Pakej Pelancongan Keretapi : KL Sentral - Ipoh - KL Sentral

"Macam mana eh perasaan naik keretapi? 
Seronok ke? Bosan ke? Bergegar kepala otak ke?"

Hah, itu antara persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku dulu-dulu. Tapi, bila belajar di Perak selama 5 tahun (2007-2011), salah satu pengangkutan pilihan untuk ke Kuala Lumpur adalah Electric Train Service (ETS). Naik di Stesen Gopeng, turun di KL Sentral. Cuma mengambil masa selama 2 jam. Pantas dan efisien. Keretapi di Malaysia dah moden. Takde getaran tahap dewa dah, boleh chill dan relax je sepanjang perjalanan.

Semenjak duk di KL, pernah sekali balik naik keretapi dari KL Sentral ke Wakaf Bharu.Ambil masa selama 12 jam. Kelebihan dia, tak payah bersesak-sesak dengan traffic jam di jalan raya dan boleh tengok view-view menarik di sepanjang perjalanan. Bezanya, naik keretapi ni memang memakan masa sebab berhenti di setiap stesen di sepanjang perjalanan. Kalau nak cepat, better pilih pengangkutan lain. Tapi, kalau nak jalan-jalan, santai-santai, keretapi adalah pilihan terbaik.

Pakej Pelancongan Keretapi | Tourail Packages

Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM2014) / Visit Malaysia Year 2014 (VMY2014), Tourism Malaysia dengan kerjasama Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) telah melancarkan kempen Pakej Pelancongan Keretapi atau Tourail Package. Terima kasih kepada Sahabat Media untuk jemputan kali ini. Aku cukup seronok dan berbesar hati untuk merasai sendiri pengalaman pergi bercuti menaiki keretapi. Destinasi kami untuk trip kali ini adalah Perak Darul Ridzuan.


Ayuh, kita tinjau moment-moment indah sepanjang perjalanan kami dari KL Sentral ke Ipoh, Perak.


KL Sentral
Barisan crew KTM dan penari Istana Budaya
Gelagat Sahabat Media sebelum berangkat ke Ipoh


Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh mengambil masa selama 2 jam


 Sesi suai-kenal Sahabat Media


Sahabat Media bersama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 


Stesen KTM Ipoh, Perak 

Amacam, ada gaya pegawai keselamatan KTM tak? wakaka


Pakej Pelancongan Keretapi | Tourail Packages 
 Kemeriahan di Stesen Ipoh
Menyambut ketibaan menteri dan Sahabat Media


 Persembahan kebudayaan oleh warga Perak


 Stuktur bangunan Stesen Ipoh yang klasik dan unik
Ini ke model KTM 2014? keh3. 
Perkenalkan, Mawardi Yunos


Sidang Media

Bila join event macam ni, kita boleh tengok behind the scene macam mana ketika sidang media berlangsung. Meh nak share, apa yang penonton dapat tengok kat rumah dalam TV dengan apa yang berlaku di lokasi. Cekidout....


:::::Apa yang korang tengok:::::


:::::Apa yang sebenarnya berlaku:::::
 

Amacam, menarik bukan? Hah, gang Sahabat Media, spot yourself in the photo. Gigih betul mereka bekerja. Baguih baguih! Gua tak cukup ketinggian, so snap dari sudut ni pun boley, lol.


Makan Malam

Makan malam bersama Sahabat Media
Semeja dengan traveler blogger R.A.W


Majlis Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi

Lepas isi perut kenyang-kenyang, kami terus menapak ke pentas utama untuk majlis perasmian. Majlis dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sekaligus melancarkan brosur Pakej Pelancongan Keretapi sempenan TMM 2014.

Pesembahan kebudayaan oleh penari-penari dari Istana Budaya


 Antara barisan artis yang hadir: Ronnie HyperAct, Najwa Latif, Haida, Azwan Ali


Persembahan oleh Ronnie HyperAct dan Najwa Latif
First time tengok penyanyi muda (Najwa) secara live
Dengar-dengar kini dah bergelar jutawan, WOW!


Rasanya, setakat ini saja perkongsian untuk kali ini. Hah, perasmian sudah berakhir. Ke manakah hala tuju kami, Sahabat Media, warga media dan pelancong-pelancong selepas ini? Sebenarnya, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar untuk 3 lokasi homestay yang berbeza iaitu Homestay Bukit Gantang, Homestay Gopeng dan Homestay Kampung Beng (klik sini). Nanti kita sambung story di entri yang akan datang. Peace yooo. 


Ayuh pergi bercuti, Malaysia Truly Asia!


Pssssst! Kalau berminat nak join pakej pelancongan keretapi ni, 
boleh usha-usha kat sini:

Website: 

Facebook


Pakej Pelancongan Keretapi | Tourail Packages
Untuk tengok pakej-pakej yang ditawarkan, boleh ke sini: 


Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi:
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Untuk tempahan pulak, boleh isi borang kat sini atau e-mail terus kepada:
tourail.packages@gmail.com
secretariat.rtam@gmail.com


Selamat bercuti :)
Nanti ajak gua sekali ye, hehe  


 Ikuti kisah kami di sini:

Homestay Kampung Beng

Post a Comment

26 Comments

  1. wahhhh dah update...weiii oghe klate ko? hehehe...wakaf bharu dekat doh nga tumpat...bleh gi rayo ni...hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha aku br nk culik gamba
    da de wtrmark le plak

    *byk gamba madi, bape die baya ni ehhh kbai =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia je yang ada dekat ak time tuh..
      terus suruh dia jadi model KTM,haha..
      yang lain-lain belum kenal lagi time mula-mula sampai

      Delete
  3. Saya berasa sungguh berbangga dan beruntung kerana dapat makan malam semeja dengan pegawai keselamatan dan juga model KTM 2014, haha! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa lagi bro next time..
      seronok dapat join trip camni, lagi-lagi dengan otai travel,hehe

      Delete
  4. Replies
    1. banyak lagi episod yang menanti..
      Kampung Beng, Pesta Makanan Lenggong, Victoria Bridge dan Kuala Kangsar
      tu laju je update yang ni dulu, hehe

      Delete
  5. salam dari Thailand,Kami juga ke sana
    http://satunsiam.blogspot.com/2014/01/vm-2014-tourism-homestay-rail.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dari Malaysia
      ok, skang dah ingat akak dan husband yg saya sempat sembang-sembang di Victoria Bridge :)

      Delete
  6. Saya singgah dan follow...jarang travel, dpt tengok org travel pun oklah...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye..
      salam kenal..
      stay tune ye untuk banyak lagi entri-entri pasal travel

      Delete
  7. wow menarikk bro.

    *okeh dah follow sini.

    ReplyDelete
  8. lama juga sy dok kat ipoh tapi x pernah berpelaung naik kereta api ke Kl walaupun selalu pergi ke kawasan berhampiran steen keretapi ipoh. hanya 2 jam perjalanan mmg laju dan warga ipoh yg kerja kt kl bolehlah berulang alik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best, siap ada plug boleh charge telepon,haha
      Aah, ramai yang duk Perak ulang-alik dengan ETS utk pergi kerja di KL

      Delete
  9. Sonok la naik keretapi siap ada pelayan / stewardess

    ReplyDelete
    Replies
    1. feeling travel nek keretapi tu lain sikit syok dia
      more relax

      stewardess pakai baju kuning bro,haha
      torbaik lah..dah macam nek flight

      Delete
  10. Tak pernah naik kereta api seumur hidup PB....nampak mcm best dan selesa jer tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, apa lagi.. Boleh la pi try nek keretapi..
      ETS dari KL-Ipoh boleh balik ari

      Delete
  11. Seronok betul.. lagi2 boleh duduk semeja dengan blogger RAW tu huhuhuu.. :D

    ReplyDelete