Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Bali dan saya akan membawa bersama 9 bloggers dan rakan-rakan kerana 10 sebab utama iaitu:
1. Untuk merealisasikan impian ke Bali yang tidak kesampaian
Sebenarnya, tahun lepas saya pernah berhajat untuk ke Bali, namun tidak kesampaian (klik sini). Jadi, bila AirAsia menawarkan 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, inilah masa yang tepat untuk saya mencuba sebaik mungkin bagi merealisasikan impian untuk ke Bali bersama AirAsia. Bak kata orang tua-tua, "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Sebagai salah seorang ahli AirAsia Blogger Community (AABC), saya komited untuk mencuba. Paling penting, saya percaya ini bukan impian saya seorang, malah impian 9 orang lagi yang akan turut serta bersama memeriahkan trip kali ini.
My Air Asia Free Seats
2. Untuk meneroka destinasi pilihan, Bali
Perkara paling saya suka adalah pergi meneroka tempat-tempat yang tidak pernah dikunjungi. Tidak kira di dalam negara mahupun di luar negara. Kerana Bali mempunyai daya penarik yang begitu kuat seperti pantai dan tempat-tempat cantik yang memukau pandangan, jadi Bali menjadi destinasi pilihan untuk kali ini. Sementara usia masih lagi muda, kesempatan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengembara, mengenal tempat dan budaya orang. "Jauh perjalanan, luas pemandangan".
My favorite thing is to go where I've never been
3. Untuk merasai nikmat percutian bersama bloggers dan rakan-rakan
Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa nak pergi bersama bloggers dan rakan-rakan? Kenapa tak nak bawa ahli kelurga? Sebenarnya, saya tak pernah ke luar negara. Jadi, rasa kekok sikit kalau nak pergi bersama ahli keluarga ke tempat yang tak pernah dituju. Mungkin, kalau dah ada pengalaman sikit-sikit, boleh plan untuk buat family trip pula ke destinasi-desitinasi pilihan yang lain di masa akan datang. Memandangkan AirAsia menawarkan 10 Free Seats, ini adalah peluang terbaik untuk bawa bloggers dan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu kaki travel, untuk timba pengalaman baru bersama.
First time fly with AirAsia to Kota Kinabalu with Tian Chad for Sen Heng Trip
Credit: http://www.tianchad.com/
4. Untuk mencipta memori baru
Setiap tempat baru yang dituju, setiap orang yang kita kenal, dan setiap peluang yang kita dapat, itu semua adalah detik-detik untuk memori baru tercipta. Sekiranya berpeluang untuk terbang bersama AirAsia ke Bali bersama bloggers dan rakan-rakan, tiada apa yang saya harapkan melainkan dapat menghadiahkan mereka kegembiraan yang tiada tolok bandingnya dan satu pengalaman baru untuk mereka abadikan sebagai memori terindah iaitu terbang bersama AirAsia ke Bali.
Pengalaman pertama bonda tercinta terbang bersama AirAsia ke Kuching sempena meraikan kejayaan anak saudara, Sasha mencapai kejayaan 5A dalam UPSR 2013. Nasib baik dia minta hadiah ke Kuching, kalau nak ke luar negara, mahu botak kepala Ayah Su.
Pengalaman pertama Damia terbang bersama AirAsia ke Kuching seawal usia 6 tahun dengan hot seat daripada AirAsia. Semoga dengan ini dapat menyuntik semangat kepada Damia untuk belajar rajin-rajin dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Jadi kali ini, giliran rakan bloggers dan rakan-rakan untuk sama-sama cipta memori bersama AirAsia Free Seats.
5) Untuk menghargai bloggers dan rakan-rakan
Selain ahli keluarga, orang yang paling dekat dan paling rapat dengan kita adalah sahabat dan rakan-rakan. Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk memberi penghargaan kepada bloggers dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan sepanjang blogging. Kalau sebelum ini saya asyik berkongsi masalah bersama mereka, ini peluang terbaik untuk berkongsi satu kegembiraan jika diberi 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia untuk terbang bersama ke Bali.
Kenangan terakhir di LCCT
Persoalannya, siapakan mereka dan kenapa mereka? Jom, kita senaraikan antara mereka yang bertuah. Adakah korang tersenarai?
Bloggers Day Out ke Floria Putrajaya 2014
Trip ke Victoria Bridge, Kuala Kangsar, Perak
Dan jika diberi peluang untuk membawa 9 orang bersama untuk AirAsia Free Seats, antara mereka yang akan disenaraikan untuk ke Bali bersama adalah:
- Mawardi Yunus
- Fauzi Aryaan
- Potia
- Dikbee
- Khai Artzfar
- Mungkin yang duk baca entri ni sampai habis
- Mungkin yang drop komen untuk entri ni
- Mungkin jugak yang sentiasa like gambar di Instagram
- Mungkin yang sentiasa bertegur sapa di facebook
Kenapa mereka berlima? Kerana kami sentiasa mengadakan Bloggers Day Out ke tempat-tempat menarik untuk photowalk di setiap hujung minggu. Apa kata kali ini, kita cuba pergi jauh sikit, ke Bali untuk menimba pengalaman yang baru.
Lagi 4 orang siapa? Semestinya peluang akan diberi kepada 4 orang yang bertuah iaitu rakan bloggers yang lain-lain ataupun blog readers yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa blog penaberkala. Mesti seronok dan havoc trip ke Bali nanti. *berangan*. InshaAllah, kalau diberi peluang, rezeki ini akan dikongsi bersama mereka.
Setiap destinasi yang dituju pasti ada tarikan yang tersendiri. Begitu juga dengan Bali. Antara tarikan utamanya adalah keindahan Pantai Kuta.
Mana mungkin saya tak tertarik dengan keindahan tepi laut terbesar di Bali iaitu Pantai Kuta. Pantai ini
biasanya sesak dengan pelancong dan papan luncur.Memang teruja untuk ke Pantai Kuta dan menyaksikan sendiri keindahan pesisir pantai di sana.
Santai di Eco Tree Hotel, Melaka
Mungkin kalau berpeluang ke sana, boleh pose baik punya macam ni. Oh, indahnya dapat bercanda di tepian pantai.
7.Untuk melawat tempat yang popular di Bali iaitu Tanah Lot
Kalau ke Bali, tak sah kalau tak bertamu ke Tanah Lot. Ini lagi satu sebab kenapa nak sangat ke Bali. Kalau sebelum ni hanya mampu tengok di kaca televisyen dalam slot drama Projek Memikat Suami, harap kali ini dapat peluang untuk selfie dan wefie di Tanah Lot.
Tanah Lot merupakan salah satu kuil untuk ziarah suci di Bali yang terletak di puncak bentukan
batu yang dipisahkan oleh laut. Di sini kita boleh nikmati panorama mengagumkan serta
pengalaman penuh unsur budaya melalui tarian Kecak.
Herritage Tour, Melaka
Dah plan, kalau berpeluang ke Tanah Lot nak pakai baju Jalur Gemilang dan nak pose macam ni. Ok tak? Kami bangga jadi anak Malaysia :)
8. Menikmati makan malam isitmewa di Jimbaran
Kalau nak makan malam, orang kata tempat yang best nak feeling romantik boleh pergi ke Jimbaran. Cuba bayangkan kalau dapat duduk semeja dengan rakan bloggers dan rakan-rakan yang pergi bersama, pasti syok. Confirm riuh-rendah dibuatnya dengan gelak-ketawa.
Jimbaran merupakan salah
satu pantai terbaik di Bali, teluk yang tenang ini terkenal dengan
pemandangannya yang indah berlatarkan matahari terbenam. Jimbaran adalah tempat paling
sesuai untuk menikmati makanan laut yang menyelerakan di tepi pantai.
The Settlement Hotel, Melaka
Feeling-feling duk makan tepi pantai di Jimbaran dan melihat matahari terbenam. Fuuuh, mesti best. Kena bawa kamera dan go-pro semua baru best nak capture semua moment indah.
9. Untuk melihat gunung berapi di Gunung Batur, Kintamani
Lagi satu, tak nak lepaskan peluang untuk pertama kali melihat gunung berapi secara live depan mata di Bali. Sebelum ni, tak pernah tengok yang real. Cuma tengok dalam tv dan majalah.
Di Bali, kita akan berpeluang tengok gunung berapi. Gunung Batur merupakan gunung ke-dua tertinggi di Bali selepas Gunung Agung. Gunung Batur merupakan gunung berapi aktif.
10. Untuk menikmati kehijauan di Jatiluwih Rice Terrace, Tabanan
Sebab tertakhir dan sebab paling best untuk ke Bali adalah kerana Jatiluwih Rice Terrace. Saya anak petani, dan saya membesar di kampung yang penuh dengan sawah padi. Tapi, tak pernah lagi tengok padi yang bertingkat-tingkat macam ni.
Jatiluwih
Rice Terrace terletak di Tabanan yang memiliki keluasan sekitar 600
hektar. Pemandangan menghijau serta udara sejuk dan nyaman menjadi
tarikan utama untuk ke sini bagi menenangkan fikiran dan merehatkan
minda.
Ulu Segama, Sabah
Sebab utama, pastilah nak capture moment indah di sawah padi bertingkat-tingkat. Kalau kat Ulu Segama dulu, sanggup redah lalang-lalang seorang, kali ni nak heret semua 9 rakan-rakan yang lain untuk turut serta terjah sawah padi. Mesti ohsem!
Itulah 10 sebab utama kenapa penaberkala nak sangat 10 AirAsia Free Seats. Adakah layak atau tidak? Itu semua bergantung kepada keputusan pihak AirAsia dan rezeki masing-masing. Korang tolong doakan ye.
Korang yang tak tersenarai kat sini, jangan kecil hati dan jangan sentap. Masih ada lagi 4 kekosongan untuk diisi. Kalau lah betul-betul penaberkala bertuah untuk memenangi 10 tiket pergi balik ke destinasi pilihan, memang ini adalah peluang terbaik yang pernah penaberkala dapat dalam dunia blogging. Doakan semoga rezeki memihak kepada penaberkala, rakan bloggers dan rakan-rakan yang bertuah untuk travel ke Bali bersama AirAsia.
Semoga mimpi ini jadi realiti.
Semoga impian ini direalisasi.
Terima kasih AirAsia!
INFO
Untuk korang di luar sana, jangan sia-siakan peluang yang ada. Sementara Free Seats masih lagi available, apa kata ambil peluang untuk book tiket ke destinasi pilihan. Cekidout http://www.airasia.com/ untuk promosi hebat sebelum terlambat. Moh moh kita pergi melancong dan bercuti.
25 August 2014 - 31 August 2014
1 March 2015 - 24 October 2015
Travel Notes
Advanced booking required.
Fares are not available during embargo period.
Fares are not available during embargo period.
Travel period for I5 flights
26 October 2014 - 24 October 2015
35 Comments
Sila bawa ena sila bawa enaaaa... huaaaaaaaaaaaaaaa T_T
ReplyDeleteTak tau menang ke tak lagi Ena..
DeleteApepun, wish me luck ye :)
Tak no.9,no.6 pun jadi la....happy kot tgk korg selalu keluar together.
ReplyDeleteInshaAllah, klu menang la deh.. Boleh dipertimbangkan untuk 4 tempat kosong lagi,hehe
DeleteSeronok, sebab semua kongsi minat yang sama, blogging, photography dan makan-makan
terima kasih weh, semoga impian ko jadi nyata Insyaallah. Ameen. Sebak nama paling atas..
ReplyDeleteMencuba nasib je bro.. Mana tahu klu ada rezeki, boleh la merasa nak pergi travel ramai-ramai dengan gang #BloggersDayOut
DeleteAll the best bro.... Nice entry....
ReplyDeletethanks bro.. thanks for reading and wish
DeleteGood luck, bro!
ReplyDeletethanks brader :)
Deletegoodluck nuar!! terharuu jap
ReplyDeletethanks khai.. good luck jugak :)
DeleteSemoga impian tercapai
Good luck bro. Semoga impian dan cita-cita menjadi realiti. Amin.. :)
ReplyDeleteTerima kasih bro.. Amin, semoga ada peluang untuk merealisasikan impian ni,hehe
DeleteGood luck bro..Masukkan saya di list no. 8 ya...
ReplyDeletethank you bro.. Hahah, blogger otai pun kena ajak jugak ni pi kalau menang :)
Deletebawak k lily sekali ek... hehehehe all the best bro!
ReplyDeleteklu menang, kita cabut undi ye untuk 4 seats lagi tu, hehe...
DeleteApepun, tq for the wish kak lily
Wahhhhhh.. menariknya! goodluck bro! :)
ReplyDeleteCuma berkongsi impian bersama readers..
DeleteTq bro, doakan semoga berjaya :)
goodluckkkkk..... nanti leh holiday skali....hehe
ReplyDeleteterima kasih DikBee
Deleteamin, kalau ada rezeki untuk kita semua :)
good luck! mohon bawa Ty!
ReplyDeletethank you
DeleteGood luck jugak untuk Ty :)
weh bawak aku. putus sahabat klu tak bawak. hahahaha
ReplyDeletehahaha, cuak aku baca ugutan ko ni..
Deletememang serba salah nak pillih sape pergi bersama
macam AirAsia nak pilih sape yang menang nanti la gamaknya,wakaka
Rabbi yasir waala tuassir
ReplyDelete1. Kalau dapat pi sila bawa extra bateri kamera. Jenuh wehh amik gambar 😊. Kalau tak percaya tgk kat blog akak, ada 2 kali post ttg Bali ni. Itupun tunjuk sikit2 jer 😈
2. Makan di jimbaran ok jer...siap boleh request lagu tapi siapkanlah 100rm srg untuk dinner
3. Jangan lupa tengok dolphin liar di Lovina. Kosnya jauh lebih murah dr Perth.
Terima kasih kak untuk info yang memang berguna..
DeleteHaaa, kalau menang ni mau kena heret akak sekali pergi..
Mesti best suruh akak jadi tour guide dan photographer sekali,hehehe
GoodLuck! Menang nanti, ajaklah kita..hahaha.. (first time masuk blog ni).. :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah, baca dan komen blog ni :)
DeleteNext time jemput datang la ye
Mungkin yang duk baca entri ni sampai habis
ReplyDeleteMungkin yang drop komen untuk entri ni
Mungkin jugak yang sentiasa like gambar di Instagram
Wah ada harapan ni hahahaha.
InshaAllah bro, kalau ada rezeki tak ke mana kan?
DeleteDulu terlepas peluang untuk ke Old Trafford, harap kali ni tercapai cita-cita nak ke Bali
Good Luck Bro
ReplyDeleteThank you boh
Deletelama tak mari lepak sini. hehe
ReplyDelete