Tanggal 27 Februari 2015, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Grup Teater AKRAB mencatat sejarah apabila berjaya mengangkat seni persembahan Mek Mulung berjudul Putera Cahaya Bulan ke pentas berprestij bertaraf dunia iaitu di Istana Budaya.
Walaupun dunia semakin maju dan zaman semakin canggih, namun seni budaya nenek moyang tetap dipelihara dan dipulihara. Bertepatan dengan pengisytiharan tahun 2015 sebagai Year Of Festival, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menjadikan produk sini sebagai salah satu tarikan pelancong.
Kalau dulu pergi Kunming, China tengok persembahan "Dynamic Yunnan", baru-baru ini pergi Bali, Indonesia tengok "Bali Agong", ada juga terdetik dalam hati, "Kalau di Malaysia, apa persembahan yang kita tonjolkan kepada pelancong?". Hari ini, pb sudah temui jawapan bila mana kita di Malaysia sudah ada persembahan kebudayaan dan kesenian tradisional "Mek Mulung" yang diangkat ke pentas berprestij dengan skala yang lebih besar. Walaupun banyak lagi karya seni yang boleh diangkat ke pentas antarabangsa, langkah permulaan ini cukup baik untuk mengiktiraf teater tradisional ke peringkat lebih tinggi. Mungkin satu hari nanti, kita mampu mengetengahkan satu produk pementasan (karya khas) bertaraf antarabangsa setanding dan sehebat Dynamic Yunnan dan Bali Agung kepada semua pelancong dalam dan luar negara.
Arja Lee memeang watak sebagai Putera Cahaya Bulan
Eiiii mana jatuh berjalan kita berjalan, jalan eiii nak menuju setana anjung setana, setana eiii
Jauh lagi dan masuk berlari masuk, masuk eiii sampai dekat dah duduk merendah duduk...
Itulah antara bait-bait lagu dalam persembahan pembukaan teater tradisional Mek Mulung. Kalau nak tahu, karya Mek Mulung diiktiraf sebagai teater tradisional warisan negeri Kedah yang kini sudahpun mencecah usia lebih 500 tahun.
Persembahan Mek Mulung di Istana Budaya cuma berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 Februari 2015 (Sabtu, 8:30 malam) dan 1 Mac 2015 (Ahad, 3:00 petang). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi orang pertama menyaksikan pementasan teater tradisional Mek Mulung di Istana Budaya. Orang-orang Kedah, pakat mai ramai-ramai noh.
Tenaga produksi Mek Mulung terdiri daripada 43 orang Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa JKKN, 5 orang pelakon undangan daripada Kumpulan Teater AKRAB, 4 orang Pemuzik Undangan daripada Kumpulan Teater Akrab, Pemuzik Istana Budaya (10 orang), Teknikal & Kreatif (13 orang) dan pengurusan produksi (5 orang).
Antara watak dalam Mek Mulung: Putera Cahaya Bulan adalah Putera Cahaya Bulan, Nang Mara, Awang Selamat, Awang Pengasuh, Edeng, Epong, Gergasi, Amad dan Sena. Dalam banyak-banyak watak, pb paling suka dengan watak Awang Pengasuh, Awang Selamat, Edeng dan Epong. 4 watak yang disebut memang memainkan peranan penting dalam menghidupkan persembahan dengan suntikan humor. Good job. Tahniah kepada semua!
Putera Cahaya Bulan dan Nang Mara
Shamsun Nadia sebagai Nang Mara
Untuk yang berminat untuk menyaksikan pementasan teater tradisional Mek Mulung - Putera Cahaya Bulan, boleh dapatkan tiket berharga RM23, RM53 dan RM83 dengan melayari www.airasiaredtix.com ataupun dengan hanya membeli di kaunter tiket box-office di Istana Budaya. 10% diskaun untuk warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar. Make sure, korang yang pelajar bawa student card untuk dapatkan diskaun.
SINOPSIS MEK MULUNG: PUTERA CAHAYA BULAN
Permulaan cerita dimulakan dengan Puteri Nang Mara yang mendapat mimpi
Nang Mara menyuruh Inang untuk memanggil Putera Cahaya Bulan untuk menceritakan tentang mimpi itu
Putera Cahaya Bulan meminta bantuan Awang Selamat dan Awang Pengasuh untuk mencari tukang tilik dan mentafsir mimpi Nang Mara
Awang bertemu dengan gadis sengau dalam perjalanan mencari rumah tukang tilik
Awang membawa Wak bertemu Putera Cahaya Bulan. Wak mentafsir mimpi Nang Mara bahawasanya Gergasi dalam proses nak menculik Nang Mara dari arah utara.
Putera Cahaya Bulan mengarahkan seluruh penduduk berkawal di arah utara untuk menghalang Gergasi dan kuncu-kuncunya daripada masuk ke negeri mereka
Gergasi berjaya membunuh Putera Cahaya Bulan dengan menggunakan hikmat sakni seruling. Kebetulan, pada masa yang sama Putera Cahaya Bulan terlupa membawa bersama rotan tujuh saktinya.
Edeng dan Epong menemui keranda emas yang dihanyutkan menongkah arus. Bagaimana Edeng dan Epong dapat menyelamatkan Putera Cahaya Bulan dan apakah hubungan mereka? Part ni paling lawak, seriously sakit perut gelak terbahak-bahak.
Mampukah mereka menyelamatkan Puteri Nang Mara dari kejahatan Gergasi?
Apakah nasib Gergasi selepas itu?
Sama-sama saksikan pementasan hebat Putera Cahaya Bulan di Istana Budaya
Mampukah mereka menyelamatkan Puteri Nang Mara dari kejahatan Gergasi?
Apakah nasib Gergasi selepas itu?
Sama-sama saksikan pementasan hebat Putera Cahaya Bulan di Istana Budaya
4 Comments
Bestnyer
ReplyDeleteRugi takleh pegi hari tu..
Huhuhu
memang best..
Deletegelak tak berhenti tengok, lawak giler
Maaf bertanya, saya sedang menjalankan kajian tentang pakaian dari teater mek mulung ini. Teater ini masih ditayangkan lagi atau tidak buat masa sekarang,dengan siapa saya boleh berurusan untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan teater ini? Disini saya tinggalkan email saya, sekiranya ada yang dapat memberikan maklumat . Boleh emailkan ke 97nurulnabila@gmail.com
ReplyDeleteHi, Cik boleh cuba hubungi pihak JKN. Biasanya pihak JKN akan adakan pementasan setiap tahun. Mungkin boleh dapatkan info lanjut dari pihak JKN memandangkan sekarang tengah PKP dan pementasan tak dapat diadakan
Delete