Baru-baru ni, kecoh satu Asia Tenggara bila Taylor Swift datang ke Indonesia, Filipina, Singapore dan Malaysia. Dengan aura selaku pemenang GRAMMY Award sebanyak tujuh kali dan gelombang merah, #RedHot , ramai peminat fanatik di 4 negara merebut peluang keemasan untuk tengok persembahan Taylor Swift secara live di lokasi-lokasi berkenaan sepanjang The Red Tour berlangsung.
4 June 2014 Jakarta
6 June 2014 Manila
9 June 2014 Singapore
11 June 2014 Kuala Lumpur
12 June 2014 Singapore
Air Asia selaku official airline untuk terbangkan Taylor Swift ke lokasi-lokasi berkaitan telah menganjurkan official launch flight rasmi Taylor Swift. Secara tak langsung, sebagai salah seorang Air Asia Bloggers Community (AABC), PB dapat jemputan untuk menghadiri Red Hot Party sempena majlis pelancaran yang diadakan. Terima kasih Air Asia. Jom kita tengok moments indah sepanjang event berlangsung di Mandarin Oriental, KLCC.
Red Hot Party
Antara blogger-blogger yang turun padang untuk memeriahkan event malam tu adalah Eazy, Amir Nawawi, Khai, Faizal, Fauzi, Mawardi Yunos, Tengku Syukri dan Beki. Selain tu, ada juga Yana Yassin, Pen Merah, Nani dan ramai lagi. Memang meriah bila ramai-ramai berkumpul macam ni.
Sebelum majlis pelancaran bermula, masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Taylor Swift. Walaupun props, jadi la dari takde kan? keh3.Apapun, memang happening.
Hi Taylor Swift. Welcome to Malaysia!
Kehadiran Yasmin Hani selaku pengacara untuk majlis pelancaran memeriahkan lagi suasana Red Hot Party. Dengan gelombang merah, dress code merah untuk semua tetamu yang hadir menjadikan keadaan lagi hangat dari biasa.
Majlis pelancaran flight rasmi Taylor Swift diterajui oleh Puan Airin Omar. Nampak replika flight Air Asia yang terpampang gambar Taylor Swift tu? Hah, itulah flight khas yang direka khas untuk penerbangan Taylor Swift sepanjang The Red Tour.
Selepas majlis pelancaran, ada sesi lucky draw dan kuiz. Macam-macam hadiah menarik ada. Ada yang menang t-shirt Taylor Swift, ada yang menang backstage pass dan tiket konsert, ada jugak yang menang tiket flight return ke Jakarta dan Singapore. Memang torbaik. Gua pun menang jugak, MENANGgung kekalahan, wakaka. Tahniah kepada semua pemenang bertuah pada malam tu.
Taylor Swift In Malaysia
Pada 11 June 2014, dengan rasminya Taylor Swift tiba di Kuala Lumpur sempena RED Tour dengan menaikai Taylor Swift Airbus A320. Akhirnya, apa yang kita semua tengok replika tempoh hari, kini dah ada depan mata. Real. Ohsem!
Rasanya, sesiapa yang berkesempatan pergi konsert Taylor Swift tempoh hari, mesti puas hati kan? Lagi-lagi die hard fan Taylor Swift. Kegembiraan korang bersama Taylor Swift bukan berakhir kat situ je, ada lagi info yang menarik yang nak dikongsikan kat sini. Cekidout!
Replika Air Asia Taylor Swift
Sempena RED Tour, Air Asia menawarkan peluang keemasan untuk memiliki model replika Air Asia Taylor Swift terutama kepada die-hard fan Taylor Swift.
Nak simpaln replika macam ni? Tapi bukan saiz gedabak macam kat atas tu lah, saiz dan harga boleh refer kat bawah:
Size 1:100
RM130/unit
Size 1:400
RM107/unit
*Harga tak termasuk caj penghantaran
So, untuk sesiapa yang berminat, boleh buat tempahan melalui e-mel (redhot@airasia.com) Air Asia berserta butir-butir peribadi seperti Nama, No. Telefon, E-mel, Alamat dan Model yang nak order.
Contest #RedHotAirAsia
Selain replika, korang juga boleh menangi hadiah eksklusif Taylor Swift dan Air Asia merchandise dengan hanya berkongsi gambar kapal terbang Air Asia Taylor Swift di Instagram ataupun di twitter dengan hashtag #redhotairasia
Kalau nak tahu, kapal terbang khas, Air Asia A320 ni akan terbang
merentasi benua ke beberapa bandar-bandar utama dunia termasuklah 88
destinasi merentasi 22 negara. Jadi, tak mustahil korang akan terserempak di mana-mana dan selfie bersama untuk merebut peluang menangi hadiah eksklusif. Selamat mencuba dan all the best!
Tarikh tutup penyertaan: 22 June 2014
Apapun, jom layan lagu Taylor Swift, keh3.
8 Comments
singgah malam: pasti kenangan terindah bila berkumpul rakan blogger dlm event2 sebegini..klik V W disini..PB
ReplyDeleteterima kasih singgah sini :)
Deletebetul tuh, dulu jumpa kat blog je skang dah dpat jumpa depan mata
memang meriah
untunglah dpt gi konsert taylor...hehe
ReplyDeletetak gi pun konsert... gi launching je der
DeleteMemang havoc party tu .. huhu
ReplyDeletemana tak havoc, abam pap pap pap pun ade,keh3
Deletewah menarik tu bro..dpat jmputan mcm ni..
ReplyDeleteparti yg sangat meriah!
meriah jugak.. lagi-lagi bila dapat jumpa member blogger
Delete