Malam Anugerah Santai Selebriti & Media

Malam Anugerah Santai Selebriti & Media 2014 sudahpun memasuki edisi ke-50 penganjurannya. Dengan kata lain, Malam Anugerah Santai sudahpun menyambut Jubli Emas pada tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu Anita Entertainment & Production Sdn Bhd (AEP). Kali ini, majlis diadakan di Hotel Flamingo, Jalan Ampang.




 
Objektif Penganjuran Malam Anugerah Selebriti & Media
 
Objektif utama adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang selama ini banyak memberi sokongan kepada program Santai Selebriti & Media yang bercorak rekreasi dan riadah yang bermula sejak 2008. Antara mereka yang terlibat selain selebriti dan media adalah penggiat pelancongan seperti pengusaha hotel, resort, motel, inap desa dan pihak penaja


Pendek kata, program Santai Selebriti & Media ini adalah sebuah program bertemakan pelancongan domestik sambil menyatukan silaturahim membabitkan pengamal media seperti wartawan dan jurugambar dengan anak seni dalam aktiviti lawatan ke lokasi pelancongan dan bersejarah serta aktiviti berkonsep santai. 



Sebanyak 30 trofi dipertaruhkan untuk mengiktiraf artis, wakil media dan pihak penaja. Acara ni adalah simbolik kepada pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak yang pernah terbabit dalam penganjuran Santai Selebriti Media. Malam Anugerah Santai Selebriti & Media, iktiraf semua pihak!


Majlis anugerah kali ini diacarakan oleh Chef Yang Jamil, Khaty Azean dan Roslan Shah. Selain itu tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian Nassier Wahab, Hail Amir, Yantzen dan Mamat Exists.




Antara artis lain yang turut hadir adalah Ifa Raziah, Ani Mayuni, Pian Cecupak, Poey Stings, Ayu Oim, Zack Kool, Ika Razman, Kelly Azman, Gaya Zakry, Ayati Tasrip, Azmir Ariff , Salimah Mahmud, Normah Damanhuri, Norlia Ramlie dan Amran Nasarudin.



Terima kasih banyak-banyak pb ucapkan kepada rakan media, Faris El Azhar iaitu Jurugambar Majalah AROMA,  dan juga kepada Editor Majalah Aroma kerana menjemput kami untuk turut serta ke Malam Anugerah Santai Selebriti & Media.

Post a Comment

2 Comments