Beli Rumah di Nada Alam,Pajam

Jujurnya, ini kali pertama aku berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis pelancaran projek perumahan. Dengan jemputan daripada pihak Nuffnang ni, paling tidak sedikit-sebanyak aku dapat ruang dan peluang untuk tahu selok-belok, sedikit-sebanyak pasal projek perumahan, developer dan suasana di majlis pelancaran.Ya, umur dah meningkat dewasa. Dah tiba masanya untuk fikir masa depan,nak ada kediaman/rumah sendiri. So, boleh buat persediaan seawal yang mungkin especially in term of saving.


Majlis yang dimaksudkan adalah Majlis Pelancaran Nada Alam di Pajam, Negeri Sembilan. Majlis pelancaran ini dianjurkan oleh pihak Seri Pajam selaku developer rasmi untuk projek perumahan ini pada 20 Oktober 2013 (Ahad). Jadi, kat sini aku nak share pasal majlis pelancaran di Nada Alam Gallery dan review rumah  contoh di Nada Alam. Semoga info yang ada ni dapat membantu semua pembaca yang mengidamkan/mengimpikan untuk beli rumah di Nada Alam, Pajam, Negeri Sembilan. Cekidout....


Nada Alam


Projek Nada Alam ni berkonsepkan kepada Eco friendly. Setiap fasa pembinaan dan pembangunan Nada Alam memang terancang dan mengambil kira aspek mesra alam sekitar.



Lokasi Nada Alam jugak memang stategik. Dekat dengan KTM Batang Benar, TESCO, Giant, dan pusat pengajian seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), INTI Laureate International Universities, dan Nilai University. Dengan Nilai 3 pun dekat. 


Serba-sedikit info pasal projek Nada Alam
  1. Meliputi keluasan kawasan sekitar 160 ekar
  2. Status freehold
  3. Projek dijangka siap pada tahun 2019
  4. Mempunyai 1 tasik penapis air semulajadi
  5. Jogging track 7km
  6. Cycling track
  7. 5 taman tema untuk setiap fasa (Nada 1, Nada 2, Nada 3,  Nada 4 dan Nada 5)
  8. Lokasi yang strategik dan dekat dengan kemudahan awam (5 minit dari KTM Batang Benar)
  9. Teknologi rain harvesting 
  10. Sistem keselamatan 3 peringkat iaitu pegawai keselamatan dan cctv 24 jam

Nada Alam merupakan Projek ke-8 Seri Pajam Development. Maklumat lanjut, boleh kunjungi website:
 

Seri Pajam Development


Seri  Pajam mula beroperasi pada tahun 2012 dan Nada Alam merupakan projek terbaru, iaitu yang ke-8 sepanjang beroperasi. Seri Pajam pernah menang anugerah Malaysian Construction Industry Excellence Awards (MCIEA) 2010 dan Industrialized Building System (IBS) Special Award. Maksudnya, Seri Pajam bukan calang-calang developer. Paling penting, untuk 7 projek sebelumnya, Seri Pajam berjaya menyiapkan setiap projek dan tiada satu pun projek yang terbengkalai. 


Kalau nak beli rumah, salah satu faktor kita mesti consider adalah portfolio dan rekod developer. Bukan apa, nanti dah beli dan bayar semua, tengok-tengok, terbengkalai. Tak nak la kan? Jadi, untuk Seri Pajam, antara projek di bawah naungannya adalah seperti:

Nak tahu lebih lanjut pasal Seri Pajam Development, boleh kunjungi website rasmi:



Majlis Pelancaran


Selepas mendengar kata alu-aluan oleh MD Seri Pajam, majlis diteruskan dengan Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YB Dato'  Hassan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.



Upacara perasmian memang menarik dan penuh gilang-gemilang. Eksited jugak lah aku tengok sampai lupa nak rekod,haha. 


Rakan Bloggers


Antara rakan bloggers yang turut serta adalah abang Hazman Fadzil, kak Yana Yassin, kak Lily dan MahaMahu. Dengar kata, dorang  plan nak beli rumah dan nak duk berjiran,haha. Untunglah, boleh bertukar-tukar juadah setiap hari.



Mr Jocko, Uzair Othman, Sohoque, Shakiddo pun ada. Sebelum melawat rumah contoh, kami makan tengah hari dulu. Perut pun dah berkeroncong duk jalan-jalan tengok replika model rumah dalam Galeri Nada Alam.



Lepas kenyang perut, kami meneruskan agenda untuk melawat rumah yang kami beli. Eh silap, rumah contoh di Nada Alam. Tengok,semua tersenyum lebar dapat masuk dan berehat rumah baru. Aku syak, dorang nak beli rumah kat sini nih. Beriya duk cek setiap ruang bilik. Jocko siap nak buat bridge untuk sambung ke rumah depan kalau dorang berjian, hahahaha. 


Model Rumah

Pelan lokasi keseluruhan projek Nada Alam pun ada. Setiap fasa akan ada satu taman tema. Memang menarik.

Antara model-model rumah yang dipamerkan. Tengok, begitu ramai yang datang nak beli rumah. Kalau nak tahu, untuk Nada Alam Fasa 1, hampir kesemua unit dah terjual. Ce tengok yang kotak-kotak dengan sticker oren tu. Hah, tu la yang sudah ada orang booked dan beli. Dah macam goreng pisang panas.



Tak puas hati tengok replika dalam galeri? Jangan bimbang, kenderaan untuk pergi tengok rumah contoh pun ada. Tengok yang real dan rasai sendiri pengalaman mendiami kediaman di Nada Alam lagi syok. Jom usha!


Rumah Contoh Nada 1

Oh lagi satu, Nada Alam (Nada 1) ada dua model iaitu Type A dan Type B. Nak tahu apa beza? Jom tengok gambar kat bawah. Kalau tak puas hati tengok dalam gambar, boleh usha sendiri di Nada Alam, Pajam, Negeri Sembilan.


Nada 1 Type A




Harga bermula RM472,400

Nada 1 Type B


Harga bermula RM 440,500


Interior Design

Tak sah kalau tak masuk lepak-lepak dalam rumah contoh. Tengok rumah contoh dengan interior design yang menarik ni mampu menaikkan semangat untuk memiliki rumah sendiri.  Fuuh, panjang aku berangan. Syok wooo kalau dapat rumah macam ni. Jom tengok ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik dalam rumah contoh Type A.


Amacam? Menarik kan? Setiap bilik ada bilik air. Satu rumah ada 4 bilik. Ok,dah boleh start pasang angan-angan untuk beli rumah macam nih. Cantik, menarik dan memang da bomb. Jadi, kepada sesape yang nak beli rumah di Nada Alam, Pajam, boleh lah hubungi Seri Pajam untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. silakan Mir... kumpul income blogging buat beli rumah pulak nnt,haha

      Delete
  2. wow!!
    harga rumah tu 400 ribu lebih...
    ehhehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru Fasa 1 bro.. Fasa 2,3,4,5 tak tau lagi harganya

      Delete
  3. apa yang aku boleh cakap... UNTUNGLAAAAAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ak bangga blogger INTREND masuk komen blog cikai aku ni, keh3

      Delete
  4. Replies
    1. boleh boleh.. nk sebelah rumah Mr Jocko ke depan rumah MahaMahu? lol

      Delete