Orang kata, kalau nak makan seafood yang best, kena pergi ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebab kat sana banyak makanan laut yang segar-bugar. Tapi, jauh la pulok kan? Kalau nak tahu, kat area KLIA pun ada satu tempat untuk makan seafood best terutamanya masakan Chinese Muslim. Lokasi yang dimaksudkan adalah tak lain tak bukan Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR).
Untuk sape-sape yang belum tahu, Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) ni terletak berhampiran dengan KLCC / LCCT atau Concorde Inn. Hanya lebih kurang 15 minit dari Bangi. Kalau rasa-rasa sesat atau tak jumpa, guna je Waze atau google map, teknologi sekarang kan dah canggih-manggih.
Untuk sape-sape yang belum tahu, Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) ni terletak berhampiran dengan KLCC / LCCT atau Concorde Inn. Hanya lebih kurang 15 minit dari Bangi. Kalau rasa-rasa sesat atau tak jumpa, guna je Waze atau google map, teknologi sekarang kan dah canggih-manggih.
Apa yang menarik kat sini? Dah tentu lah masakan Chinese Muslim dan aneka seafood. Hah, tengoklah antara juadah yang telah dihidangkan kepada kami. 13 menu istimewa dan tarikan utama di DKSR. Apapun, terima kasih kepada food blogger famous-Amos, MahaMahu kerana telah menjemput PB dan rakan bloggers yang lain sekaligus memperkenalkan tempat makan yang best ni.
Kelvin, Hazman Fadzil, MahaMahu, Carl, Rawlin, Jae, Kifli, Atika Ramlan
Jangan khuatir jangan bimbang, walaupun Downtown KLIA Seafoods Restaurant
(DKSR) menyediakan makanan Cina, tapi semuanya HALAL.
Itu yang penting. Pemilik restoran ni pun orang
Melayu, iaitu Prof. Dr.Abu Talib Othman.
Kalau ada plan nak buat family gathering atau annual dinner, boleh datang sini. Kat sini ada private dining room berhawa dingin yang boleh memuatkan sehingga 180 orang. Business lounge dan free wifi pun ada. Pendek kata, memang puas hati.
Dekorasi dan tatarias tempat makan di Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) agak eksklusif dan menarik. Dengan merah menyala, lampu pulak ala-ala tanglong,memang menampakkan identiti orang Cina. Bukan tu je, seni kaligrafi yang ada mempamerkan seni Islam. Kombinasi yang ada, memang mempamerkan konsep sebenar DKSR iaitu Chinese Muslim Cuisine concept.
Juadah Top di Downtown KLIA Seafoods Restaurant
Mai nak share, apa menu-menu yang korang patut order dan cuba bila bertandang ke DKSR. Ye lah, kalau sampai kat sana baru nak order, jenuh nak fikir. Rambang mata beb sebab bukan sikit menu yang ada, hehe. Jadi, sebelum pergi buat pilihan awal-awal nak makan apa. Layan.....
Salted Egg Squid
Volcano Beancurd
Kam Heong Clam
Butter Prawn
Mushroom with Brocolli
Mangolian Chicken
Spicy Four Vegetables
Kailan with Oyster Sauce
Creamer Butter Crab
Assam Steamed Fish
Ok, tak payah cakap banyak. Tengok food presentation pun korang boleh teka kan sedap ke tak? Bagi PB, setiap masakan yang dihidangkan memang kena dengan tunas rasa. Lagi-lagi, salted egg squid dan assam steamed fish. Minuman pulak, kedondong asam boi. Superb! Kalau pergi lagi ke DKSR, memang akan order 2 menu ni. Hao liao!
Dah snap gambar, jangan lupa upload di Instagram dengan hashtag #DowntownKLIASeafood
Akhir kata, terima kasih kepada pemilik restoran Downtown KLIA Seafoods, Prof. Dr.Abu Talib Othman dan Pengurus Restoran, Cik Siti Masmazliana. Makanan kat DKSR memang terbaik.
Untuk maklumat lanjut pasal DKSR, boleh rujuk details kat bawah:
Alamat
No.B40-B48, Block B,
Jalan KLIA 1/60,
Charterfield Commercial Centre, KLIA
Jalan KLIA 1/60,
Charterfield Commercial Centre, KLIA
Untuk tempahan
03-8783 1031
zsb01@streamyx.com / sitimasmazliana@ymail.com
Waktu operasi
Isnin hingga Sabtu
10.00 pagi - 10.00 malam
10 Comments
Tergugat iman tgk gmbr mknn boh..kawe xlunch ag nih :-(
ReplyDeletehaha, sabor-sabor.. ada masa boleh serbu restoran ni,memang sedap
DeleteMemang susah nak cari Chinese muslim food yang sedap.
ReplyDeleteSatu hari nak cubalah kat sini , tengok dari gambar nampak sedap2..:)
ini kali ke-3 pergi ke restoran chinese muslim..
Deletei think, this one is the best..
tak suka makan cendawan, bila try makan sos dia, dengan cendawan sekali telan,haha
suka gak mkn makanan chinese... tp ni nampak mcm mahal je...
ReplyDeleteRecent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.
suka udang dan sotong yang celup telur masin tuh
Deleteaish,memang sedap
harga kat DKRA boleh tahan.. depends kat menu yang kita pilih
makan besar ni..mmg tak dinafikan masakan seafood cina memang sedap2..syukur skrg ni byk dah restoran chinese muslim kan..
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki :)
Deleteada menu yang first time try.. memang torbaikk
Perghhh..... memang dekat dengan umah dan tempat kerja...tapi kena makan ramai2x baru best
ReplyDeleteye betul tuh, makan ramai-ramai lagi meriah..
Deleteboleh la bro, bawak member-member gi makan besar sempena CNY ni,hehe