Iklan Raya Aidilfitri TM : Kisah Man dan Adik memang mencuit perasaan sesiapa saja yang menonton. Korang sudah tengok ke belum? Kalau belum tengok, hah alang-alang dah singgah kat sini apa kata korang ambik masa 5 minit untuk tengok video iklan Raya Aidilfitri daripada TM yang kreatif dan menghiburkan. Macam biasa, setiap kali musim perayaan, pasti ada iklan-iklan yang menarik perhatian untuk ditonton.
Kali ini, pb rasa terpanggil untuk share pasal Iklan Raya Aidilfitri TM. Bukan apa, bila tengok je video iklan ni, dah rasa macam tengok short filem. Short and simple, but sweet. Kalau nak tahu, ini tahun ke-2 pihak TM mengekalkan watak yang sama dalam pembikinan iklan Raya Aidilfitri iaitu Man, Adik dan mak dan ayah mereka. Memang menghiburkan. Jom layan!!!
Iklan Raya Aidilfitri TM 2013 : Man
Kalau Iklan Raya Aidilfitri TM 2013, watak utamanya adalah Man. Dalam video ni kita boleh tengok macam mana Man belajar berpuasa, tahan lapar dan dahaga. Sampaikan tengok iklan air pun boleh terliur, tengok ayam hidup pun boleh nampak ayam panggang, kah3. Part kantoi dengan cikgu nak minum air paip dan kantoi dengan adik time curi-curi masuk daput hidu makanan antara scene yang mencuit hati. Menggamit memori zaman kita semua kecik-kecil dulu, hehe.
Iklan Raya Aidilfitri TM 2014 :Adik
Tapi, Iklan Raya Aidilfitri TM 2014 pula menampilkan adik sebagai watak utama. Kali ni, boleh tengok adik yang degil-degil manja. Biasalah, budak-budak baru nak membesar, ada nakalnya sikit-sikit. Rasanya iklan ni menarik bukan hanya watak adik yang cute dan comel, tapi juga gaya penyampaian dan jalan cerita yang cuba disampaikan agak berkesan dan sampai ke hati penonton
Dah tengok? Macam filem pendek kan? Siap ada sambungan lagi dari iklan tahun 2013. Stylo mylo! Jadi, sesiapa yang belum tengok lagi video Iklan Raya Aidilfitri TM : Kisah Man dan Adik, boleh la tengok sendiri. Agak-agak, tahun depan siapa pulak jadi watak utama? Adakah Man dan Adik bakal dapat adik baru? wakakakaka. Apapun, syabas kepada pihak TM atas kreativiti dalam berkarya sempena Hari Raya Aidilfitri.
0 Comments