Buffet Ramadhan di The Royale Bintang Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan di The Royale Bintang Kuala Lumpur adalah salah satu tarikan menarik untuk buffet ramadhan di sekitar Kuala Lumpur selain di Impiana Hotel KLCC atau JW Marriot Hotel


Mungkin ada yang tercari-cari hotel mana yang best untuk mengadakan iftar bersama rakan sepejabat mahupun sahabat handai. Jadi, salah satu tempat yang disyorkan adalah The Royale Bintang Kuala Lumpur. Jom, ikuti cerita kami berbuka puasa di The Royale Bintang Kuala Lumpur.


Buffet Ramadhan di The Royale Bintang Kuala Lumpur
 '
Kebanyakan hotel di Malaysia menyediakan buffet Ramadhan citarasa ala kampung sempena bulan Ramadhan ni. Ye lah, masing-masing rindu nak balik kampung, rindu masakan kampung especially masakan mak. Lagipun, nak balik kampung jauh nun di sana. Pilihan citarasa kampung yang ada macam ni memang sesuai lah untuk mengubat rindu paling tidak.


Sempena bulan Ramadhan 2014, sesiapa yang plan nak berbuka puasa di hotel dan teringin nak makan juadah selera kampung, Buffet Ramadhan 2014 Ala Kampung Di Royale Bintang Kuala Lumpur adalah pilihan tepat. Dengan aneka juadah iaitu lebih 100 jenis sajian yang disajikan untuk semua pelanggan yang hadir. Info lanjut, boleh rujuk poster kat bawah ni.


Kalau nak tahu, seperti hotel-hotel lain, The Royale Bintang Kuala Lumpur menawarkan promosi menarik sepanjang bulan Ramadhan bermula dari jam 7 petang hingga 10.30 malam setiap hari bermula bermula 02 July 2014 hingga 25 July 2014.


Menu Isitmewa di The Royale Bintang Kuala Lumpur


Aneka juadah, lebih 100 jenis hidangan disediakan kepada para tetamu. Konsep ala kampung pasti membangkitkan selera sesiapa saja yang bertandang.



Ini antara rakan bloggers yang sama-sama hadir ke majlis iftar di The Royale Bintang Kuala Lumpur. Tengok gelagat Mawardi Yunus, Tengku Syukri, Fauzi Aryan dan Faizal duk kusyuk snap gambar menu-menu yang mengancam di sana.

 

Antaranya, ada aneka kerabu yang disajikan. Kerabu perut, kerabu ayam dan macam-macam lagi. Rambang mata nak pilih yang mana satu.



Hah, ini pun nampak mengancam. Ikan-ikan yang sedang menunggu untuk disantap! Adeh, tak tertahan menengoknya.



Kuih-muih tradisional, kek dan biskut pun ada bermacam-macam jenis kat sini. Pilih je mana yang berkenan yang rasa nak telan. Konpem, puas hati.


Hari kemarau memang tak sah kalau tak pekena air batu campur (ABC). Dengan bermacam-macam bahan yang ada, silalah buat ABC ikut kreativiti masing-masing. Sempoi!





Lokasi buffet Ramadhan di The Royale Bintang Kuala Lumpur adalah di tingkat 1. Naik je tangga dari lobi hotel, terus jumpa. Don't worry, tak sesat punya.



Nak tahu susunan tempat duduk macam mana? Hah, kat sini ada disertakan gambar susunan tempat duduk untuk tetamu. Kemas dan teratur, yang penting selesa.



Untuk makluman semua, pihak hotel menyediakan surau di tingkat 2 untuk semua muslimin dan muslimat menunaikan solat Maghib selepas berbuka puasa. So, don't worry.


 Majlis Berbuka Puasa Bersama 
Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia


Sebenarnya, pena ke sana untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Jemputan ini daripada kak Akma Omar menerusi rakan blogger, Tengku Syukri. Apapun, terima kasih banyak-banyak atas jemputan ini.



Seronok bila tengok adik-adik semua mengukir senyuman kegembiraan bila diraikan dalam majlis berbuka puasa macam ni. Tiba-tiba teringat balik kenangan masa buat program bersama anak-anak yatim di Rumah Penyayang Bestari, Kuala Langat dulu.

 



Syabas diucapkan kepada pihak The Royale Bintang Kuala Lumpur di atas usaha murni menjayakan program macam ni. Semoga program macam ni dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang.




Selesai majlis berbuka, adik-adik dihiburkan dengan persembahan dan sesi soal-jawab kuiz. Macam-macam soalan ditanya, sape-sape yang berjaya jawab diberikan hadiah. Masing-masing eksited berebut nak jawab. Macam-macam keletah ada.



Paling mencuri perhatian, adik-adik ni semua siap buat persembahan nasyid kepada semua tetamu yang hadir. Bravo!


Inilah antara moment-moment yang menyentuh hati dan perasaan. Kegembiraan yang dizahirkan sepanjang majlis berlangsung, senyum tawa yang dapat disaksikan dengan jelas. Mungkin detik ini merupakan saat bahagia bagi mereka.


Rakan Bloggers

 
Selain meraikan adik-adik Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, iftar ramai-ramai macam ni dapat mengumpulkan kami bloggers untuk berbuka puasa bersama-sama. Food blogger Hazman Fadzil pun ada. Kalau nak tahu, ini first time pena jumpa kak Akma Omar face to face. Masih malu-malu nak bersembang, kikiki. Sebelum ni, kenal di facebook dan blog saja. Apapun, terima kasih sekali lagi untuk jemputan kali ini.


notakaki: Maaflah, cerita ni agak basi, tapi kena publish juga untuk berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama adik-adik dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. Tanda kenang-kenangan dan memori untuk masa depan, hehe


Memory saved!

Post a Comment

0 Comments