Orang Itali meletakkan sepenuh jiwa mereka pada
seni, muzik, cinta
lebih-lebih lagi sajiannya
memperkenalkan citarasa taste of Itali baru Pizza Hut
disediakan dengan ramuan berkualiti tinggi
dan keju Itali istimewa
kerana apabila ia disediakan dengan sepenuh jiwa
rasanya sentiasa lebih enak
-Pizza Hut TVC 2014-
Hah, pernah dengar bait-bait kata seperti yang tertera kat atas? Kalau nak tahu, itulah ayat-ayat yang kita semua boleh dengar dalam iklan di kaca tv sekarang. Tak caya? Apa kata, sambil layan cerita Hindustan di TV3, ce tunggu iklan. Konpem ada punya, hehe. Tak pun, layan je video kat bawah ni.
Nak tahu apa keistimewaan pasal Taste Of Italy yang hangat diperkatakan sekarang? Boleh skroll down blogpost ni sambil layan gambar-gambar menarik tentang apa yang telah di"ngap" tempoh hari. Kalau rasa tak tahan, boleh ambil telefon dan tekan 1 300 88 2525 laju-laju. Pizza Hut Delivery kan ada :)
Pizza Hut, Pavilion KL
Tanggal 29 April 2014, kami beramai-ramai pergi serang Pizza Hut, Pavilion KL. Nak jugak merasa menu-menu baru yang diperkenalkan oleh pihak Pizza Hut. Kali ini, dengan tema "Taste of Italy", ayuh kita ramai-ramai melencong ke Italy, eh! *angan-angan sambil kunyah pizza*.
Antara blogger-blogger yang datang serang Pizza Hut Pavilion tempoh hari adalah Mawardi Yunus, Fauzi Aryaan, MahaMahu, Ujang, HazmanFadzil, Tatie, Ruby, Yana Yassin, Kelly, Deqnoor, Sabrina, Sabby, Cik Lily dan ramai lagi. Bila dah ramai-ramai jumpa macam ni, memang havoc lah jadinya. Kebetulan, time tu masih lagi dalam mood celebrate birthday dan celebrate project completion, dapat makan pizza ramai-ramai macam ni memang double triple happy.
#PenaBersantap
Ok, mesti korang semua nak tahu apa yang best di Pizza Hut sekarang kan? Tak payah buang masa, ayuh kita layan gambar-gambar pizza dan pasta yang pastinya dapat membuat anda meleleh. Ok, jom imagine kita kat Italy sekarang, layan.....
#TasteOfItaly
Nikmati Sensasi Rasa Italy
Senarai menu istimewa sensasi Itali yang perlu korang cuba!
Florentine Chicken Pizza
Tuscan Beef Pizza
Romano Chicken Pizza
Pesto Chicken Spaghetti
Mama Mia Meatballs
Italiano Bruschetta
Garlic Cream Fettuccine
Boleh rujuk gambar kat bawah untuk lebih umppphhh!
Kalau plan nak gi Pizza Hut, dah boleh plan nak makan apa
Amacam, mengancam ke tidak? Kalau tak mengancam lagi, kalau tak memikat selera lagi, tak tahu lah nak cakap apa. Meh nak bocorkan rahsia, menu yang paling best adalah Mama Mia Meatballs. Gulp, telan air liur laju-laju. Lain orang, lain citarasa kan? Jadi, nak tahu yang lain-lain, kenalah cuba sendiri. Tapi, kalau ditanya pendapat peribadi tentang pilihan hati yang memikat selera selepas mencubanya adalah Mama Mia Meatballs dan Garlic Cream Fettuccine. Kalau pizza pulak, antara 3 pilihan yang ada, Tuscan Beef Pizza yang berjaya menambat hati :) Korang yang dah cuba, apa pulak pilihan hati?
Pizza Hut's Exclusive Bloggers Party
Terima kasih kepada pihak Pizza Hut untuk jemputan ke event kali ini. Biasanya kita order dan makan pizza berbentuk bulat, kali ini kita boleh rasa kelainan makan pizza berbentuk segi empat. Rasa memang lain dari biasa, katanya rasa asli persis dari Italy. Tak sampai ke Italy pun tak apa lah, yang penting pizza Italy kita dah try, hehehe.
Deputy General Manager, Ms Sharon and team
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk rasa dan menikmati sendiri 7 menu istimewa yang dihidangkan di Pizza Hut berdekatan. Feel the excitement, Taste of Italy!
Rakan bloggers
Like, Snap, Win Contest
Lagi menarik, sekarang ni Pizza Hut sedang menganjurkan satu contest mudah sempena "Taste of Italy". Cuma dengan 3 langkah mudah, korang berpeluang untuk menang RM50 dan makan percuma bersama keluarga dan kawan.
Langkah 1
Like facebook Pizza Hut Malaysia
Langkah 2
Snap gambar paling kreatif, menarik dan da bomb bersama menu pilihan Taste of Italy
Langkah 3
Hantarkan gambar terbaik anda di ruangan komen di sini
Apa tunggu lagi? Peluang mudah untuk memenangi voucher RM50 dan makan percuma di Pizza Hut. Ayuh join sebelum tarikh tutup penyertaan pada 3 petang, 27 May 2014. Paling best, 40 orang bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk mendapat voucher RM50. Paling best, seorang pemenang bertuah akan dapat makan percuma di restoran Pizza Hut terpilih bersama 30 orang tak kira kawan atau keluarga. Walaweh, syiok wooo.
Agak-agak, kalau submit gambar ni untuk penyertaan boleh menang ke tak? Possing dah macam di Venice, Italy, wakakaka. Apapun, semoga berjaya kepada semua yang pasang hajat nak join contest ni. All the best!
Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia
Delivery
1 300 88 2525
Twitter
Instagram
8 Comments
Waaaa... best nyer makan pizza tu huhuuuu... untung la :D
ReplyDeleteTorbaikk bro.. lagi-lagi bila ada menu baru camni
DeleteWahhh! Nampak sedap semuanya, fana memang hantu makanan Itali. Hehehe. nanti nak try la Mamamia Meatballs.
ReplyDeleteHah, nanti pi Cuba ye...
DeleteJangan lupa snap gambar skali untuk join contest
Haiiipp.... sempat lagi amik snap gambar suap yea..... hahahahaha
ReplyDeleteHahahaha, bila lagi nk bermanja ngan deqnoor...
Deleteuntungla makan x ajak kan. huhu
ReplyDeleteTak untung sebab tak dapat makan semeja dgn MY
Delete