Eksplorasi ke Lata Tok Muda, Kampung Beng

Sebenarnya, dah lama dah tak pergi hiking mahupun jungle trekking. Last trip tahun lepas, 2013 adalah ke Broga Hill. Subhanallah, memang cantik, indah dan nyaman pemandangan kat puncak Bukit Broga. Untuk sesiapa yang beminat nak beriadah, molek benar la pergi terjah. Laluan pun tak bahaya macam Bukit Tabur.


Untuk permulaan 2014, first jungle trekking adalah ke Lata Tok Muda. Lata Tok Muda ni terletak di Kampung Beng, Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Mesti pelik kan, kenapa tiba-tiba tercampak ke sana? Kalau nak tahu pucuk-pangkal ekplorasi ke Lata Tok Muda ni, hah kena terjah blogpost sebelum ni:

Part 1

Part 2


Ini lah langkah demi langkah yang sempat dirakam sebelum disajikan dengan pemandangan indah di air terjun Lata Tok Muda. Perjalanan dari Homestay Kampung Batu Ring, Kampung Beng untuk ke Lata Tok Muda ni cuma ambil masa selama 30 minit sambil kita lenggang-lenggang kangkung. 


Laluan nak ke sana pun tak payah mana, jangan bimbang. Cuma, mengah-mengah sikit tu biasa la kan? Becak jugak ketiak tuh, hehe. Tapi awas, wajib berhati-hati. Watch your steps! Takut tergolek, terguling jatuh je. Especially bila hari hujan sebab laluan agak licin dan becak. Jom tengok eksplorasi kami ke Lata Tok Muda...


 Merentas hutan belukar dalam kebun getah


RAW dan DikBee berhati-hati menyusun tapak


Awas! Ada dawai elektrik.


Merentasi anak sungai

Ok, dah hampir 30 minit duk redah hutan belukar, merangkak bawah dawai elektrik dan merentas anak sungai bagai, maka akhirnya sampai lah kami semua di Lata Tok Muda. Time dengar bunyi air terjun, semua dah eksited. "Hah, dah dekat, dah dekat". 


Mai layan gambar moment-moment yang sempat dirakam. Nak mandi pun, sebab pakai jean, so terpaksalah batalkan hasrat. Kalau pakai track suit dah lama berendam dan main gelongsor kat situ.


 Mandi kat homestay pun sejuk, mandi kat sini tak tahu lah, haha


 Jom, skodeng apa yang dorang duk buat


 Oh, ini keje dorang rupanya. Duk berendam sambil chit-chat


Adik-adik Kampung Beng duk syok berenang


Ok, Lata Tok Muda checked! Alang-alang dah sampai Kampung Beng, bermalam pulak di Homestay Kampung Batu Ring, tak lengkap rasanya kalau tak pi terjah Lata Tok Muda.Mungkin, ini lah kot punca air ke homestay kami. No wonder lah nak mandi pagi, termenung jugak lah dek kesejukan air yang mampu mencucuk sampai ke sum-sum tulang, lol. Yang penting, lepas mandi terus rasa segar!

Post a Comment

18 Comments

  1. Baru tahu nama air terjun tu Lata Tok Muda. Frust pulak tak pakai baju yg boleh buat berendam dan bergelongsor kat situ hari tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la bro... seronok pulak tengok video budak-budak syok gelongsor di air terjun yang bro rakam tuh..

      Delete
  2. Mcm penah dgr homestay kg beng tp kat mn eh???xingt doh kawe..jeram linang lah sepukol boh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay Kg Beng ni kat Lenggong, Perak
      jeram linang, jeram pasu, tempat kekloh puok kito hok sohor la tuh,haha

      Delete
  3. dah lama juga tak masuk hutan macam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu lama tak masuk hutan, tercungap-cungap jugak nak sampai situ

      Delete
  4. Waaa... menarik ni.. sungguh menarik :D
    Macam nak ke sana.. kalau dari KL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik... klu nk ke sana, naik ETS dari KL Sentral ke Ipoh..
      kat sana, akan ada pengangkutan awam untuk ke Homestay..
      tak pun, boleh ambil pakej di website RTAM

      Delete
  5. memang syoklah, lepas penat jungle tracking terus terjun sungai/jeram. gigil-gigil no.2 dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, dapat berendam di air terjun terus jadi segar..
      lagi syok kat situ ada batu yang boleh jadi gelongsor

      Delete
  6. pergh.. bestnya.. aku dah lama tak buat aktiviti2 macam ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk mandi air terjun camni area KL, boleh try pergi Bukit Saga bro.. torbaikkk

      Delete
  7. syok kan masuk hutan ikut lereng2 bukit tu... tapi tau tak hari tu ada yg kena pacat!!!!! hahahaha Najeeb salah sorg kot aku rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. pacat tu biasa bro.. kesian bila dapat tau najeeb tergolek, opocot

      Delete
  8. Memang ade wire letrik tu ke??? x bahaye ke kat korg?? kot kne renjatan ke hape kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, memang ada wire electric... agak bahaya, tu kena merangkak bawah tu.. katanya untuk halang gajah yang berkeliaran masuk ke kawasan kampung

      Delete