#TSDAYOUT WHITE WATER RAFTING DI HULU SELANGOR

#TSDAYOUT merupakan event yang sentiasa dinanti-nantikan. Mana taknya, setiap event yang dikelola oleh Tourism Selangor sentiasa memberi kelainan dari segi pegalaman dan exposure especially dalam rangka mempromosi industri pelancongan di negeri Selangor. Lagi-lagi untuk aku yang sentiasa menanti-menantikan aktiviti outdoor. 


Untuk #TSDAYOUT kali ini, pihak Tourism Selangor telah menganjurkan satu aktiviti yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai aktiviti EXTREME iaitu White Water Rafting di Sungai Selangor yang terletak di Hulu Selangor.


Untuk edisi kali ini, lebih kurang 30 orang peserta yang menyertai #TSDAYOUT White Water Rafting di Hulu Selangor yang terdiri daripada bloggers, media dan juga selebriti seperti Nazrif dan Mat Redho. Memang betul-betul happening kalau pergi ramai-ramai satu bus macam ni especially dengan my blogger friends yang gila-gila masuk air macam Khai, Khai Artzfar, Devi, Bella, Kanamni, Adam, Arfan, Norfanil dan ramai lagi. Ohsem! Jom tonton video ringkasan sepanjang TSDAYOUT White Water Rafting di Hulu Selangor




Frankly speaking, ini pengalaman pertama aku join aktiviti white water rafting. Kalau trekking, hiking, camping, itu dah selalu. Jadi kali ini, kita cari kelainan sikit. Walaupun hakikatnya, aku tak pandai berenang, wakakaka. Takpe, don't worry ok. Safety jacket kan ada, hehe.


Malas nak cerita panjang, apa kata korang tengok je gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti white water rafting di Sungai Selangor, Hulu Selangor.



Antara peralatan keselamatan ang wajib dipakai untuk aktiviti white water rafting adalah safety helmet dan safety jacket. Oh lupa nak bagitahu, kat Hulu Selangor juga ada ditawarkan aktiviti tubing. Apa itu tubing? Tubing ni korang akan duduk atas pelampung dan biarkan diri dibawa arus. Main kayuh-kayuh dengan tangan je.



Selepas mendengar sesi taklimat daripada Mr Pie, selesai pakai safety equipments, dengan perasaan excited kami menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke destinasi tempat aktivit white water rafting dan tubing bermula. Haa tengok, memasing excited nail Hilux. Awas, ini bukan pendatang asing tanpa izin ye, hehe.



Inilah lokasi tempat kami memulakan aktiviti white water rafting dan tubing. Dulu pernah datang ke sini untuk aktiviti birding bersama Majlis Daerah Hulu Selangor. Kali ni, bila dah dapat peluang untuk cuba pula aktiviti water rafting, memang excited habis. Maklumlah, first time katakan, hehe. Terima kasih Tourism Selangor.



Sebelum bermula, sambil-sambil tunggu aras air sungai naik sikit dan deras sikit, kami semua warming up dulu dengan satu game yang kaw kaw funny and happening. Game ni mudah je, guna paddle dan berdiri dalam bentuk circle. Bila instructor bagi arahan ke kanan, kita semua kena berlari ke kanan dan ambil paddle orang di sebelah kanan. Begitulah sebaliknya. Make sure paddle yang kita aim tu tak jatuh. Kalau jatuh? Means you are ELIMINATED!



Nampaknya, aras air belum lagi naik dan arus pun masih belum mencapai tahap yang diperlukan. Alang-alang tuh, dengar dulu tips and tricks daripada Mr Pie untuk sesi demonstrasi. Antara teknik yang kita perlu tahu untuk white water rafting adalah teknik mengayuh. Nak ke depan macam mana, ke kiri dan ke kanan macam mana. Satu lagi teknik penting adalah bila raft kita capsize, kita kena tahu macam mana teknik yang betul untuk membantu rakan-rakan naik balik atas raft. 



Amboih Kanmani, kusyuknye dengar briefing, hehe. Haa, inilah gelagat para peserta mendengar briefing dari Mr Pie. Dalam hati, masing-masing duk tanya, bila nak start ni. Bila paras air nak naik ni. Bila arus nak deras ni. Huh, tak sabar nak memulakan cabaran!



Selain aktiviti yang best di #TSDAYOUT ni, satu perkara lagi yang membuatkan aku selalu nak join aktiviti yang dianjurkan adalah sebab FRIENDSHIP. Bila join #TSDAYOUT ni, aku kenal ramai bloggers. Dan bila jumpa di #TSDAYOUT ni, hah inilah masanya untuk kami buat kecoh, chit-chat and have fun together. Nice to meet all of you my dear friends :-)



Actually, first round rafting memang agak frustrated. Sebabnya? Air cetek dan arus tak kuat. So, kami kena kayuh sepanjang jalan dan paling perit kena angkat raft di kawasan berbatu. Fuh, penat. We prayed hard to arrive the end point. Only one part yang best, part yang kami terjun 90 degree, ploooop dalam air, hahaha. Glup glup glup bunyinya. Silap landing daaa. But, it was fun!


Luckily, after first round, kami dikhabarkan arus semakin deras dan aras air dah mula naik. Yeah! We put smile on our faces. Lagi best, bila semua teammates nak buat one more round. Ya, let's do it together.



This round, masing-masing happy. Oyeah! Ini la yang kami nanti-nantikan. Feel cool and relax while enjoying the nature. 



My teammates, yang gila-gila, funny, ohsem dan gojes! Khai, Khai Artzfar, Devi, Bella, Kanmani, Adam. The best part, bila kami semua selamat, tak capsize time turun dari air terjun. The funny parts, bila first round orang lain semua selamat, tiba-tiba Bella sorang tercampak keluar dari raft. Seriously, it's so funny. The second round, semua selamat. Cumanya, masing-masing terpenyek dalam raft, hahaha. Best experience ever!



Ini pula aktiviti tubing. Jadi, kalau korang berminat nak santai-santai, layan perasaan sorang-sorang sambil dibawa arus, boleh cuba tubing. It's so RELAXING!



Tapi, kalau nak tahu apa itu TEAMWORK dan TEAM SPIRIT, you should try this. White water rafting yang pastinya menguji tahap ketahanan diri, mental dan fizikal.


Jom layan, moment-moment best yang sempat dirakam menggunakan ipod touch. Maaflah, gambar tak banyak sebabnya takde go-pro. Tips, kalau nak pergi white water rafting, better bawa go-pro. So, boleh snap gambar banyak-banyak dan buat recording. Kalau record part capsized tu lagi gempak! Cekidout...







INSTAGRAM WINNERS


Selain aktiviti tubing dan white water rafting, Tourism Selangor menerusi event #TSDAYOUT mengadakan satu contest mudah di instagram iaitu Best Photo Contest dengan hashtag: 
#DiscoverSelangor, 
#TerokaiSelangor, #TahunMelawatSelangor2015
#VisitSelangor2015 


Tahniah kepada semua pemenang yang bertuah. Antaranya Khai, Khai Artzfar, Devi dan Adam. Setiap seorang menerima wang tunai RM150. Wow, masyukk. Jadi, korang apa tunggu lagi. Next time, jom ramai-ramai join event #TSDAYOUT ok!



It's wrap! Thank you so much Tourism Selangor for the amazing acitivity. White water rafting, checked! What's next? Stay tuned! Harap-harap, dapat lagi peluang keemasan untuk join event #TSDAYOUT bersama Tourism Selangor.


Jadi, sesiapa yang berminat untuk mencuba aktiviti white water rafting atau tubing, boleh refer sedikit info yang ada di bawah. Semoga ia bermanfaat. Best ke tidak? Mestilah BEST! Belum cuba belum tahu.


Selangor River Expedition Package 
Minimum age: 7 years 
Maximum agae: 60 years 
Level:1-4 Price: RM180/pax 
Group size: Min 5 pax / Max 60 pax 
 
Untuk maklumt lanjut, boleh layari atau hubungi: 
Website: 
www.mdhs.gov.my 

Telefon: 
+603 6064 1155 / +603 6064 1331 

Email: 
perancangmdhs@yahoo.com 
nurulhudaahmad@yahoo.com


Untuk aktiviti lain yang pernah penaberkala join untuk #TSDAYOUT boleh KLIK SINI!


Post a Comment

1 Comments