#TSDayOut Special Edition : Battlefield Live Malaysia @ Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

#TSDayOut 

Mungkin ada lagi yang tertanya-tanya apa itu #TSDayOut kan? #TSDayOut ni sebenarnya bermaksud Tourism Selangor Day Out. Aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor dalam rangka mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar Selangor. Aktiviti  yang best-best ni bukan terbuka kepada bloggers saja, semua orang pun boleh join. Kalau berminat nak turut serta, boleh bagi je details ke http://tsdayout.my/ untuk event seterusnya.
 

Setakat ni, sudah dua kali aku berkesempatan dan berpeluang untuk menyertai #TSDayOut iaitu  #TSDayOut FRIM Kepong (klik sini) dan #TSDayOut Skypark, Subang (klik sini). Alhamdulillah, untuk bulan September, sekali lagi shortlisted  among 40 paticipants   untuk menyertai #TSDayOut Special Edition. Excited, sebab kali ni event outdoor iaitu Battlefield Live. Nak tahu seronok ke tak? Kena lah baca cerita aku ni sampai habis.


Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

Lokasi untuk event #TSDayOut Special Edition : Battlefield Live Malaysia adalah di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Ini kali pertama aku sampai ke Hulu Langat. Nampaknya, banyak tempat yang perlu diteroka di Hulu Langat. Antaranya, kolam air panas, Sungai Congkak, Gunung Nuang dan banyak lagi tempat-tempat untuk mandi-manda. Tahu ni pun, sebab tersesat masa nak cari lokasi untuk #TSDayOut,lol.

 

Setelah makan buah langsat 1kilo (sesat),akhirnya kami tiba di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Pertama kali menjejakkan kaki di sini, aku dah mula jatuh hati dengan keindahan dan keunikan tempat ni. Tengoklah, chalet dan kolam yang ada dalam resort ni. Memang menarik. Tak kurang hebatnya dengan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti wall climbing, flying fox, water rafting dan campsite untuk program-program perkhemahan, team building dan sewaktu dengannya.


Pendaftaran & Breakfast

Lebih kurang 8:30 pagi, kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Molek benar lah, kami pun tak sempat breakfast sebelum bertolak ke sini. At least, dapat alas perut sebelum meneruskan aktiviti bertempur di medan perang.


Seperti biasa, semasa pendaftaran peserta akan diberikan satu badge untuk tulis nama dan sehelai t-shirt. Kali ini, nampaknya color hijau ala-ala askar. Mungkin mengikut tema untuk masuk hutan dan berperang.

Credit: MahaMahu
Makan sudah, register pun sudah,kini tiba giliran untuk transform uniform. Ayuh, get ready untuk masuk hutan. Sebelum itu, kita snap gambar dulu tanda kenang-kenangan. Layan.....




Credit: MahaMahu
Hah,macam mana dengan Nur Lembah Pangsun Eco Resort? Cantik dan menarik memang da bomb bukan? Kalau nak buat program team building ke, kem motivasi ke, camping ke, boleh la jadikan tempat ni sebagai salah satu cadangan atau destinasi pilihan.


  Battlefield Live Malaysia

 

Selesai breakfast dan registation, kami dibawa untuk menuju ke Battlefield dengan menaiki van Tourism Selangor. Perjalanan dari Nur Lembah Pangsun ke Battlefield mengambil masa lebih kurang 10 minit.



Setibanya di Battlefield, semua terpesona dan terpaku dengan kawasan yang bakal kami bertempur. Cukup indah dan segar dek kehijauan hutan tropikal. Ada kawasan berbukit, semak-samun dan paling menarik siap ada sungai bagai. Perghhh, memang nyaman dan menenangkan.


 

Alang-alang tunggu pihak Tourism Selangor duk setting banner dan bunting, kami ambil kesempatan untuk snap photo. Memang tak dapat dinafikan, blogger dan kamera tiada tepisah.

Credit: MahaMahu

Bergambar ni sebenarnya penyakit berjangkit. Hah, tak percaya ce tengok, Dari 4 orang terus jadi empat belas orang, wakakaka. Ini lah salah satu sebab sesuatu event jadi meriah dan menyeronokkan.Kenal tak kenal belakang kira, yang penting semua sporting.

Credit: MahaMahu
 
 Weapons

Mesti ada yang tertanya-tanya, Battlefield ni macam mana kan? Kalau nak tahu, format Battlefield memang lain dari yang lain. Kalau Paintball famous dengan aksi bertempur dengan memakai Personal Protection Equipment (PPE) dan lebam-lebam, Battlefield tidak.Laser tag main dalam bangunan dan bilik gelap, Battlefield tidak.


Battlefield masih lagi kekalkan format bertempur dan berperang, taktikal dan strategy untuk mengalahkan pihak lawan, cuma bezanya weapons yang digunakan adalah lebih canggih dan real. Tak percaya? Cuba tengok sendiri sebahagian weapons yang sempat dirakam di lokasi pertempuran.



Ini cuma sebahagian daripada weapons untuk Battlefield. Kalau nak tengok senarai penuh weapons (klik sini)dan korang boleh rasa dan tengok apa keistimewaannya. Pendek kata, macam main Counter Strike di alam nyata.

Credit: MahaMahu
Sebelum  bertempur, sempat jugak usha-usha senapang yang ada. Prektis, keh3. First time angkat, fulamak. Berat jugak.Macam senapang real. Cuma yang ini tak guna peluru betul atau peluru kapur, hanya guna laser. Weapons ni diberi nama SATR stands for Small Arms Transmitter Receiver. 


Founder

Di sebalik adanya Battlefield Live in Malaysia, pasti ada pendokongnya. Kalau nak tahu, Mejar Shafiee bin Sulaiman merupakan pengasasnya. Beliau lah yang bagi briefing pasal Battlefield dan mission yang bakal kami tempuhi untuk #TSDayOut. Beliau merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia.Beliau mendapat pendidikan dalam KAT, Management (UM),Diploma in Strategic Studies(UM),INTERFET(AUS) dan psc.

Credit: http://foodnframe.com/
Mejar Shafiee bin Sulaiman telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 27 tahun dalam Renjer Corps sebelum bersara pada Mei  2012.  Antara tugas beliau sewaktu berkhidmat dengan ATM adalah Parachute Brigade (1990-2000) dan juga berkhidmat di National Defence University  Malaysia (UPNM).


Beliau mula mengasaskan Battlefield Live pada tahun 2010. Pada 11 November 2011, SATR iaitu gaming gun berjaya didaftarkan. Battlefield mula dilancarkan dan diperkenalkan kepada orang awam mulai January 2012. Lokasi ibu pejabar Battlefield Live Malaysia adalah di Seksyen 15,Shah Alam, Selangor.

Misi
2012
Boosting awareness in Malaysia
2013 
Seek an alliance that's a win/win. 


Missions

Setelah mendapat penerangan daripada Mejar Shafiee bin Sulaiman, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli. Untuk Battlefield kali ini, kami diberikan 3 Missions yang melibatkan 5 games. Dan aku, diletakkan dalam team Bravo.


Mission 1
Battle Box
Untuk mission pertama, Bravo menentang Delta. Untuk mission ni kami diberi masa selama 15 minit. Untuk menang kami kena:
1) Bunuh Kapten (Game over)
2) Kapten kena rampas battle box dari kubu pihak lawan (Mission Accomplished)


Tapi sayang, untuk first round, Kapten kami diserang hendap dan ditembak. Untuk second round menentang Delta, Kapten kami semua selamat, battle box tak berjaya dirampas selepas 15 minit. Dan akhirnya kami menang dengan kiraan jumlah Kill. Keseluruhan, Delta dapat advantage sebab berjaya bunuh Kapten Bravo dalam first round.


Mission 2
Medical Box
Untuk mission 2, Bravo menentang Alpha.Untuk first rounf, Bravo ditugaskan menjadi attacker manakala Alpha kena bertahan di kubu dan mengawasi medical box daripada dirampas. Untuk first round, Bravo berjaya bunuh kapten Alpha dan kami menang untuk first round.


Untuk second round, kami ditugaskan sebagai defender. Dalam masa 15 minit, kapten kedua-dua pasukan selamat dan medical box tak berjaya dirampas, akhirnya pemenang ditentukan mengikut bilangan kill. Kali ini, Bravo kalah tipis 3-4 kepada Alpha. Namun, advantage kepada kami kerana berjaya bunuh kapten di round pertama. 


Mission 3
Last Man Standing
Peringkat akhir, Alpha bertemu Delta untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Manakala, team kami, Bravo bertemu Charlie untuk penentuan Juara dan Naib Juara. Format kali ini agak berbeza. Pemenang ditentukan berdasarkan jumpah ahli kumpulan paling sikit terbunuh dalam masa 10 minit pertempuran.

Credit: http://foodnframe.com/
Credit to #TSDayOut official photographer, Nigel for the awesome phot. Time ni duk tengah berperang di pusingan pertama Mission 1. Cuak gila kot nak berperang. Tak tahu musuh duk menyorok celah mana. Nak tembak pun, tak nampak musuh. Oklah, first game pun dah berjaya bunuh 2 orang. Not bad for the first timer,hehe.  Tapi, untuk Misson 2 dan Mission 3, aku kantoi awal. Gugur di medan perang, sob3.


Credit: MahaMahu
TIPS: Kalau nak join Battlefield Live, jangan lupa bawa first aid. Mana tahu ada yang tergelincir jatuh dalam sungai dan luka ke, ataupun terseliuh ke, at least ada ubat nak sapu. Sediakan payung sebelum hujan.


Tea Break

Credit: MahaMahu
Lepas tamat game final, kami berangkat pulang ke Nur Lembah Pangsun Eco Resort untuk tea break dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penutup untuk #TSDayOut Edisi Khas.


Kalau makan tengah hari kami dihidangkan dengan juadah nasi ayam di dalam hutan sambil berperang, untuk tea break juadah yang disediakan adalah bihun sup. Apapun,  layan.... Rezeki jangan ditolak :)


Prize Giving Ceremony

Kini, tiba detik yang ditunggu-tunggu untuk majlis penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ke-3, ke-2 dan juara. Ce teka team mana jadi Champion? Ce teka team gua, Bravo menang nombor berapa? Ok.. Tak payah nak berteka-teki sangat, scroll down dan tengok je gambar kat bawah k. Cekidout....


Champion
Team Charlie
Credit: http://foodnframe.com/

1st Runner Up
Team Bravo
Credit: http://foodnframe.com/

2nd Runner Up
Team Delta
Credit: http://foodnframe.com/
Tahniah kepada semua pemenang. Kepada Team Alpha, jangan bersedih ye. Apapun, kita patut bangga dengan fighting  spirit dan experience yang kita dapat. Oyeah!!!!


Bravo


My aweseome teammates, Adam dan Bulat. Cayalah dengan dorang ni. From Zero to Hero. Walaupun kalah first game, tapi kami terus bangkit untuk meraih pingat perak. Good job guys. Rasanya, team Bravo makin kuat bila Dian join the team. Ye lah, dari 9 orang, kini dah cukup 10 orang. Strategi pun berubah, semangat makin bertambah, akhirnya dapatlah no 2. Well done. Clap3x


#TSDayOut Special Edition Family

Credit: http://foodnframe.com/

Akhir kata, nice to meet all of you guys. Semoga ketemu lagi di #TSDayOut akan datang. Thank you so much Tourism Selangor for the experience. Kalau diberi kesempatan dan peluang, boleh pergi bertempur lagi next time, inshaAllah.


Kami sudah,anda bila lagi?


Tempahan Battlefield Live Malaysia

Kalau berminat untuk cuba Battlefield Live Malaysia, nak tukar selera dari main paintball ataupun laser tag ke Battlefield yang pasti lebih mencabar dan mendebarkan, boleh dapatkan informasi lanjut seperti yang ada kat bawah ni.


Antara medan tempur untuk Battlefield Live Malaysia selain Nur Lembah Pangsun adalah seperti berikut:
Nur Laman Bestari
Nur Sg Merab
Isi Rimba
Kelumpang resort
KClub Melewati
Own place

Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh hubungi

Alamat
A19-3A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000,
Kajang , Selangor.

Phone
 +6 03 8740 3307
+6 03 55 123 789

Direct line
016 716 2088

Fax
6 03 55 234 789;
 
Email
battlefieldlive.my@gmail.com
 

Untuk maklumat lanjut:
http://www.battlefieldlivemalaysia.com/ 


Notakaki: Kalau tanya aku, prefer paintball atau laser tag atau battlefield? Jujur aku jawab, Battlefield is the best. Sebab feeling pegang senjata berat, naik turun bukit, menyelinap dalam semak, merentasi anak sungai, fuyoooh. Ohsem bak ang. You should try this! Highly recommended. Dua tiga hari ni, ramai yang duk tanya pasal Battlefield. Kalau berminat nak pi main, jom ah. Aku nak join sekaki. Syok jugak pi main Battlefield. Lepas perang, boleh mandi sungai :)


Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh entry nuar terbaik lah patut selalu menang kali ni pun peluang besar best lah nuar....

    ReplyDelete
  2. Mahamahu:
    Benda best mesti kena share dengan readers madi
    simpan kenangan kat sini, next time rindu-rindu boleh godek-godek balik,haha

    ReplyDelete
  3. perghh terbaik la bro.. and gambar kat tepi pokok dgn senapang tu mmg terbaik la :D

    Dapat bunuh 2 orang kira ok la tu.. :D even gugur set kemudian hahah :P

    ReplyDelete