20sen VS RM1

20sen 

VS

RM1


Ceh, 20sen VS RM1 la pulok. Ni gusti ke tinju? Tak yah pikir panjang, meh nak story. Pasal 20sen tu tak payah cerita panjang, satu Malaysia sudah kecoh. Famous betul 20 sen sekarang kan? Dulu famous jugak, tapi setakat dalam tabung je,keh3.


Sebenarnya, semalam baru cakap-cakap dengan housemate pasal Nasi Kukus Ayam Berempah sedap lagi lazat. Dah la sedap,murah pulak tu. RM5 je satu bungkus. Kat tempat lain, susah nak cari yang sedap macam ni dan murah macam ni. Orang kata, harga sepadan dengan rupa dan rasa. Tapi abang tu, steady je jual RM5 sebungkus.


Tiba-tiba, bila balik dari office petang tadi singgah nak beli, alih-alih tengok harga dah naik jadi RM6. Ok, aku redha. Tak kan dah tercegat depan gerai, tengok harga RM6 nak angkat kaki blah kan? Kemon lah. Nanti memberontak tak tentu pasal pulak perut aku merengek mintak diisi Nasi Kukus Ayam Berempah. 


Blurppp. Alhamdulillah. Nasib baik sedap. Layankan aja, dulu RM5, sekarang RM6. Huk aloh, baru puji sikit, naik harga doh eh. Hermmmmm


 Adakah ini salah satu kesan kenaikan Petrol 20sen tempoh hari? lol

Post a Comment

13 Comments

  1. Ambo gi kelas renang, yuran naik Rm20 doh.. RM20 boh lepas minyok naik hari tuh.. Berat kakloh weh. Sebelum tu Rm50, lonih Rm70 doh

    ReplyDelete
  2. amirnawawi:
    kena tanya coach la tuh
    dalam kolam renang pun isi petrol jugok ko? hahahaha

    ke coach sendiri yang minum petrol sebelum train trainee? adeh

    ReplyDelete
  3. Rosmadi Shakri:
    nasib baik tak bayar RM5 macam biasa
    kalau tak,malu stepek,haha

    ReplyDelete
  4. air masak kat kedai mamak pon dah naik harga kot :p

    ReplyDelete
  5. AsiaCube:
    tu lah, 5 kali ganda terus dari kenaikan petrol
    mungkin dia caj untuk nasi 20sen, ayam 20sen, timun 20sen, sambal 20sen dan polisterin 20sen..hah, cukup RM1
    keh3

    ReplyDelete
  6. Dkna Abza:
    air masak direbus guna petrol jugak ke?hahaha
    macam-macam ragam orang hok berniaga nih

    ReplyDelete
  7. Johan Harith:
    terima kasih singgah follow
    salam kenal

    ReplyDelete
  8. Zuan:
    mohon Mydin jual nasi kukus ayam berempah plizz
    baru lah harga murah dan berpatutan kan? lol

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Kadang2 rasa macam magik je,ekekeke

    Ko bayangkan la krole, hari ni kita beli harga lain, tetiba esoknya, eh? harga lain.

    Tapi..skrg isu ni dah senyap..org malaysia marahnya sekejap saja,hehehe

    ReplyDelete
  10. Tinta Lana:
    Wasalam

    tu lah, magic 20sen,haha
    bab makanan ni, klu nk bising memang lapar la kite..hehe

    harap-harap,isu kenaikan ni tak jadi macam satu tabiat sudah
    sikit-sikit,nak naik harga
    sikit-sikit, tarik subsidi
    semoga pihak berwajib dpt buat kajiat mendalam dulu sebelum buat keputusan yang mungkin membebankan banyak pihak

    ReplyDelete