Magnum Cafe Kuala Lumpur kini dibuka di Midvalley. Lagi menarik, Magnum Cafe ini adalah yang pertama di Malaysia. Biasanya, kita tengok orang duk share gambar Magnum Cafe di luar negara dalam media sosial. Hari ini, kita sendiri dapat merasa dan menikmati ais krim Magnum di Magnum Cafe.
Outlet Magnum Cafe Kuala Lumpur terletak di aras 3 Midvalley Megamall iaitu satu aras dengan GSC Cinema. Untuk pengetahuan korang, Magnum Cafe Kuala Lumpur ni menarik sebabnya ada dua aras. Jadi, boleh pilih sama ada nak duduk di bahagian bawah ataupun di bahagian atas. Pastinya, interior design Magnum Cafe amat menarik dan teratur sekaligus menjanjikan persekitaran yang kondusif untuk sesiapa saja yang datang.
Sebenarnya, ais kirim kat sini dengan ais krim yang dijual di supermarket sama saja. Cuma, kat sini lagi istimewa sebab korang semua akan dapat lihat sendiri pengalaman macam mana untuk buat dekorasi bagi ais krim masing-masing yang dipilih ikut citarasa masing-masing. Lagi satu, variati ais krim di Magnum Cafe ada macam-macam jenis. Kalau korang adalah kaki suka ais cream, chocolate dan dessert, memang inilah tempatnya. Memandangkan Magnum Cafe ini pertama di Malaysia, pb pun jadi excited nak cuba sendiri apa yang istimewa di sini. So, sempatlah meninjau keadaan pada hari pertama pembukaannya di Midvalley Megamall.
6 Langkah Mudah Menikmati Ais Krim Magnum
Untuk pertama kali datang ke Magnum Cafe, pastinya kita terpinga-pinga. Misalnya, nak order apa? Harganya macam mana? Apa yang best? Dan seangkatan dengannya. Pertama sekali, korang kena tengok menu yang ada. Decide nak try yang biasa atau yang best-best. Ais krim Magnum dengan harga terendah kat sini adalah RM9.90 iaitu ais krim Magnum dengan 3 topping. Jadi, untuk percubaan pertama, kita try yang paling murah. Nak test power orang kata. Dan, langkah-langkah untuk mendapatkan ais krim Magnum mengikut citarasa sendiri adalah seperti berikut:
[1] Coat it
Pilih salutan ais krim sama ada chocolate, dark chocolate ataupun white chocolate
[2]Top it
Pilih topping yang disukai
Ini antara topping yang ada iaitu almond, mango, cookies, dan macam-macam lagi. Pilih yang mana rasa berkenan dan sedap.
[3] Drizzle it
Tabur sekata topping yang dipilih tadi
[4] Set it
Pilih salutan terakhir ais krim anda sama ada chocolate, dark chocolate atauapun white chocolate.
Sentuhan terakhir proses penyediaan ais krim Magnum dengan salutan coklat kegemaran anda. Pilih rasa favorite, chocolate, dark chocolate atauapun white chocolate.
[5] Share it
Kongsikan pengalaman anda menikmati ais krim Magnum di Magnum Cafe sama ada di facebook, twitter mahupun di instagram dengan hashtag #MagnumKL
[6] Love it
Kongsikan keriangan dan nikmatilah keenakan ais krim kegilaan ramai. You'll love it!
Mudah je kan? So, boleh la try pergi usha-usha Magnum Cafe di Midvalley nanti. Ok, jom kita tengok apa hasilnya selepas pilih topping dan salutan coklat.
Inilah hasilnya. Chocolate ice cream dengan salutan white chocolate dan dihiasi dengan 3 topping pilihan iaitu mango, almond dan cookies. Nampak mengancam kan? Hah, rasanya juga mengancam macam harganya.
Apa buang masa lagi? Jom lah kita cuba keenakan ais krim Magnum. Korang boleh pilih sama ada nak dine in ataupun take away. Kalau dine in, korang akan dihidangkan juga dengan plain water untuk menghilangkan haus dan dahaga.
So, kalau korang teringin nak try makan ais krim Magnum di Magnum Cafe dengan susasana dan persekitaran yang berbeza, boleh pakat datang ke Midvalley. Mungkin rasanya hampir sama dengan ais krim Magnum di supermarket, namun presentation dan pengalaman kat sini, berbeza. Boleh cuba walaupun hanya sekali. Bukan apa, sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru.
Location
Magnum Cafe Kuala Lumpur
T-023, 3rd Floor (same wing as GSC Cinemas)
Mid Valley Megamall
T-023, 3rd Floor (same wing as GSC Cinemas)
Mid Valley Megamall
Business hours
Sunday to Thursday (10am to 10pm)
Friday & Saturday (10am to 12am, last call at 11.30pm)
6 Comments
Wah.... bestnyer.... nak trylah.. entah bila nak ke Mid Valley... heheheh
ReplyDeleteboleh laa pergi time weekend...
Deletece try sekali camne.. hehe
hahaha.. Rasa sama jah ko? Baik beli 7E gituh gak
ReplyDeletenak rasa sedap dan lain kena try beli hok mahal la amir..
Deletebaru puas hati :)
ni try hok RM10, aiskrim sama dengan ais krim di supermarket.. bezanya ada topping,hahaha
saja nak try test power Magnum. Environment, tip top!
nampak sedap sangatttt
ReplyDeleteSekadar nak cuba untuk sekali seumur hidup bolelah ambik had yg pling kedeboom hargenye..hehehe
ReplyDelete