Apa menu best untuk breakfast? Kalau orang kat Malaysia ni, macam-macam
jenis nasi ada untuk breakfast. Sebut saja, nasi lemak, nasi berlauk,
nasi kerabu, nasi dagang, nasi impit, nasi tumpang dan macam-macam lagi. Semua ada! Untuk kali ni, jom lah kita sembang pasal Nasi Lemak iaitu menu yang paling famous di Malaysia. Rata-rata tempat di pelusuk dunia ada. Cuma, nama dan rasa yang berbeza.Ada Nasi Lemak Antarabangsa, ada Nasi Lemak Ajih, ada Nasi Lemak Ayam Kampung dan macam-macam lagi. Just name it!
Duk sembang pasal Nasi Lemak, teringat Nasi Lemak favorite time sekolah dulu-dulu iaitu Nasi Lemak Kak Chek. Kedai dia, betul-betul sebelah sekolah. Kalau waktu rehat, kadang-kadang curi keluar pagar nak gi beli Nasi Lemak tu, keh3. Kantoi! Kalau time weekend, ada kelas tambahan, memang selalu tapau kat situ. Torbaik!
Jadi, alang-alang duk kusyuk cerita pasal Nasi Lemak, meh ler kita cuba jaya untuk masak Nasi Lemak edisi dapur orang bujang. Sedap ke tidak lain kira, yang penting kita cuba. Ayuh! Peminat-peminat nasi lemak, jom kita try explore cara nak masak Nasi Lemak. Mana tahu boleh bukak kedai nasi lemak ke pulak satu hari nanti, keh3.
Bahan-bahan untuk menyediakan Nasi Lemak
Ok, Nasi Lemak ni diberi nama Nasi Lemak Bujang Senang. Kenapa? Sebab orang bujang yang buat, dan ke-dua sebab ia simple, ringkas dan senang. Teknik memasak, teknik kulinari bagai, kita tolak tepi, yang penting Nasi Lemak kita masak dan boleh dimakan. Janji kenyang. Faham?
First sekali, kita sediakan bahan-bahan utama untuk masak Nasi Lemak. Mudahnya, kita bahagi kepada dua bahagian iaitu (1) Nasi dan (2) Sambal dan aksesori.
Nasi Lemak
Bahan-bahan untuk Nasi Lemak
- Beras (semangkuk - untuk 4-5 orang makan)
- Halia - sebesar ibu jari dihiris nipis
- Daun pandan - 1-2 helai disimpul rapi
- Santan - secawan
- Air- secawan
Cara-cara untuk memasak nasi lemak
- Basuh beras macam nak masak nasi seperti biasa. Bezanya cuma kali ini tak payah sukat air.
- Masukkan daun pandan dan hirisan halia.
- Masukkan secawan santan pekat.
- Masukkan secawan air.
- Akhir sekali baru sukat dengan jari telunjuk agak-agak tenggelam garis lipatan pertama jari telunjuk. Nak guna pembaris pun boleh, wakaka.
- Masak guna periuk elektrik je, mudah, cepat dan senang!
- Tunggu sehingga masak. Nantikan aroma Nasi Lemak yang memang umpppphhh!
Sambal
Bahan-bahan untuk membuat sambal
- Cili kering - dikisar
- Bawang putih
- Bawah merah
- Bawang besar
- Halia
- Belacan
- Asam jawa
- Garam
- Gula
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, bawang merah, dan halia yang dikisar. Kalau takde blender, maklumlah rumah bujang, boleh hiris nipis je semua bahan-bahan yang disebut tadi. Settle! Tunggu hingga pecah minyak dan naik bau. Bukan sampai hangit ye.
- Masukkan lada kering yang dikisar. Atau, kalau takde blender, guna je cili giling. Simple!
- Biarkan seketika sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa dan belacan. Masukkan sedikit air kalau nak lebih kuah.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan sehingga sedikit pekat. Kalau suka bawang besar, boleh masukkan hirisan bawang besar dan kacau sehingga sedikit layu.
Bahan-bahan lain
- Ikan bilis
- Kacang tanah
- Telur ayam
- Timun batang
- Ikan bilis digoreng sehingga garing. Boleh juga ditambah ke dalam sambal yang dimasak untuk dijadikan sambal bilis.
- Kacang tanah digoreng sehingga masak.
- Telur ayam direbus sehingga masak.
- Jangan lupa, timun batang. Hiring bulat ke, leper ke, tak kisah janji ada. Baru lengkap set Nasi Lemak.
Nasi Lemak sedia untuk dihidangkan
Nak tengok hasilnya? Nama pun first time masak Nasi Lemak, sampaikan tertinggal satu bahan wajib iaitu timun batang. Adeh! Takpelah, next time kita buat biar cukup lengkap. Kali pertama, dimaafkan, keh3. Maka, inilah hasilnya. Nasi Lemak pertama yang dimasak sendiri sepanjang 25 tahun hidup.
Ikan bilis goreng rangup, kacang goreng, sambal yang umphh, telur rebus dan Nasi Lemak, memang gandingan hebat untuk manjakan perut anda, hehe. Amacam, mengancam ke idok?
Kebetulan masak lebih, boleh hulur-hulur ke jiran tetangga. Hari tuh, sempat hulur kat Kak Diah. Akak ni banyak tolong aku sejak mula-mula datang menetap di KL dulu. Nasi Lemak ni, tak dapat nak balas jasa akak. Tapi, terima je lah ye. Kalau sedap, boleh order, wakakaka.
Ok, sekian saja untuk menu bujang kali ni. Sekali lagi nak pesan, kalau nak buat nasi lemak tu, timun batang jangan dilupa,haha. Belajar dari kesilapan sendiri :) Apapun, kepada sesiapa yang berminat nak try masak nasi lemak yang super simple ni, semoga berjaya ye. Tak cuba, tak tahu. Dah cuba, blurrrrrp.Kenyang perut suka hati dibuatnya :)
12 Comments
pasni lehla p jalan2 umah dia. pandai masak rupanya huhu
ReplyDeletenak mai roger je, no hal..
Deletekita buat makan-makan
Sedapnya nasi lemak.. Kalau kat kampung ikan bilis masak bersama sambal.. Kat luar ni susah nk cari yg mcm tu, kne masak sndiri.. Hehee.. Nasi lemak ni jnji sambal dia sedap so sedap lah.. :-)
ReplyDeleteseronok jugak first time buat menjadi,haha..
Deletesambal bilis pun best, sambal dan bilis goreng pun best..
tu pun ada letak jugak sedikit bilis dalam sambal.. kasik ada rasa bilis dan pekat.. next time nk improve lg, keh3
Salam.
ReplyDeleteIkan bilis tu krole, ak suka goreng bagi rangup kaw2, fuh, sedap.
Tak dapat ikan bilis, guna keropok ikan pun bleh, asal ada rangup2..
Awok suka nasi lemak dgn telur mata..wahh, lapor,haha
Waalaikumussalam
Deletesama la, lebih suka ikan bilis digoreng rangup ..
tambah pulak sambal yang umphh, torbaikkk...
hebat nye ko weehh... xpenah laa aku masak menda2 cmni..
ReplyDeletemain campak-campak je ni, buat eksperimen di dapur..
Deletetak payah nk kena beratur cam kat kedai di Kajang tu, lol
Dok tgk gamba NL time2 gini mmg tolan liur jahlaa Nuar weh. Tapi meme akak respek your step by step punya cara ni. Hebak boh!
ReplyDeletenasi lemak cubaan pertama ni kak.. mujur jah jadi
Deleteboleh buat rujukan untuk diri sendiri klu raso nk buat lagi next time,haha
lagi best kalau tambah ayam goreng, telur mata.. fuhh
ReplyDeletebetul tuh..dah jadi macam Nasi Lemak Old Town,haha
Delete