PRINCE HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR | SPANISH FOOD FESTIVAL - VIVA EL SABOR

Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur | Spanish Food Festival - Viva El Sabor kini menampilkan makanan special dari Spain bermula 31 Oktober 2014 sehingga 9 November 2014. Kepada penggemar masakan Spain ataupun sesiapa saja yang teringin untuk mencuba masakan Spain, ini adalah peluang terbaik untuk anda. Tak payah spend thousands ringgit untuk fly ke Barcelona semata-mata untuk menikmati hidangan istimewa terutamanya Paella di sana. Lainlah kalau nak gi jumpa Messi ke apa kan? haha Kini, korang boleh rasa sendiri di Malaysia. Lebih tepat, di Eccucino, Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur.


Bukan saja menu istimewa yang diterbangkan ke sini, malah chef tersohor dari Barcelona iaitu Chef Jordi Gimeno dan musician dari Spain diterbangkan ke Malaysia sempena Spanish Food Festival yang berlangsung selama 10 hari. Bertemakan "The Many Flavors of Spain", ungkapan "Viva El Sabor" membawa maksud "Experience The Flavors" memang bertepatan untuk ditujukan kepada semua yang hadir. 




Ini pertama kali pb mencuba makanan dari Spain. Malah, baru tahu nama makanan-makanan special dari sana. Seolah-olah berada di Spain, macam-macam makanan istimewa dari Spain ada. Tinggal untuk pilih dan rasa je. Viva Espana! Cuma, nak sebut tu je lah yang susah, berbelit-belit sikit lidah. Apapun, memang best bila dapat merasai sendiri pengalaman makan makanan Spain dan dapat tahu sedikit-sebanyak pasal budaya mereka. Makan sambil layan persembahan muzik dan tarian orang Spain.



Macam biasa, Spanish Food Festival di bawah kelolaan Chef Jordi Gimeno akan tampil dengan "the best of the sea and its products". So, mostly food yang dihidangkan adalah berasaskan seafood. Antara menu istimewa yang dihidangkan adalah seperti Tapas, Black Rice, Sea and Mountain Paella, Gazpacho dan banyak lagi.


Ok, now jom kita tengok apa menu-menu special Spain yang harus korang cuba bila datang bertandang ke Spanish Food Festival di Eccucino, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur.


Up-Right
Black fideua
Fideua negra

Up-Left
Beef sirloin in salt with orang, chili and garlic
Entrecot a al sal con maranja, guindlla y ajo
 
Down-Right
 Red snapper with capsicum sauce and prawns
Pargo en salsa de pimientos y gambus

Down-Left
Sea bass filled with mushrooms and beef ham with grain mustard
Lubina rellena de sertas y jamon con salsa de mostaza


Antara 4 menu kat atas, paling best kalau korang nak try adalah Black fideua. Macam mana rupanya? Hah, yang macam spaghetti tapi versi hitam. Jangan pandang sebelah mata, nampak je buruk hitam macam tu, tapi rasanya cukup marvelous! Hitam tu sebab dia guna dakwat sotong. Kalau makan, memang rasa aroma seafood kaw-kaw punya.


Rump steak with refrito sauce
Asado de buey con refrito


Grilled snapper fillets with tamarind and spicy soy sauce


Fish fritters with confiture and tomato
Bunuelos de bacalao con confitura de tomate


Chicken and beef croquettes
Croquetas de pollo y buey


Salmon gravlax and pepper mackkerel
Salmon gravlax y caballa a la pimienta


Spinach kebabs with chicken, prawn, beef and fried manchego cheese pintxos
Pintxos de pollo, gambus, buey y manchego frito


Spicy potatoes with aioli
Potatas bravas


Spinach and pear fritters with almond
Bolas de espinacas con pera y almendra


Desserts

Dah habis pusing ronda-ronda tengok makanan yang disediakan, kenal nama sedikit-sebanyak, snap gambar sana sini, hah jom tengok demonstrasi masakan daripada Chef Jordi Gimeno. First tengok macam mana beliau sediakan Prawn with garlics. Then, sempat belajar dengan dia macam mana nak masak makanan paling famous di Spain. Nak tahu apa? Tak lain tak bukan Paella.


Live cooking demonstrations by Chef Jordi Gimeno


Kalau nak tahu, Paella ni adalah seafood rice. Kalau orang Malaysia, nasi goreng. Tapi, orang Spain dia makan Paella. Cara masak je yang berbeza. Kalau kita, goreng nasi yang dah masak. Tapi, nak sediakan Paella kita kena masak guna beras. Hah, camne tu? Agak susah untuk pastikan Paella yang kita buat betul-betul masak. Lepas tumis semua bahan, tambah stok ikan, masukkan beras, kacau-kacau dan akhir sekali masukkan seafood macam udang dan sebagainya. Finally, bake it for 8-10 minit.


Apa yang menarik? Ramai orang Malaysia kita nih suka makan Paella. Dan, nampaknya kita semua boleh hidup di Spain sebab kita sama selera, makan nasi, wakaka. Chop! Banyak sembang takde guna, jom kita makan dulu. Kita try tengok, menu mana yang best dan memikat selera. Ayuh!


Prawn with Garlics
Gambas al ajillo


Banyak jugak pb cuba masakan Spain. Dalam banyak-banyak yang dicuba, antara yang betul-betul kena dengan selera pb adalah Prawn with garlics, Spinach and pear fritters with almond, Black fideua, dan juga Spinach kebabs with chicken, prawn, beef and fried manchego cheese pintxos.


Paella
Paella de mar montana

Ini rupa Paella yang dimasak. Mungkin nampak garing kan di bahagian atas? Ya, agak garing. Tapi di bahagian bawah macam nasi goreng yang biasa kita makan tu. Not bad untuk dicuba, dan lagi best kalau letak seafood banyak-banyak dalam tu.


Alang-alang dah jumpa dengan Chef Jordi Gimeno, tak sah kalau tak bergambar dulu buat kenang-kenangan. Bukan mudah nak jumpa chef hebat macam ni. Thank you chef for your sharing and tips. Ya, I'm not a chef, but I love to cook. I'll try my best to apply some of the knowledge at the kitchen. Ecece :) Bukan untuk jamu orang pun, untuk kenyangkan perut sendiri dah ok kan? hehe.



Chef Jordi Gimeno

Jom, kita berkenalan pula dengan chef. Kat sini, meh nak share sedikit-seabanyak mengenai Chef Jordi:
  • Berasal dari Barcelona
  • Berpengalaman dalam bidang kulinari terutama masakan Spanish selama 20 tahun
  • Featured dalam Michelin Guide di Catalonia dan Sardinia
  • Berjaya menganjur Spanish Food Festival di beberapa buah negara seperi di Mumbai dan Bangalore (India),Abu Dhabi (Emirates United Arab) dan Lviv (Ukraine)
  • Bertanggungjawab untuk tema restoran yang dibuka oleh rangkain fesyen tersohor, Replay di Europe
  • Pemegang saham dalam Princess Stephenie of Monaco
  • Terlibat dalam menjayakan Summit of the Heads of States in Council of the European Union pada tahun 2002
  • Pensyarah Catalan language, culture and gastronomy di Universiti of Szeged (Hungary)
  • Pensyarah Spanish Cuisine di Chefparede Cooking School di Budhapest (Hungary)
  • Penulis Catalan yang terkenal
  • The sea and its products are the key elements merupakan kepakaran beliau
  • Diberi pengiktirafan dalam bidang kulinari dan juga imiginasi sains fiksi dan memenangi anugerah di Sci-fi Literary Award di Spain pada tahun 2012 

Amacam? Ada yang berminat nak try makanan Spain especially masakan special Chef Jordi? Nak buat jamuan office or sesi lepak santai dengan kawan-kawan dan keluarga? Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh contact Restaurant Manager di talian 03- 2170 8888 ext. 8119 atauapun email kepada restaurants@princehotelkl.com.my


Dengan harga RM98++ per person, dan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk setiap  pembelian anda berpeluang untuk merasai sendiri Spanish food dan bertemu mata dengan chef terkenal dari Barcelona, Chef Jordi Gimeno.


Eccucino, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur


Terletak di tingkat 1, di Grand Lobby dengan kapasiti 180 tetamu. Eccucino berkonsepkan dining restaurant yang dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga lewat malam. Antara pakej yang ditawarkan di Eccucino, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur adalah:
  1. Buffet breakfast - 6 a.m. to 10.30 a.m.
  2. Buffet lunch (Monday-Friday) - 12 p.m. to 2.30 p.m.
  3. Buffet dinner - 6.30 p.m. to 10.30 p.m.

Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur 

Website

Facebook

Instagram

Twitter


Terima kasih diucapkan kepada pihak Prince Hotel dan Asia Horizon Magazine especially to Mr Farish for the invitation. Untuk perkongsian lebih menarik, boleh pakat ramai-ramai follow instagram Asia Horizon di sini.

Post a Comment

10 Comments

  1. wow!! nampak menarik.. suasana pun cool je.. seronok kalau tengok chef masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef siap ajar satu-satu nak masak Paella cam mana.. Itu yang best

      Delete
  2. salam kenal..singgah blogwalking kat sini..

    wauu banyaknye makanan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal :)
      terima kasih sudi singgah sini
      Aah, ni nak perkenalkan makanan Spain

      Delete
  3. Kalau tak silap paela tu adik beradik dengan risotto.... tapi makan skit dah kenyang kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam nasi goreng kita je rupanya, cuma teknik memasak dia rumit sikit.
      Risotto tu tak pernah lagi try

      Delete
  4. Wah! banyaknye... tapi tak pasti tekak melayu ni boleh telan ke tak.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama je pelik-pelik, tapi rasanya sungguh sedap...
      Biasa la tekak kita orang Malaysia, ada yang boleh terima, ada yang kureng sikit..
      tapi, mostly yang ada memang sedap especially Black fideua dan kebab

      Delete