ROMANTIKA CINTA DI SOI TWENTY THREE

Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur terletak di Jalan P. Ramlee dan berhampiran dengan KL Tower. Hotel ini memang dekat dengan KL's Golden Triangle. Pendek kata, within walking distance dengan Bukit Bintang dan kemudahan public transport seperti monorail. Untuk pengunjung yang menggunakan public transport, stesen terdekat untuk ke Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur adalah stesen monorail Raja Chulan. Manakala untuk yang drive, landmark utama yang boleh dituju adalah KH Tower ataupun KL Tower.



Untuk majlis makan-makan, antara lokasi yang disyorkan di Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur adalah di SOI Twenty-Three yang terletak di aras 23. Susuan atur dan tatarias di dalam SOI Twenty-Three agak simple dan bersahaja tetapi manampakkan nilai-nilai elegan dan eksklusif. 


Antara menu utama yang menjadi pilihan ramai di SOI Twenty-Three adalah SOI Appetizer Platter, tomyam udang, green curry seafood dan pandan chicken. Dalam banyak-banyak menu yang pb try, green curry seafood merupakan antara menu yang paling sedap dan berjaya menambat selera. So, kalau datang makan-makan di SOI Twenty-Three, pb recommend korang try green curry seaffod. Memang umphhh!

 
SOI Appetizer Platter


Prawn Tom Yam


Green Curry Seafood


Pandan Chicken


Di sebalik menu-menu utama yang menjadi pilihan ramai, kejayaan SOI Twenty-Three menggondol beberapa anugerah seperti Malaysia's Best Restaurants 2006, Malaysia's Best Restaurants 2008, Malaysia's Best Restaurants 2010, dan menyertai The KL International Gourmet Festival 2005 dan 2016 meletakkan SOI Twenty-Three antara restoran terbaik di Kuala Lumpur.



Dengan konsep semi-buffet dengan menu utama seperti pan seared of wild barramundi, grilled fillet of beef and oven baked marinated chicken breast hasil sentuhan dan cipta rasa Chef Zairul Effendi, kini pihak SOI Twenty-Three tampil dengan promosi terbaru iaitu Splendors of Love. Jadi, para suami, boleh lah ajak para isteri. Para isteri, bolehlah ajak para suami. Dan yang belum kahwin, cepat-cepat kahwin, eh! Nanti boleh sama-sama datang raikan cinta di SOI Twenty-Three dengan menu istimewa.


SOI Twenty-Three Valentine's Day Special Offers
Splendors of Love


Just sit back and relax dengan set up meja makan yang penuh elegant dan dekorasi yang penuh mempersona hasil kombinasi style Asian dengan warna merah terang dan putih mewujudkan suasana yang romantis sempena Valentine’s Day. Nak lagi menarik dan menggamit memori, jangan lupa untuk request seat di tepi tingkap untuk menyaksikan keindahan pemandangan KL City sementara menjamu selera di samping insan tersayang.


Menu

Romance
Soup
Roasted pumpkin cream soup with toasted foccacia crouton


Lovely Forever
Main Course
 Terdapat 3 pilihan menu utama untuk dipilih


 Pan seared of wild barramundi with sweet & sour tomatoes, potato chips and raspberry vinaigrette


Grilled fillet of beef with green peppercorn, truffle mashed potatoes, buttered vegetables and poached pear


Oven baked marinated chicken breast with mushroom fricassee, truffle garlic mashed potato, buttered vegetables and poached pear


Yes.. I Do
Dessert

Morello cherry cake, lime torte and strawberry mascarpone truffle


Dan menu penutup pada malam itu adalah dessert yang memukau perhatian ramai. Dengan platting yang cukup menarik, props yang siap berasap-asap dan rasa yang mengasyikkan, memang superb! You should try this.


Jadi, sesiapa yang berminat untuk mencuba menu-menu istimewa di SOI Twenty-Three, bolehlah rujuk maklumat yang disertakan. Tak kiralah nak datang lunch ke, dinner ke, ataupun meraikan hari bahagia.


Lokasi
Pacific Regency Hotel Suites,
Level 9 Executive Office (Opposite KL Tower's front entrance)
KH Tower, Jalan Punchak,  Off Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur

Tel
03-2332 7777

Fax
03-2031 4715

Website

GPS Coordinate
N3 09.179 E101 42.326

Waze
Search "Pacific Regency Hotel"




SOI Twenty-Three Valentine's Day Special Offers
Splendors of Love

Price is RM430++ per couple, inclusive of a stalk of rose, a box of chocolate praline and a glass of Prosecco, a Polaroid photo and complimentary photo to Luna Bar’s Party. For reservations, please call +603 2332 7777 ext 6804 or email at fnbadmin@pacific-regency.com.

Post a Comment

4 Comments