Sekali air bah, sekali pantai berubah

Cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah nak genap seminggu kita berada di tahun baru 2014. Rasanya, masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Tahun Baru/Happy New Year kepada semua yang sudi singgah dan baca blog aku ni. Tak kira lah, yang baru first time singgah ke, yang dah selalu singgah ke, atau yang singgah tanpa sengaja dan terbaca blogpost kali ni, selamat datang diucapkan. Sebenarnya, korang bertuah sebab menjadi pembaca terawal di blog cikai aku ni untuk tahun 2014,haha. Dah lama tak update blog, last update last year *lawak hambar*, lol



Don't waste a minute not being happy.
If one window closes, run to the next window or break down a door.
-Brooke Shields-


Rasanya, tahun 2013 adalah tahun yang indah dan bermakna sepanjang aku bergelar sebagai part time blogger. Walaupun sibuk kerja, ada kekangan masa, tapi sempat jugak update blog jarang-jarang.  Banyak kenangan manis yang tercipta, banyak pengalaman baru ditimba. Ramai kawan-kawan baru yang aku jumpa (blogger), dari pelbagai latar belakang tapi punyai minat yang sama iaitu blogging. Salam perkenalan aku hulurkan. Semoga perkenalan yang terbina, bukan atas dasar aku kenal kau, kau kenal aku semata. Sebaliknya, biarlah sampai boleh jadi sahabat dan teman rapat. Orang kata, "berkawan biar beribu, bermusuh jangan walaupun satu". 


Untuk menutup tirai 2013, eloklah aku imbas sedikit-sebanyak pencapaian sepanjang 2013. Semoga untuk tahun 2014, lebih banyak kejayaan yang bakal aku capai, inshaAllah.

Kerjaya 
Sudah hampir genap 2 tahun aku memegang jawatan yang disandang sekarang. Walaupun agak baru, tapi alhamdulillah mendapat kepercayaan dari orang-orang atasan untuk menjayakan beberapa projek. Tugas aku pada asasnya macam audit, perlu travel ke sana ke mari untuk site visit (fieldwork). So far, belum lagi kena campak ke seberang laut. Jadi, agak relax dan steady. Cuma cabarannya bila menjadi orang paling muda dalam department. Nasib baik tak pernah kena bambu lagi setakat ni, idea-idea yang diberi pun tak dianggap macam sampah. Itu sudah cukup mendewasakan aku di alam pekerjaan.  Tahun 2014, harap aku dapat sempurnakan projek terakhir sebelum April. Kalau ada rezeki, nak cari peluang untuk berubah angin cari kerja baru dan settle down for good. Rasanya, pengalaman 2 tahun yang dikutip sudah cukup untuk mencuba sesuatu yang baru di luar sana. Doakan aku ye kawan-kawan.

Blogging
Rezeki blogging untuk tahun 2013 memang di luar jangkaan. Pertama kali dalam sejarah aku berjaya mencatat side income 4 angka melalui pengiklanan (advertorial). Ini memang tak plan. Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Selain dapat jemputan event, food review, travel, paling best bila dapat jumpa lebih ramai blogger face to face. Kalau dulu, aku blogging hanya berselindung di sebalik papan kekunci dan monitor laptop. Tapi kini, aku seronok memunculkan diri join komuniti blogger, beraktiviti terutama di hujung minggu. Release stress :)

Travel
Kalendar 2013 penuh dengan aktiviti melancong dalam negara. Antaranya trip ke Kuching, Penang, Lahad Datu, Melaka, Broga Hill, Berkelah, Bukit Tabur, dan Genting Highland. Ada trip bersama bloggers, ada trip menang contest, ada trip bersama keluarga dan ada trip bersama rakan-rakan dan sahabat. Setakat ini, cuma Labuan yang belum ditawan dalam Malaysia. Tiba-tiba rasa eksited untuk terus melancong dan melihat sendiri tempat orang. Lagi-lagi bila 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia (TMM2014).

Contest
Rasanya 2013 adalah tahun yang agak bertuah. Agak banyak menang contest. Hadiah paling lumayan setakat ini adalah Ipad mini + RM800 cash untuk event Astro On The Go. Selain tu, free trip 2D1N ke Sabah bersama SenHeng, ipod nano + Parker Pen + bag laptop MU untuk contest Mencari Ramli 2, voucher hotel untuk contest travellar dan beberapa hadiah-hadiah saguhati yang lain. 
 
Dapur Bujang
Kalau follow aku di instagram, boleh tengok menu-menu bujang yang aku masak. Simple dan mudah. Cuma, gaya aku memasak sekarang jauh lebih berani berbanding dulu. Sekarang dah mula belajar mencuba menu-menu baru macam rendang, percik, tomyam poptek, pulut durian dan macam-macam lagi. Action je lebih, sedap tak sedap lain kira,haha. Time raya, berjaya buat open house dengan masakan sendiri. Huh, feeling ohsem. Mungkin boleh diteruskan kalau ada permintaan, lol.


BLOGPOST

2012: 77
2013: 130

Hah, nampak tak makin rajin update blog. Harap-harap, 2014 aku menjadi blogger yang lebih rajin. Bila aku pilih nama 'penaberkala' sebagai nama pena di blog, aku dah jangkakan yang aku memang menulis ikut mood dan musim. Musim rajin banyak lah entri,musim malas habuk pun tarak.



SOCIAL MEDIA PLATFORM
Makin ramai rakyat di laman sosial seperti facebook, twitter dan instagram. Terima kasih kepada yang sudi menjadi kawan di laman sosial. Sape yang belum follow tuh, ringankan jari untuk klik button follow. 

2012: 141
2013: 212

2012: 529
2013: 647

2012: 119
2013: 580


Ok, cukup aku membebel pasal 2013. Benda dilepas usah dikenang. Ayuh, kita fokus untuk tahun baru, tahun 2014. "Sekali air bah, sekali pantai berubah", mungkin itu lah peribahasa yang paling tepat sekali untuk dikongsi sempena tahun baru 2014 ni. Maksudnya? Sesuatu yang berubah mengikut keadaan dan masa. Begitu juga dengan aku, manusia biasa yang menginginkan perubahan ke arah yang lebih baik setiap masa. Semoga, apa yang direncana bakal aku jayakan dengan sempurna dengan izinNya, amin.

Post a Comment

16 Comments

  1. fuuuhhh. kemah boh! tahniah atas pencapaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..harap tahun 2014 lebih baik, inshaAllah

      Delete
  2. memang ko pakar audit la bro..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada boh,banyak lagi kena blajar dengan senior-senior..
      tengah kumpul pengalaman sebelum move on :)

      Delete
  3. semoga rezeki bertambah..ni mung punya hadiah kat MK lagi ni.MK tgh tak sihat. nanti MK roger

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... haha, konah simpan dulu.. nk mai lepak area Sri Permaisuri roger-roger ye.. pekena Ayam Penyek Wang Solo ke, best jugak

      Delete
  4. bro... lama betul tak dengar citer... semoga semangat blogging akan berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bro,lama tak jumpe.. weekend je free skang.. adeh..
      paling kurang, dapat update blog 2 kali seminggu pun dah ok,haha

      Delete
  5. tahniahh atas kejayan 2013..

    tu la akk terkezut gak nampak PB aktif event blogger tu. takpe, tgh single ni lg senang... mcm akk ni susah sikit la nak gerak lebih2 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak hanie

      tu lah, kebetulan kerja di KL, event-event pun banyak di sekitar ni,bujang lagi, time weekend takde apa nak buat, join je lah event blogger...at least ada aktiviti nk buat..
      boleh jugak jumpa member-member yg duk kenal di alam maya ni,hehe

      Delete
  6. Selamat tahun baru 2014 dan selamat kembali aktif.All the best! :)

    ReplyDelete
  7. jom sama-sama maju dalam blog!!bagus dah ni Anuar!hehe...hebat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..moga terus diberi kesempatan dalam kesempitan masa untuk blogging :)

      Delete
  8. 2014 harap ada dalam senarai 'majlis perkahwinan penaberkala' hehehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. masin mulut bakal ibu mana tau kan? hehe

      Delete