#NNRaya di Papa John's Pizza, Centrepoint Bandar Utama

Nampaknya, bulan Syawal sudahpun melabuhkan tirai. Di minggu-minggu terakhir,makin banyak pulak jamuan raya dan open house. Seronok, sebab kebetulan baru saja berjaya habiskan puasa 6 walaupun di akhir-akhir waktu sebelum wisel penamat, lol. Alhamdulillah. Antara siri open house membulatkan perut adalah di HQ Office pada 26 Ogos 2013. Kemudian, jamuan raya department pada 4 September 2013. Akhir sekali, open house Executive pada 6 September 2013. Pergh, berderet. Buat masa ni, tak payah timbang lagi berat badan, nanti rosak penimbang, keh3.


Paling latest, 7 September 2013 (Sabtu) ada makan-makan bersama Nuffnang dan bloggers di Papa John's Pizza, Centrepoint Bandar Utama. Kira penutup segala open house la nih. Kalau ikut invitation, majlis makan-makan bermula 7 malam. "I'm sorry, I'm late", antara ungkapan yang kurang gemar untuk diucap, tapi terpaksa jugak buat. Bukan seminit dua, bukan sepuluh minit, tapi sejam. Nak buat macam mana kan, sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. . Lagipun jalan agak jem.Sob3. Learn from mistake.


Sebenarnya, seharian aku berada di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (Jawi) untuk program Konvensyen Usahawan Muslim 2013 (KUM) *nanti story next entri sebab banyak ilmu pasal keusahawan dari ikon tersohor akan dikongsi*. Pukul 645 petang baru habis program, then terus bergegas ke Kelana Jaya sebab dah janji dengan beliamuda




Tebal lima puloh inci jugak lah muka sebab datang lambat. Nasib baik nuffies sporting. Ingat dah kena halau balik dah, wakaka *flashback zaman belajar di uni*. Member bloggers pun tak kurang hebatnya perli-perli, hak3. Redha je lah, wakenabeb!


Sampai je, terus hadap pizza yang ada atas meja. Siapa punya pun bedal je lah. Then, dapat 2 envelop vouchers as door gift. Slumber badak je mintak tambah order, nak bubur, ice cream, ice lemon tea dan pizza. Thank you to Atika sebab paham jiwa tolong order untuk late comer macam aku :)



Sementara tunggu makanan sampai, teruskan buat kerja macam biasa. Apa lagi kalau bukan kerja tangkap-muat dan camwhore. Antara bloggers yang datang tak lain tak bukan Mr Jocko, Eyriqazz, Sohoque, Mira Cikcit, Atika Ramlan, Mahamahu, KifliRawlin, kak Redmummyabang Hazman Fadzil dan ehem ehem, dan ramai lagi. Meriah satu outlet Papa  John's Pizza.



Antara aktiviti lepas makan-makan adalah lucky draw. Tahniah kepada semua pemenang. Korang memang bertuah. Seronok la ye masing-masing dapat payung Nuffnang dan vouchers Papa John's Pizza.


Mr Daniel Chee (Operations & Training Manager) dan Mr Kathiravan Seenivasagam (Marketing Manager)


Selain tu, ada jugak games buat pizza. Macam ala-ala puzzle, dan kena buat sebijik sama macam sample  yang dia bagi. Kena cari bahan-bahan tersembunyi sekitar outlet macam 8 mushroom, 5 beef bits and  5 pineapple ataupun mintak je dengan sape-sape yang ada. Terima kasih kepada semua yang sudi membantuk team Penaberkala,Jocko, dan Mahamahu siapkan pizza, hehe. Walaupun dah siap paling awal, tapi tetap dapat nombor 3. Ni konpem kena sabotaj sebab curik 1 pineapple dari group Rawlin,kah3. Adoyai.. Macam biasa, menang kalah tak penting. Apa yang penting, we have fun!


Lucky draw sudah, game sudah, group photo pun sudah. Ramai bloggers dah beredar pulang. Time nak keluar tuh, Mr Kathiravan (Marketing Manager) inform yang pizza tengah display tuh merupakan pizza 14-inch yang baru diperkenalkan. Pergh, eksited tengok. Mau tengok, jom layan..... Get ready dengan tisu, takut meleleh air liur....


Amacam, tak cukup mengancam? Hah, relax-relax, kita ada yang lagi menarik punya. Ni dari angle yang berbeza. Layan, zaaassss..... Masa snap gambar ni, rasa nak telan je. Tapi sayang, perut dah kenyang.Nasib baik mereka kasik tapau bawak balik. Torbaikkkkk!



Selain dari pizza besar gedabak ni, antara menu-menu lain yang dihidangkan di Papa John's Pizza boleh refer kat bawah ni ye... Mana tahu ada yang berhajat nak pi try Papa John's Pizza.

Chicken Ceaser Roll
Grill Chicken, Caesar Dressing, 100% Mozzarella Cheese

Tuna Melt Roll
Tuna, Onions, Thousand Island, 100% Mozzarella Cheese

Chicken Poppers
Bite Size Chicken baked into perfection

Sweet Spicy Chicken Wing
Succulent and juicy roasted chicken wing in sweet spicy sauce

Cheesesticks
Fresh dough covered with special garlic sauce, topped with mounds of 100% Mozzarella Cheese and oven baked to perfection

Hawaiian BBQ Chicken (Beef) Pizza
BBQ sauce base,grill chicken, beef bits, onions,pineapple, 100% Mozzarella cheese

Chicken Super Papa
Papa John's Signature Pizza Sause,Grill Chicken, Chicken Sausage, Green Pepper, Onions, Black Olive, 100% Mozzarella Cheese 


Kalau berminat nak try, boleh usha-usah promosi kat sini:

Website


 Oh, lupa. nak bagitahu kat mana outlets Papa John's Pizza kat Malaysia ni. Nanti boleh la serbu mana-mana outlets yang berdekatan *sebenarnya google tengok lokasi sebab nak gi serbu untuk redeem vouchers nanti,hehe*



Akhir sekali, terima kasih kepada Nuffnang dan Papa John's Malaysia atas jemputan kali ini. Terima kasih jugak kepada semua staff di Papa John's Pizza Centerpoint Bandar Utama. Korang memang sporting habis, nak itu nak ini semua dilayan dengan baik dan cekap. Itu lah customer mau bila datang makan kat mana-mana restoran/outlet fast food. Keep it up!




Ole-ole dari Nuffnang dan Papa John's Malaysia


Nuffnang
Badges, t-shirt dan goodie bag

Papa John's Malaysia
Voucher RM10 berjumplah RM200, Voucher 50% 10 keping, RM10 voucher certificates sekeping dan pen. September dan Oktober, nampaknya dah nampak tempat nak teruskan projek Jalan-jalan Cari Makan di hujung minggu. Sape nak join? Jejom



Notakaki: Sebab datang paling lewat semalam, dah tekad nak publish blogpost pasal #NNRaya with #PapaJohnsMalaysia paling awal. Awal ke? "Damage control" la nih eh? hahaha.. Ye lah, bab punctuality memang perlu dititikberatkan. Kalau boleh, memang nak elakkan bab-bab macam ni. Tertarik dengan kata-kata ikon usahawan dalam Konvensyen Usahawan Muslim 2013 semalam, "Nak berjaya, salah satu faktor adalah tepati masa. Kalau boleh datang lebih awal". Ok, take note dan selamat beramal.

Post a Comment

18 Comments

  1. Pergh.. plg awal tu bro. Ok la tu leh kawe cedok gambar nnti. Smlm pi ngan anak. Susah nak participate

    ReplyDelete
  2. laparnya..nak mkn pizza pula rasanya..:)

    ReplyDelete
  3. Cepat nya nuar buat entry huhuhu harus dpt job ni... mana edit pic tu cantik lah rajin nuar buat...

    ReplyDelete
  4. Pizza nampak sedap. Tempting gilaaaaa !

    ReplyDelete
  5. Ishak Ismail:
    haha, counter balik sebab sampai paling lambat..
    orite boh,ambik je mana yang berkenan..
    no hal

    ReplyDelete
  6. mahamahu:
    klu tangguh kang, takut tak terbuat pulak nanti madi...
    pic edit guna apps di ipad

    ReplyDelete
  7. Rawlins GLAM:
    yay, berjaya jadi yang terawal

    ReplyDelete
  8. Nurfarhana Chek Saat:
    nak tau sedap ke tak,boleh la pi try nanti

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah ya,

    Saya dah selalu sangat makan pizza hut dengan dominos, mungkin patut try papa john pula lepas ni ;)

    ReplyDelete
  10. Memang gigih siapkan blogpost yea...tapi siap selitkan ayat EHEM EHEM tu....kah3x... btw sonok la dapat jumpa kengkawan kan

    ReplyDelete
  11. awal tul publish ye sbb bls blk dtg lambat ye..syabas..hehe..byk pizza kt meja uolsss ke pizza yg byk2 tu time buat kt dlm dapur??

    lmbt lg nk update entry tgu la nanti..salam kenal dr mamatisya

    ReplyDelete
  12. Nia:
    Terima kasih singgah ye
    boleh la tu nanti pi try Papa John's Pizza plak next time..

    ReplyDelete
  13. Macikz Konah:
    kalau konah ada mesti lagi meriah

    ReplyDelete
  14. hazman aka species1980:
    haha, kena gigih siapkan awal macam gigih tibanya lewat di tempat kejadian
    ayat tu mesti kena ada,hahaha..
    kim salam kat ehem ehem ye

    betul tu bro, seronok dpt kumpul ramai-ramai

    ReplyDelete
  15. mama tisya:
    salam kenal...
    ye lah, sebab dtg lewat, balasnya kena buat blogpost awal,hehe..

    pizza yang banyak-banyak tu besar 14inch..aah, yang dorang buat kat dapur tuh..
    sebelum kitorang balik tu, diorang baru susun-susun kat pintu masuk utk display...

    ReplyDelete