20 minit kayuhan, baru guna 103 kalori?






Permulaan bulan Oktober, nak cuba amalkan gaya hidup sihat sikit. 2 hari sebelum, bawak sehelai baju buat spare di office. Sehari sebelum, bawak seluar dan tuala. Hari ni, angkut sekali dengan kasut. Pelik juga tiba-tiba rasa nak gi terjah gym di office selepas setahun,lol. Takpe,niat murni perlu diteruskan.


Mula-mula sampai tuh, rasa kekok jugak lah. Argh, abaikan. Jom, amalkan gaya hidup yang sihat. Ceeewah.

"Tulis nama je eh nak masuk?", cuba bertanya pak guard yang duk jaga kaunter sebagai permulaan. Hah, nampak tak gaya orang yang tak pernah masuk gym. 

"Aah, tulis nama dan bagi staff card. Baru ke kat sini?", bila soalan dibalas dengan soalan. Ini namanya perbualan. Sempat jugak berceloteh sekejap dengan pak guard. 

"Eh, tak lah. Baru first time nak masuk gym kat sini. Balik rumah pun, takde buat apa. Nak jogging pun malas.", sambil nak tergelak pun ada aku jawab. Sebab macam mengigau la pulak aku sampai ke sini hari ni. Lepas ambik kunci locker, tukar pakaian, terus pergi usha-usha dalam gym tengok apa yang ada.


Huh, nak buat apa ni? Ni lah jadi nya bila takde perancangan. Dalam banyak-banyak peralatan yang ada, aku pergi serang basikal. Nak berkayuh la petang ni. Aku set 20 minit. Fuyoh, boleh tahan jugak berkayuh dalam air cond pun. Berpeluh sakan. Tapi, kayuh 20 minit dah penat semacam. Otot paha dah mula rasa kejang. Settle 20 minit, stop jap. Dahaga. 


Alamak, botol air minuman pulak tak bawak. Hampeh betul. Baru plan nak stay lama sikit. Baru warming up nih. Hah, nampak tak alasan orang malas? Apa pun tak boleh. 


"Jadi lah 20 minit pun daripada tak buat apa-apa." Ni ayat untuk sedapkan  hati.  Tread mile pun penuh orang guna, Kalau tak, boleh lagi stay kejap untuk 30 minit. Detik hati. Alasan lagi? Kah kah kah. Ok, jom balik. Chow cin chow.


"Eh, dah nak balik dah? Kejap nye. Awal lagi nih", aih pak ruard ni perli ke apa?

"Biasa la, beginner. 30 minit sehari dah cukup la kan? hehehe", aku berseloroh. Padahal aku dahaga plus dah penat.


Maka,berakhirlah cerita 1 Oktober. Permulaan yang baik. Untuk esok,lusa dan hari seterusnya? Aku belum pasti. Macam hangat-hangat tahi ayam je nih. Susah betul nak berdisiplin bab-bab senaman ni. Kalau bab makan, hah tak payah suruh. Memang berdisiplin. Kalau dalam jadual 6 kali sehari, bagi lah10, 20, 30 kali pun takpe. Gua sanggup beb.


Moral of the story, nak kumpul beribu-ribu kalori dalam badan memang mudah. Nak bakar cuma seratus kalori bukan main susah. Tak hairan lah, kalau berat badan asyik naik je. Nak buat camne, kalori yang terkumpul dalam badan tak digunakan dan akhinya bertukar menjadi lemak. Maka, jadi lah kita penternak lemak yang bertauliah.


Tahukah anda? 20 minit kayuhan tadi cuma guna 103 kalori? Biar betul. Aku rasa dah struggle habis-habisan. Okla tu untuk beginner, esok lusa boleh improve lagi. Simpan sikit rekod peribadi kat sini untuk kayuhan 20 minit pertama dalam hidup. At least next time, ada benchmark untuk diatasi.

Total time 20 minutes
Total Calories 103
Average RPM 94
Average Watts 63
Maximum Watts 157
Average Mets 4.5
Average speed 13.8 mph
Average Heart Rate 158
Maximum Heart Rate 197
Total distance 4.6 Mi

Saved!
Rekod yang mesti diatasi next session


INFO MENARIK

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika makan melebihi kadar kalori yang diperlukan?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Notakaki: October challenge kini bermula. At least 30 minutes per day for exercise and fitness. Chaiyok

Post a Comment

0 Comments