Pengalaman bercuti ke Kunming, Yunnan, China adalah antara kenangan manis yang pernah wujud dalam lipatan sejarah hidup aku. Daripada biarkan kenangan ini terus mereput dan luput dalam ingatan ditelan arus masa, lebih baik share kat sini. Setidak-tidaknya, boleh simpan pengalaman ini sebagai kenangan dan mudah-mudahan bermanfaat untuk readers yang mencari info berkaitan Kunming. Mana tahu kan, ada yang dah grab tiket promo Air Asia untuk ke Kunming. Jadi, inilah masanya untuk cedok sedikit-sebanyak info berkaitan Kunming sebelum terbang ke sana. Semoga bermanfaat!
Untuk perkongsian kali ini, aku akan cuba fokuskan kepada penerbangan ke Kunming, penginapan di Kunming, itinerari 6 hari 5 malam di Kunming dan paling penting, tempat-tempat menarik di Kunming yang mesti korang lawati. Nak cakap awal-awal, korang tak akan rasa bosan bila berada di Kunming sebabnya memang banyak tempat yang boleh diterjah. Apatah lagi rasa menyesal. Entah-entah korang akan rasa tak puas bercuti di Kunming. Mesti akan kata, 'Alaaa, kejapnya rasa masa berlalu". Kunming memang terbaik. Seing is believeng!
PBxKunming
Air Asia
Penerbangan kami dari KLIA2 ke Kunming menaiki pesawat Air Asia AK101. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kunming mengambil masa selama 4 jam. Duk sembang-sembang, sambil-sambil main handphone layan WhatsApp dengan pakej internet Air Asia "chat away from 10,000 feet", pekena Bukhara Briyani, pejam celik pejam celik dah sampai ke bumi Kunming. Perjalanan pulang ke Malaysia, pula kami pekena menu wajib iaitu Nasi Lemak Pak Nasir yang super sedap. Overall, penerbangan kami pergi balik selamat dengan cuaca yang sangat baik. Alhamdulillah. Lagi best bila tiba ke destinasi lebih awal dari waktu yang dijadualkan.
TIPS Jimat: Tempah makanan secara online untuk dapatkan diskaun. Klik menu untuk pilihan
Oh, lupa pulak nak bagitahu. Penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kunming hanya sekali sehari. Begitu juga dengan penerbangan dari Kunming ke Kuala Lumpur.
Aida Sue - Jaisley - Ayu - Raihan - Qaseh - penaberkala
Kunming Changshui International Airport
Perjalanan hampir 4 jam dilalui dengan penuh debaran. Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki di bumi Kunming,. Excited! Akhirnya, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui. Fuh, cantik betul airport Kunming. Pemeriksaan imigresen di sini agak ketat, sampai pegawai imigresen akan tilik muka korang tajam-tajam untuk bandingkan dengan gambar passport. Yang pakai spec, dorang suruh buka spec. So, get ready ok!
Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui
Inilah antara kenangan yang sempat dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui. The best part, kat sini ada FREE WIFI. Tapi kan, the worst part, bila tiba di China korang tak boleh access to Instagram dan Facebook. Kalau rasa tak boleh hidup tanpa Instagram dan Facebook, sila lah install apps tertentu awal-awal sebelum fly untuk membolehkan korang meloloskan diri untuk buka Instagram dan Facebook kelak. Ok, sekarang kami dah tiba di Kunming. Jom kita tengok apa yang best sangat di Kunming. Cekidout!
Kunming
"Everyday is spring in Kunming". Itulah antara ungkapan tepat untuk menggambarkan keindahan di Kunming, Yunnan, China. Ketibaan di bumi Kunming disapa dengan hembusan dingin yang mendamaikan. Terik mentari sama seperti di bumi Malaysia, namun tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tetapi jangan terkejut sebab ianya mampu membuatkan kita menggigil kesejukan. So, get ready dengan jaket tebal-tebal kalau alah dengan kesejukan.
Kunming merupakan pusat politik, ekonomi, kebudayaan, pengangkutan dan komunikasi utama di Yunnan, China. Dengan cuaca dingin sepanjang tahun, iaitu pada suhu purata 14.8°C, Kunming menjanjikan suasana percutian yang hebat dan menakjubkan. Selain faktor cuaca yang baik, Kunming menawarkan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati dengan panorama yang memukau. Warna-warni bunga-bungaan yang mekar mewangi berkembang di sana sini juga membangkitkan lagi keseronokan untuk menghayati keindahan di bumi Kunming. Betullah kata orang, Kunming merupakan "City with landscape and embraced with landscape". Jom ikuti pengalaman percutian kami bersama Air Asia dan Kunming Tourism ke tempat-tempat menarik di sekitar Kunming.
DAY 1
Kunming Hotel
Selepas makan malam, kami terus menuju ke Kunming Hotel untuk check ini. Inilah tempat kami menginap selama berada di Kunming. Apa yang menarik mengenai Kunming Hotel adalah kerana kedudukannya yang strategik. Tak jauh dari pusat bandar Kunming dan hanya perlu berjalan kaki saja untuk ronda-ronda di sekitar bandar Kunming.
Night Market di Kunming
Memandangkan sebelah malam tiada apa-apa aktiviti, jadi kami tekad untuk keluar jalan-jalan dan ronda-ronda. Alang-alang dah sampai ke Kunming, bila lagi nak tengok sendiri suasana malam di Kunming kan? Jadi, inilah masanya. Berjalan jauh pun, still tak berpeluh memandangkan cuaca dingin. Seriously, sejuk dan menyamankan.
Biasalah kan, bila berada di tempat orang, traffic light pun nampak cantik. Divider jalan pun nampak unik. Pendek kata, kalau boleh setiap langkah lah nak stop dan snap gambar sebagai kenang-kenangan, hahaha. Ya, it's true fact about me.
Suasana malam di sekitar bandar Kunming memang meriah. Di bahu-bahu jalan dipenuhi dengan penjaja-penjaja. Sebut saja nak apa, makanan, shawl, stoking, buah-buahan, sayur-sayuran, semua ada. Di jalan raya pulak, memang sibuk dengan kereta dan bas. Jangan sangka di laluan pejalan kaki itu selamat. Kami kena sentiasa berhati-hati sebabnya banyak motosikal dan basikal tiba-tiba datang dari arah depan dan belakang. Be carefull!
Di tengah-tengah pusat bandar pula, ada satu dataran lapang untuk orang ramai duduk lepak-lepak. Kat sini, kebanyakannya orang datang bawa family dan anak-anak. Tempat membeli-belah dan juga tempat tarikan pelancong. Jadi, tempat ini memang cukup meriah. Kalau dah sampai Kunming, please take your time untuk jalan-jalan sambil makan angin di sekitar bandar.
Maan Coffee
Dah penat berjalan, akhirnya kami decide nak cari tempat untuk mengopi. Secara tak sengaja, kami terjumpa Maan Coffee. Apa lagi, terus masuk, Fulamak, bila dah masuk ke dalam Maan Coffee ni, terkejut dan tergamam tengok dekorasi dan konsep kafe ni. I fall in love with this cafe.
Selain daripada dekorasi ala-ala library dan dining hall mewah, konsep untuk order juga berbeza. Apa yang menarik, once kita order makanan atau minuman, customer akan diberi teddy bear sementara tunggu pesanan dihidang. Bear in mind, jangan ingat teddy bear tu hak milik kekal ye. Jangan pandai-pandai nak sorok masuk handbag, haha. Bila makanan dan minuman yang diorder sampai, dorang akan ambil balik. Lagi satu yang best pasal Maan Cafe, kat sini FREE WIFI dia laju. Kalau kat hotel tak lepas nak masuk Instagram, hah kat sini lepas. Pelik bin ajaib! That's why, hampir setiap malam kami datang lepak sini, keh3.
DAY 2
Yunnan Stone Forest
Destinasi pertama kami di Kunming adalah Yunnan Stone Forest. Subhanallah, memang teruja bila dapat tengok sendiri struktur batu-batan yang terbentuk secara semulajadi di sini. Macam-macam bentuk ada. Paling menarik, ada sesetengah batu yang ada di sini menyerupai ular dan lain-lain.
Yunnan Stone Forest terkenal sebagai salah satu tarikan utama di Kunming. Pendek kata, a must visit place kalau datang Kunming. Terletak kira-kira 78 kilometer dari Kunming dan wujud sejak 200 juta tahun dahulu diberi nama jolokan "first wonder under the sun".
Alang-alang dah sampai di Yunnan Stone Forest, jangan lepaskan peluang untuk hiking ke puncak dan menyaksikan view yang superb! Don't worry, laluan tak sesukar macam panjat Bukit Broga mahupun Bukit Tabur. Relax je, slow and steady sambil hirup udara segar.
Inilah hasilnya. Superb view from the top of the Yunnan Stone Forest. Sampai kat atas sana, berehatlah puas-puas. Snap la gambar banyak-banyak sebagai bukti dah sampai kat sana. Amazing right?
TIPS: Pengangkutan awam untuk ke Yunnan Stone Forest adalah dengan menaiki bas khas dari Yongpeing Road ataupun menaiki train dari Kunming Railway Station.
Jiu Xiang Scenic Region
Destinasi seterusnya adalah ke Jiu Xiang Scenic Region. Mungkin ada yang bertanya, "Apa pulak keistimewaan kat sini?". Kalau nak tahu, Jiu Xiang ni terkenal dengan gua batu kapur yang unik. Bukan itu saja, malah boleh tengok air sungai dan air terjun dari dalam gua. Dikenali juga sebagai "Home of Karst Caves" yang wujud sejak 600 juta tahun dahulu dan terdiri daripada lebih kurang 100 gua batu kapur.
Pastikan korang fit untuk berjalan dan naik turun tangga untuk menghabiskan perjalanan sepanjang berada di dalam gua. Jujurnya, pancit juga lah nak menghabiskan perjalanan kat sini. Uniknya, siap ada khidmat mengangkut orang bagi yang tak larat untuk menghabiskan perjalanan terutamanya orang-orang tua. Dinasihatkan, kalau datang dengan mak ayah, datuk nenek, maybe boleh skip aktiviti kat sini. Tapi, kalau pergi dengan member-member yang muda trang tang tang, no excuse! You should visit this place. Why?
Sebabnya kat dalam gua ini kita berpeluang tengok stalaktik dan stalakmit yang cantik. Lagi menarik bila dihiasi dengan cahaya neon yang berwarna-warni menghiasi dalam gua. At least, hilang sikit penat lelah dan semput bila tengok keindahan kat sini.
Best activity yang wajib cuba di Jiu Xiang adalah cable lift. Dia macam cable car, tapi lagi extreme, lagi dahsyat. Bohong lah kalau kata tak cuak. Memang cuak gila sebab rasa macam naik buaian tapi kat atas langit, haha. Gayat, nervous, kecut perut, semua ada. Tapi, tetap best! Pengalaman seumur hidup orang kata.
TIPS: Pengangkutan awam untuk ke Jiu Xiang Karst Cave adalah dengan
menaiki bas dari Kunming - Yinliang - Min - Jun Xiang
DAY 3
Shuncheng Street Mosque
Destinasi hari ke-3 di Kunming adalah ke salah satu masjid terkenal yang terletak di Kunming iaitu Shuncheng Street Mosque. Masjid ini mulanya dibina pada tahun 1425 dan dibina semula beberapa kali pada tahun 1644-1911 semasa Dinasti Qing. Keluasan kawasan masjid ini adalah 10,000 meter persegi. Masjid ini juga merupakan headquarter untuk Islamic Association di Yunnan.
Khai - penaberkala - Eazy
Nah, tiga jejaka Malaya bergambar kenang-kenangan di Masjid Shuncheng. Sambil-sambil tayang kurta lawa daripada Hijrah Couture (klik sini). Oh lupa nak bagitahu, selain ruang solat, kat sini juga ada restoran dan gerai makanan yang dijamin halal. Walaupun berada di China, tetapi di Kunming ini masih ramai orang Muslim dan makanan halal memang mudah nak dapat.
Jinmabiji Square
Sementara menunggu untuk ke destinasi seterusnya, sempat kami berjalan-jalan ke Jinmabiji Square. Jinmabiji Square merupakan pusat metropolis Kunming. Jinmabiji adalah hasil gabungan dua nama iaitu Jinma dan Biji dan pintu gerbang yang dibina adalah untuk menunjukkan sempadan antara dua kawasan iaitu golden horse (Jinma) dan jade rooster (Biji).
Dongchuan Red Land
Perjalanan kami seterusnya agak jauh iaitu ke Dongchuan Red Land. Kalau di Malaysia, kita ada Cameron Highland dan Genting Highland, maka di Kunming kawasan tanah tinggi yang terkenal adalah Dongchuan. Make sure, kalau pergi ke Donchuan Red Land sila bawa bersama extra jaket tebal, glove dan stoking kerana kat sini memang sejuk teramat. Betul-betul menggigil sampai gigi pun bergetar tak berhenti.
Di sepanjang perjalanan, kami berpeluang tengok keldai yang digunakan sebagai pengangkutan utama untuk tujuan pertanian. Ada yang guna untuk mengangkut barang-barang/ rumput, ada juga yang digunakan untuk tujuan membajak. Memandangkan perjalanan agak jauh, memakan masa lebih kurang 4 jam lebih, sila bawa bekalan makanan untuk dikunyah sepanjang perjalanan. Kalau nak buang air kecil atau air besar, get ready bawa siap-siap dengan wet tissue, air mineral dan tisu. Jangan pasang angan-angan tinggi sangat nak toilet macam di Malaysia, sebabnya toilet kat sana terbuka dan tak ada air especially di kawasan perkampungan seperti di tepi-tepi jalan ke Dongchuan.
Inilah pitstop pertama yang kami singgah bila tiba di Dongchuan. Dongchuan Red Land merupakan satu tarikan terbaru di Kunming. Terletak kira-kira 250 kilometer dari Kunming merupakan tarikan utama pelancong especially untuk fotografer dan backpacker. Struktur muka bumi di Donchuan Red Land yang berbukit-bukau dan terkenal dengan kawasan pertanian menjadikan pemandangan di sepanjang perjalanan di sini memang memukau perhatian dengan warna-warni tanaman yang ditanam secara berteres. Antara tanaman utama di sini adalah jagung, labu dan sasyuran.
Inilah tempat kami bermalam di Dongchuan Red Land. Memang best stay kat sini. Sejuk tu tak payah cakaplah. Suhu sampai 3°C. Dengan kabus yang tebal, memang kena pakai glove, jaket tebal-tebal. Waktu malam, memang kena pakai stoking sebab heater yang ada dalam bilik pun macam tak berapa mampu nak lawan kesejukan yang melanda, haha. Grrrrrrr, bergetar habis satu badan macam kena parkinson, lol. Best part, makan kat sini memang best. Sayur-sayuran semua segar-bugar dan makanan yang dihidangkan memang kena dengan selera sampai makan menambah-nambah. Blurpppp!
DAY 4
Dongchuan Red Land
Keesokan harinya, kami check out dari hotel untuk pulang ke bandar Kunming dan meneruskan lawatan kami. Pengalaman bermalam di sini memang best. Walaupun sejuk menggigil, mencucuk-cucuk sampai ke sum-sum tulang, tapi tetap best. Cuma salji je tak ada, hehe.
Kalau datang time musim bunga/ musim sayur, inilah keindahan panorama yang bakal dilihat oleh pengunjung yang bertandang ke Dongchuan Red Land. Memandangkan kami datang time off-peak, jadi tak dapatlah view superb macam ni. Untuk kurangkan kehampaan, bergambar dengan backdrop pun dah cun, wakaka.
On the way pulang ke bandar Kunming, kami sempat singgah di beberapa pitstop untuk sesi fotografi especially spot-spot menarik untuk bergambar. Antara spot yang mencuri perhatian kami semua adalah d satu lokasi yang ada seorang lelaki tua bersama anjingnya. Selepas bergambar dengan pak cik ni, hulur-hulurkanlah notes kepada beliau. Anggaplah sedekah walaupun hakikatnya macam kita bayar Golden Man di Bukit Bintang untuk bergambar :)
Daguan Park
Destinasi seterusnya adalah Daguan Park. Daguan Park terletak di sepanjang Dianchi Lake iaitu di Barat Daya Kunming. Daguan Park dibina pada tahun 1368, 29th year of the region of Kang Xi in Qing Dynasty dan memulakan pembinaan skala besar pada tahun 1696. Ia merupakan satu taman yang meliputi natural landscape, infrastruktur dan juga tarikan kebudayaan.
Selain pemandangan indah tasik, di sini juga kita boleh tengok burung-burung berterbangan, bunga-bunga, pokok, pondok dan binaan-binaan artistik. Daguan Park memang sesuai untuk santai-santai bersama keluarga.
Kelihatan burung-burung berterbangan di sekitar tasik Dianchi
Antara binaan yang ada di Daguan Park
Dynamic Yunnan
Penutup tirai percutian kami pada hari ke-4 di Kunming adalah dengan menyaksikan pementasan Dynamic Yunnan. Kalau di Malaysia kita ada Istana Budaya, di Kunming pun ada pangung bertaraf antarabangsa untuk persembahan yang terkenal di dunia iaitu Dynamic Yunnan. Kami rasa bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan persembahan hebat ini.
Persembahan Dynamic Yunnan menggabungkan persembahan tarian, nyanyian dan teater muzikal yang menampilkan sisi lain mengenai penduduk di Yunnan yang terdiri daripada pelbagai etnik. Tujuh tema utama yang diangkat untuk pementasan ini adalah Awan, Matahari, Bulan, Hutan, Api, Gunung, dan Bulu Pelepah. Selain sinografi yang menarik, tarian burung merak amat mencuri perhatian. Tarian yang seragam, paluan gendang dan alam muzik yang lantang dan pencahayaan yang baik menjadikan Dynamic Yunnan ini berada dalam kelas yang tersendiri. I'm proud to have a chance to watch this show.
DAY 5
Western Hills Scenic Area
Rasanya dah banyak tempat kami pergi, tapi masih ada lagi tempat-tempat menarik di Kunming yang harus dilawati. Untuk hari ke-5, kami meneruskan lawatan kami ke Western Hills Scenic Area. Kat sini kita boleh tengok panorama yang paling indah dari puncak bukit.
Western Hills terdiri daripada 5 gunung iaitu Biji, Binao, Huating, Taihua dan Luohan. Antara tempat tarikan utama di sini adalah Long Men (Dragon Get). Untuk ke puncak, sekali lagi kami menaiki cable lift.Ingatkan azab cuma sekali di Jiu Xiang, rupanya kali ini lagi sekali kena tempuhi kecuakan menaiki cable lift, adeh. But, this time was more fun. View kali ni lebih cantik dan menarik sebab boleh nampak tasik dan bukit-bukau. Subhanallah, amazing view.
Lepas turun dari cable lift, kami kena berjalan menyusuri anak-anak tangga di tebing tinggi menghadap tasik. Wow, boleh kurus kalau datang melancong ke Kunming. Sebabnya, selain asyik makan sayur-sayuran, banyak tempat yang dilawati kena banyak berjalan dan naik turun tangga. It's ok, as long as the view yang dapat kita tengok memang menakjubkan.
Xishan Scenic Spot
Antara kenangan terindah yang sempat dirakam berlatar belakangkan tasik Dianchi yang terbentang luas. From the peak of Xishan Scenic Spot.
Haigeng Park
Satu lokasi yang best untuk photoshoot adalah di Haigeng Park. Apa yang best kat sini? Kalau nak tahu, kat sini lebih banyak burung-burung (seagulls) yang berterbangan. Memang cantik. Dengan langit biru, burung putih berterbangan, it's like painting on canvas.
Jangan lepaskan peluang untuk memberi burung-burung makan. Malah, ada penjaja yang menjual roti untuk sesiapa saja berminat untuk memberi burung makan dan pada masa yang sama snap gambar. Aku pun tak lepaskan peluang untuk bermanja-manja dengan burung kat sana.
Beware! Dalam asyik duk bagi burung makan, get ready to get poop by the birds. Silap haribulan, korang akan terkena tahi burung, haha. Jadi, jaga-jaga. Kalau terkena juga tahi burung tuh, anggaplah itu rezeki korang yang datang dari jauh ye. At least, ada pengalaman yang "rare" sikit untuk dibawa pulang kan? kikiki.
Yunnan Nationalities Village
Destinasi terakhir adalah ke Yunnan Nationalities Village. Kalau di Malaysia, kita ada Sarawak Cultural Village, di Kunming mereka ada Yunnan Nationalities Village. Pendek kata, konsep dia sama. Ada rumah-rumah mengikut etnik, ada persembahan kebudayaan dan ada kraftangan yang dijual.
Setiap rumah mengikut etnik ada perkampungan masing-masing. Dalam setiap rumah, ada pameran barang-barang antik dan sejarah tentang etnik tersebut. Jadi, untuk sesiapa yang berminat nak tahu sejarah tentang suku etnik di Yunnan, tempat ini adalah the right place to visit.
Antara rumah yang ada di Yunnan Nationalities Village.Model rumah adalah saiz sebenar rumah penduduk. Setiap etnik ada ciri-ciri tersendiri yang membezakan mereka dengan etnik-etnik yang lain.
Selain melihat rumah setiap etnik, antara aktiviti lain yang ada di sini adalah flying fox merentasi tasik dan bergambar dengan gajah. Aku sempat cuba flying fox, fuuh terbaik.
DAY 6
Daguan Ancient Town
Pejam celik pejam celik dah sampai ke hari terakhir kami di Kunming. Kami mengambil kesempatan hari terakhir untuk shopping di Daguan Ancient Town dan sekitar bandar Kunming untuk beli ole-ole dibawa pulang ke Malaysia.
Best shopping kat sini sebabnya barang murah especially pakaian seperti jaket, baju, dan seluar. Sempat jugalah rembat jaket sehelai. Kalau kat Malaysia harga dalam RM300, di Kunming boleh dapat dalam harga RM50-RM100 bergantung kepada kualiti dan jenis kain. Sale merata-rata, sampai rambang mata nak pilih. Heaven!
Untuk beli ole-ole, boleh beli di Daguan Ancient Town yang terletak di tenggara Kunming. Juga terkenal sebagai Guan Du Ancient Town. Merupakan old town yang masih kekal dengan stuktur bangunan lama dan antik.
Shopping kat sini best sebab macam-macam ada. Cumanya geram time nak beli ole-ole sebab keychain dan fridge magnet tak ada dijual. Terpaksa la beli benda-benda lain seperti purse dan shawl. Dari pengalaman sepanjang shopping di Kunming, antara tips/perkara yang perlu korang tahu adalah:
- Bahasa - At least kena pandai basic Mandarin
- Bargain - Kena pandai bargain. Kalau dia letak 100, cuba bargain serendah mungkin. Mungkin boleh dapat dengan harga 10 dengan syarat korang bukan main-main tawar tapi memang nak beli
- Survey - Kena rajin survey harga dan compare mana yang lebih murah. At least compare dua tiga kedai baru pilih the best price untuk beli, Jangan pulak compare semua kedai yang ada kat situ, alamtnya sampai ke sudah tak beli apa-apa, LOL
Raihan - Qaseh - Aida Sue - Ayu - Khai - Eazy - Penaberkala - Susan
Ka Mei - Jaisley
Rasanya, sampai di sini perkongsian mengenai tempat-tempat menarik di Kunming, Yunnan, China. Semoga apa jua yang dikongsi di sini sedikit-sebanyak dapat memberi input kepada korang semua yang merancang untuk melancong ke Kunming. Kalau masih ada apa-apa lagi nak tanya, kindly drop your comment here. InshaAllah, kalau mana yang aku tahu, aku cuba tolong jawab mana yang patut ok.
Apapun, Kunming is one the best destination to visit. Thank you to Air Asia and Kunming Tourism Board for the opprtunity to visit Kunming. I'll keep this experience in my memory forever. Nice meeting all of you. Gambar-gambar lain dan pengalaman di setiap tempat akan dikongsi dalam entri-entri yang lain. Till we meet again. Stay tuned :)
Wo Ai Kunming!
Sponsered by Air Asia
23 Comments
Ramai sangat ahli rombongan.
ReplyDeleteLagi ramai, lagi meriah, hehe
DeleteWah looks like a nice place but the cable lift. Nooooo
ReplyDeletehttp://www.theisabellee.com
Very beautiful and lovely place to visit..
DeleteYou should try once the cable lift. Takut, seram, gementar, gayat, semua ada. but it's awesome
cantik jugak kunming ni.. sebelum ni tak pernah dengar pon..
ReplyDeleteMemang cantik. Banyak bunga-bunga, cuaca pun sejuk dan dingin. Banyak tempat yang lawa-lawa. Tak puas gi seminggu :P
DeleteBrape anggaran perbelanjaan yg perlu dibawa if travel ke kunming selama 5 hari 4 mlm ye?
ReplyDeleteMaaf, saya tak pasti. Sebab time pergi aritu, under Media Trip
Deleteok.. btw, ada cadangan hotel/apartment yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Kunming tak?
DeleteDi kunming hari tu, kamk stay di Kunming Hotel. Jalan je malam-malam nak ke Kunming city.
DeleteBut, boleh google cari a few hotel yg betul-betul dekat dengan bandar Kunming. Bit pricy.
Kalau pergi Redland, better menginap di homestay atau hotel kat sana. Jarak dia agak jauh dari city, recommend stay overnight kat sana. Lagi best
Dulu kat Bukit Nenas, KL pun ada cable lift macam tu
ReplyDeleteYe ke? Akak sempat naik tak dulu?
DeleteSerious scary mula-mula nak naik. Bila da naik, memang enjoy je rasa, hahaha P
Di kunming dekat mana yang kita boleh shopping souvenir dan chinese silk yang murah.
ReplyDeleteDi Daguan Ancient Town tu banyak kedai-kedai jual selendang, silk, ole-ole. Tapi kena pandai tawar klu nk murah. Dia memang akan letak harga tinggi. Tawar sampai dpt harga yg fikir berbaloi dan kita sanggup bayar, then baru beli.
DeleteSalam PB,
ReplyDeleteSatu perkongsian maklumat yang berguna. Cuma nak Tanya sikit, waktu yang paling best untuk dapatkan view yang ohsem di Dongchuan Red Land tu agak-agak bila ye? Sebab saya sedang merancang trip ke Kunming untuk menjadikan setiap moment saya di sana berbaloi. Thank you in advances.
Saya suka pergi musim winter sebab sejuk dan dingin. Walaupun takde salji, tapi best. View pun cantik. Klu suka bunga, better pergi musim bunga, baru dapat gambar yang warna warno especially di Dongchuan
DeleteAssalamualaikum, nak tanya Kunming Hotel tu satu malam berapa harganya?
ReplyDeleteBoleh check di booking.com atau Agoda. Ikut musim juga, kalau peak season agak mahal
DeleteTeringin nak ke kunming. Nak travel ke kunming!
ReplyDeletePergi la, Kunming memang best
Deletepegi dgn travel agent atau sendiri?
ReplyDeleteNi pergi dengan Tour Agent Kunming Tourism
Deleteada tak pakej yg buat ground kat kumning
ReplyDelete