PASSPORT RM200 UNTUK 5 TAHUN

Kadar baru Passport Antarabangsa Malaysia sekarang RM200 untuk 5 tahun? Betul ke? Ya, betul lah tu. Pihak imigresen sudahpun buat kenyataan rasmi pada 15 Januari 2015. Kalau dulu, kadar Passport Malaysia Antarabangsa adalah RM100 untuk tempoh 2 tahun dan RM300 untuk tempoh 5 tahun. Sekarang, passport untuk tempoh 2 tahun telahpun dimansuhkan dan passport untuk tempoh 5 tahun pula dikurangkan kepada RM200 sahaja.





Rasanya, ini peluang terbaik untuk sesiapa yang nak renew passport ataupun untuk sesiapa yang plan nak pergi buat passport. Tak payah pening-pening fikir nak buat 2 tahun ataupun 5 tahun. Buat je untuk tempoh 5 tahun cuma dengan harga RM200.



SENARAI HARGA BARU
Untuk tempoh 5 tahun

Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun)
RM200

Warga emas (60 tahun ke atas)
RM100

Kanak-kanak (bawah 12 tahun)
RM100

Siswazah luar negara (bawah 21 tahun)
RM100

Jemaah haji
RM100

Orang kelainan upaya (OKU)
PERCUMA


TIPS
Jangan lupa, pastikan Kad Penganalan (IC) korang dalam keadaan baik (cip tak rosak) dan bawa bersama salinan kad pengenalan (fotostat) untuk mempercepatkan urusan semasa di Pejabat Imigresen. Kalau pergi ke UTC, pastikan pergi awal untuk mengelakkan tunggu lama. Elakkan pergi time hujung minggu.



I travel because I would rather see something once than read about it a thousand times!


Passport sudah ada
Apa tunggu lagi?
Jom travel

Jangan lupa kongsikan detik-detik manis percutian korang bersama @ProjekTravel di instagram dengan menggunakan hashtag #ProjekTravel


Jom, kita tengok tarikh-tarikh yang sesuai untuk travel
Apply cuti panjang untuk travel Klik sini
Cuti sekolah Klik sini


Apapun, selamat merancang percutian!

Post a Comment

0 Comments