tengok semua. Kemain happy! :)

    ReplyDelete
  6. waaa... best! active nya join semua2 ni. leain kali ajak la smaa.. hahaha



    ReplyDelete
  7. Fazrol:
    tahniah bro, dah jadi champion :)
    seronok jugak event santai macam ni,haha

    ReplyDelete
  8. Nurfarhana Chek Saat:
    memang la Fana
    semua seronok bila semua task kena snap photo nih...
    blogger dan kamera, terpisah tiada

    ReplyDelete
  9. Che Sakinah:
    memang seronok klu event time weekend macam ni sebab boleh join dan jumpa rakan-rakan bloggers
    next time,join la sekali

    ReplyDelete
  10. meriah..lagi lagi ada lisa surihani, ex-gf gue..hahaha

    ReplyDelete
  11. terbaik la...
    siap sponsor post lagi..
    ahahahaha

    ReplyDelete
  12. JMR:
    haha, ex JMR rupenye
    patut la comey,lol

    ReplyDelete
  13. mie:
    Alhamdulillah, rezeki blogging :)


    ReplyDelete