Al-Qasr Cyberjaya : Authentic Arabic Cuisine

Dah lama tak update blog, memandangkan mood rajin datang bertamu, maka jomlah kita layan dia baik-baik sebelum berlalu pergi,lol. Ok, kali ni nak heret semua kawan-kawan yang suka makanan Arab ke sebuah restoran yang tersergam indah di Cyberjaya yang diberi nama Al-Qasr.


Pernah pergi? Kalau tak pernah pergi ataupun tak pernah tahu pun pasal kewujudan restoran ni di Cyberjaya, molek benarlah. Scroll down entri ni, baca dan cuci mata tengok gambar-gambar yang sempat dirakam kat sana. Honestly, memang terpegun dan excited dek keunikan Restoran Al-Qasr.


Restoran Al-Qasr, Cyberjaya

Kalau nak tahu, landmark untuk Restoran Al-Qasr adalah berdekatan dengan Akademi KRU di Cyberjaya. Kalau nak alamat penuh, boleh rujuk di bahagian akhir entri ni. Sebelum terjah apa yang menarik dalam restoran ni, jom kita intai-intai dulu bahagian luar Restoran Al-Qasr.


Al-Qasr bermaksud selamat datang ke istana


Pintu utama ke Restoran Al-Qasr

Malas nak masuk makan kat dalam restoran, nak duduk kat bahagian luar pun boleh. Ada seats disediakan. Tapi, nak syok lagi, better masuk makan kat dalam. Baru boleh feeling makan-makan di Istanbul.


Dekorasi 

Faktor utama yang menjadi daya tarikan PB untuk berkunjung ke sini tak lain tak bukan keunikan dan kecantikan interior design Restoran Al-Qasr. First time tengok gambar restoran ni, terus terkinja-kinja rasa excited nak gi bertandang ke sana. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang istimewa sangat? Nah, boleh tengok sendiri dekorasi yang artistik seolah-olah berada di Timur Tengah.














Amacam, cantik ke tidok? Kalau tak puas hati lagi dengan gambar-gambar yang ada kat atas nun, boleh pi terjah sendiri Restoran Al-Qasr di Cyberjaya. Tengok sendiri baru puas hati. Nak buat photoshoot pun takde hal, memang lawo.


Apepun, terima kasih diucapkan kepada rakan blogger yang memperkenalkan tempat yang ohsem ni. Tempat yang cantik, makanan yang sedap. Memang berbaloi-baloi. Nak tahu siapakah mereka?






Menu Istimewa

Pergi restoran yang gah macam ni,  tak kan nak tengok hiasan semata-mata kan? Tak kenyang bhai. Apa kata kita cuba menu-menu istimewa kat sini. Lagipun, dah lama tak makan makanan Arab. Jom tengok apa yang telah kami ngaaap di Restoran Al-Qasr.


Arabic Bread

Ini namanya roti Arab. PERCUMA untuk semua pelanggan restoran Al-Qasr. Gebu dan sedap dimakan begitu saja. Dari tempat duduk di meja makan, boleh nampak cara tukang masak duk buat roti Arab. Nak tengok video cara buat roti Arab ni, boleh klik sini http://instagram.com/p/oLXvN8zP9x/


Spicy Mandi Chicken

Kita selaku pelanggan, kalau nampak restoran yang mewah dah tentu kata harga makanan pun mewah kan? Skeptikal! Sebenarnya, tidak benar untuk Restoran Al-Qasr. Restoran mewah, makanan sedap tapi harga still berpatutan macam restoran-restoran lain. Contohnya macam Spicy Chicken Mandi ni, portion yang agak besar dan boleh makan untuk 2-3 orang. Harga berpatutan. Memang puas hati.


Musakhan Chicken

Ni first time try Musakhan Chicken. Salah satu menu yang ditawarkan di Restoran Al-Qasr. Uniknya menu ni, ada roti di bahagian bawah, ada ayam dimasak bersama bawang dan ditutup dengan roti di bahagian atas. Rasa dia memang lain dari yang lain. Harus dicuba!


Lamb Kebab

Memandangkan chicken kebab sudah habis, kita tukar kepada lamb kebab. Ini seriously sedap. Tak rasa langsung bau kambing. Perapan dia pun, memang umpppph. Selain daripada menu ni, kami juga diberi sup kambing untuk dicuba. Torbaikkk!



Blurpppp.3 orang makan, 3 hidangan utama memang kenyang habis. Mungkin next time, boleh pergi lagi untuk try menu-menu lain. Kalau pergi berbuka puasa ke, dinner kompeni ke, makan-makan dengan member kat sini ke next time, syok jugak. InshaAllah, kalau murah rezeki dan dipanjangkan umur akan sampai untuk kali ke-2 dan seterusnya.


Lensa Kamera


Walaupun baru setahun beroperasi, tapi Restoran Al-Qasr dah terpampang di majalah Nona. Sekilas pandang, memang tak expect pun photoshoot ni dibuat dalam sebuah restoran. Memang betul-betul exclusive!


 Di Sebalik Tabir

Biasanya, kalau restoran Arab di Malaysia, kebanyakannya adalah hak milik orang-orang Arab. Kami pun fikir benda yang sama. Ingat kan Al-Qasr ni milik orang Arab. Rupanya tekaan kami meleset sama sekali. Restoran ni anak Melayu, anak tempatan yang punya. Kagum!


 Encik Sulaiman Bin Abdullah
Director

Kebetulan time kami bertandang, owner Restoran Al-Qasr ada bersama. Sempat kami berborak panjang mengenai restoran ni. Macam-macam soalan kami tanya, daripada ilham dekorasi sehinggalah ke pemilihan tukang masak.



Encik Sulaiman ni lulusan Civil Engineering dan merupakan seorang civil engineer. No wonderlah memang hebat bab-bab senibina ni. Nampak jelas, memang teliti setiap ukiran yang ada dan diselitkan dengan kalimah-kalimah suci.


Dari segi tukang masak pulak, memang dia pilih dengan teliti. Siap ada sesi pemilihan. Chef yang dibawa khasnya dari Yaman untuk pemilihan diberi bahan-bahan yang ada untuk memasak menu-menu terpilih. Fuuh, dengar dia cerita memang rasa kagum. Bukan mudah nak set up business macam ni. Perlu perancangan yang hebat dan perlaksaan yang penuh teliti. Dan lagi mengejutkan, ini merupakan outlet ke-dua selepas pembukaan restoran yang pertama iaitu Marhaba. Semoga business terus maju jaya!

Teknik Memasak Tradisional

Lepas syok-syok berbual, kami dipelawa untuk masuk ke kitchen. Tengok teknik memasak dan chef-chef yang sedang bekerja memang satu peluang keemasan. Terima kasih untuk peluang yang diberikan. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni lagi-lagi restoran eksklusif.



Kat sini kami dapat tengok cara hidangan disediakan dan peralatan memasak yang digunakan. Dari pemanggang, pembakar roti sehinggalah tempat memasak nasi mandi. Paling teruja bila tengok tempat memasak nasi, ala-ala macam perigi yang penuh bara api. Perghhh, memang unik. First time tengok depan mata. Pengalaman yang berharga!

Info

Kalau rasa nak try masakan Arab di Restoran Al-Qasr, boleh la berkunjung ke Cyberjaya. Kat sini disertakan alamat penuh untuk sesiapa saja yang berhajat nak ke sana.

Al-Qasr,
Lot B Street Mall,
Jalan Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehs

Facebook:

No telefon:
03-8322 2220
011-1570 8721
012-313 3184
 
Marhaba Cyberjaya,
G008, Cyberjaya Commercial Center,
Jalan Multimedia,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan 
 

Post a Comment

9 Comments

  1. too dia, sekali up ent niry complete, terbaik.. double thumb up untuk entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thank you
      lama peram sebab bizi memanjang mengalahkan menteri, kui3
      next time, jangan serik ajak lagi

      Delete
    2. aku lagi la. x pnah buat entry walaupun dh berkali2 p ekekeke

      Delete
    3. hah, nampak gayanya kena pi sekali lagi la tu,hehe

      Delete
  2. woww.. cantiknya tempat ni.. makanan dia pun nampak.. nyum2.. tapi jauh nya nak ke sana.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik dalam restoran ni.. makanan pun sedap.. ada masa, boleh la pi cuba :)

      Delete
  3. aku makan free hari tu dkt sini sebab shooting kan
    serius sedap gila
    puas hati la makan dan harga pun murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati kan makan kat situ?
      dah la tempat cantik, harga pun ok, yang penting makanan sedap

      Delete
  4. wah ade reviu jugak,
    kedai ni antara nasi mandy yg paling sedap setakat ni, aroma nasi menusuk kalbu .

    ReplyDelete