KFC Zinger Rice Wrap |
KFC Malaysia kini menampilkan satu pilihan baru untuk semua pelanggan menikmati hidangan yang lazat dan seimbang. Sajian yang diberi nama KFC Zinger Rice Wrap ini sesuai dimakan di mana saja kita berada dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Paling penting, ia ditawarkan pada harga yang sungguh menjimatkan iaitu hanya RM4.90.
Kombinasi hebat: Nasi colonel, zinger, tortilla, tomato, sos mayo-limau, timun dan bawang |
KFC Zinger Rice Wrap ni antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran fast food yang menghidangkan nasi sebagai inti. Pendek kata, untuk korang yang suka makan nasi, makanan yang sihat dan ringkas, KFC Zinger Rice Wrap memang sesuai especially kepada mereka yang mempunyai gaya hidup sentiasa sibuk.
Bloggers Party 2015 Kredit foto: Zulhilmi |
KFC Zinger Rice Wrap ini dicipta khas terutamanya kepada golongan remaja dan belia yang sentiasa menantikan sesuatu hidangan yang enak dan mudah. Dengan gabungan kepingan Zinger dengan tortilla 9 inci yang enak berintikan nasi colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.
Selain daripada hidangan ala carte KFC Zinger Rice Wrap, KFC Malaysia juga ada menyediakan set kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman Mountain Dew (saiz biasa) pada harga serendah RM7.80.
Sempena Blogger Party di KFC 2015 di KFC Pavilion Kuala Lumpur, pb berpeluang untuk merasai sendiri keenakan dan keistimewaan KFC Zinger Rice Wrap. Memang best. Kalau dulu, asyik makan Zinger Burger, favorite sejak zaman sekolah menengah dulu lagi, kali ini kita ubah selera dengan inti nasi. Eh, dah macam nasi tumpang alaf baru pulak. Kreatif betul KFC Malaysia, bravo!
Kusyuk menikmati Zinger Rice Wrap |
Menikmati KFC ZINGER RICE WRAP |
Penaberkala - Mawardi Yunus - Bro Framstone |
Eazy - Hazman Fadzil - Yana Yassin - penaberkala |
Zulhilmi - Mawardi - penaberkala Kredit foto: Zulhilmi |
Sepanjang musim promosi KFC Zinger Rice Wrap, KFC Malaysia dengan kerjasama Fly & One FM menganjurkan satu contest mudah iaitu selfie di instagram dengan hashtag #GrumpyNoLunchFace Jadi, jangan lupa guna kretiviti anda untuk selfie dengan riak wajah kecewa kerana tidak sempat makan tengah hari akibat sibuk berkerja. Pemenang yang bertuah akan menerima hadiah menarik dan kejutan istimewa dari pihak KFC Malaysia dan Fly & One FM.
KFC Zinger Rice Wrap boleh didapati di kesemua restoran KFC di Malaysia bermula 3 Mac, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, boleh usha-usha www.kfc.com.my
2 Comments
Nice....gambar last sekali tu memang smart bro.....kiranya harganya okey dan mengenyangkan la kan...
ReplyDeletegambor sebelum balik tu,haha..
Deleteaah, oklah dengan harga, pocket size, mudah nak makan :)