Welcome Dinner WiTM Events di Kuala Lumpur Convensyen Centre

Alkisah bermula bila terima mesej dalam inbox facebook dari top blogger Malaysia. Terkejut jugak, tertanya-tanya apa aku dah buat? Ada buat salah apa-apa ke? Berdebor jugak lah bila dapat mesej macam ni. Cuak beb. 

whatsapp akak jap 019 320 XXXX, ada nak tanya something jap


Gila ko tak cuak bila terima mesej mengejut macam ni? Heart attack woi. Kak Red kot :) Mana tahu ada benda penting ke. Laju-laju aku kopipasta nombor dan contact Kak Red via whatsapp.



Salam Kak.
Ada apa ye?


Sapa ni


Khairul Anuar (penaberkala)


Ha
Salam
Ni nak join
If free


WiTM Event
Welcome Dinner
7th August 2014
Banquet Hall, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre


Owh, ngajak pi event rupanya. Perghh, Kak Red ajak pi event wooit. Tampar-tampar pipi tak percaya. Senyum simpul sat. Tak pikir panjang dah, terus RSVP cakap nak join. Alang-alang dah dekat nak pi KLCC, lagipun event lepas office hour, terus ON. Thank you Kak Red for the invitation. Terharu, sob3. 


Ok, cukup untuk drama sebabak tv swasta. Kita sambung topik asal pasal Welcome Dinner anjuran WiTM Event di Kuala Lumpur Convensyen Centre. Jom, terjah apa yang menarik sepanjang event berlangsung. Cekidout...



Antara tetamu yang hadir ke Welcome Dinner selain peserta Global Cruise Tourism Conference adalah wakil kedutaan daripada Egypt, Pengarah Tourism Malaysia, Board of Directors MiTM Events, dan vendor-vendor yang menyertai exhibition sempena Malaysia Premium Travel Fair


Hah, kat atas tu boleh tengok kelibat penari-penari kebudayaan menunggu ketibaan para tetamu dan VVIP yang hadir ke majlis Welcome Dinner WiTM Events.



Ucapan alu-aluan daripada Chairman WiTM Events Sdn Bhd, YBhg Dato Mohd Khalid Harun. Tahniah Dato atas penganjuran event untuk tahun 2014. Semoga terus sukses untuk penganjuran di tahun-tahun akan datang.



Selain preview video pakej pelancongan, kitorang semua dihiburkan dengan persembahan kebudayaan daripada penari-penari kebudayaan. Lincah betul adik-adik ni semua membuat persembahan. Macam-macam genre muzik mereka persembahkan, bermula dengan Asmaradana sampailah ke poco-poco dan zapin versi remix. Daebak!



Ini antara bloggers yang join Welcome Dinner WiTM Events. Hah, semua pakat duk sibuk hadap phone buat live updates. Kalau nak tengok, boleh check instagram dengan hashtag #mptf2014 #gctc2014 #witmevent



Kata datang dinner kan? Mesti ada yang nak tahu makan apa. Untuk tatapan korang semua, meh pena belanja sekeping gambar juadah yang dihidangkan. Masih lagi dalam mood raya kan, so anggap je lah ni sebagai open house, haha.


Haa, nin dia menu istimewa di Welcome Dinner WiTM Events. Paling sedap? Dah tentu la udang harimau masak lemak. Fuuuuh, yang ni memang mengancam habis. Harap ibu-ibu mengandung yang tengok gambar ni tak mengidam :)



Amboih, big boss sibuk duk cek instagram lettew. Ini dia tukang ngajaknya, Red Mummy. Sebelah kanan dia tu, Kak Ngah *anak buah Kak Red..Hi Mak Cik Red, Eh!* dan yang sebelah kiri tu Abang Ngah Food Blogger Malaysia, siapa tak kenal dengan Hazman Fadzil.



Hah, lain pulak jadinya dengan 2 orang ni. Ayu Jean dengan brader Shakiddo duk lawan makan ke apa tu? hahaha. Pengadil kat tengah tuh tak layan, sibuk duk record video guna action camera yang stylo mylo.


Brader Fazrol Amer pun ada sekali. Ni dah macam gaya kena interview, lol. Camni la bila bloggers berkumpul, macam-macam topik dibincangkan. Daripada isu #supportGaza, #MH370, #MH17 sampailah ke isu go-pro dari Brazil, hehe.


Hazman - Ayu Jean - John - Red Mummy - Diana - Maya - Shakiddo - penaberkala
Anyway, once again, thank you so much to Red Mummy and her friend, sis Diana for the invitation. Here, for the first time I met with blogger NorMaya. Nice to meet you sis! Till we meet again :) 


Sebelum kita tutup cerita Welcome Dinner WiTM Events, alang-alang tuh meh nak citer pasal WiTM Events. Pernah dengar? Kalau tak pernah dengar, jom kita berkenalan dengan WiTM Events.

  1. Ditubuhkan pada tahun 2014 dan diasaskan oleh sekumpulan individu yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri pelancongan.
  2. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam Event Organization and Management.
  3. Organizer untuk beberapa event terbesar di Malaysia 

Antara pencapaian WiTM Events setakat ni adalah seperti kat bawah ni:
  • Organized the Largest Consumer Travel Fair - Malaysian Book of Records
  • Organized the Simultaneous Golf Tee-Off in 14 States of Malaysia – Malaysian Book of Records
  • Best Brands in Exhibition, Travel & Trade - Brands Laureate
  • Largest Furniture Event in South East Asia


Rasanya, cukup sekadar ni saja untuk pengenalam mengenai WiTM Events. Kalau nak tahu lebih terperinci, boleh layari:

Website

Facebook



Jangan lupa untuk mengunjungi
Malaysia Premium Travel Fair
8-10 Ogos 2014
1100am - 800pm
Hall 5  
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) 

Post a Comment

5 Comments

  1. hehehehee... rasa macam sekejap je kan.. blogger kalo jumpa, memang banyak citer nyer.. ada lagi citer, citer Avillion namanya.. hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal, dah nak balik pun sempat lagi borak sampai sejam,haha.
      Cite Avilion tu tak best macam citer go pro.. aih tak sabar nak pinjam, keh3

      Delete
  2. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari :D

    ReplyDelete