Buffet Ramadan 2015 : Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi

Destinasi seterusnya untuk Buffet Ramadan 2015 adalah di Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi. Setiap lokasi yang menyediakan pakej buffet Ramadan ada tarikan yang tersendiri. Kali ni, jom kita tengok apa pula yang menarik di Hotel Puri Pujangga. Mungkin dah ada yang tercari-cari buffet Ramadan yang murah dan best di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, semoga perkongsian kali ini sedikit-sebanyak membantu korang semua untuk membuat pilihan yang lebih bijak.




Untuk edisi Buffet Ramadan 2015, Hotel Puri Pujangga mengetengahkan tema "Citarasa Ramadhan" dan menampilkan pelbagai jenis menu makanan untuk Buffet Berbuka Puasa yang akan bermula pada 20 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015 di Begonia Coffee House. 


Kemudahan

  • Surau bagi lelaki dan wanita disediakan di aras 2 Hotel Puri Pujangga. 
  • Parking kereta adalah percuma kepada semua pegunjung.


Menu Istimewa Citarasa Ramadhan





Tarikan utama untuk Buffet Ramadan kat mana-mana pun, dah pastinya terletak pada menu yang ditawarkan. So, di kesempatan ni mari nak story-mory sikit menu-menu yang wajib dicuba bila berada di Puri Pujangga. Mana tahu kan, ada yang bercadang nak ajak family, kawan-kawan dan kawan sepejabat berbuka puasa kat sini nanti. Cekidout!!!


Pecal kampung dan Rojak Tauhu


Nasi Beriani Gam


Roti John, Ikan Bakar, Mee dan Bihun


Pecal kampung , Rojak Tauhu Bakar,kuang Chalit, Seng Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Seafood Parcel, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriani Gam Ayam , Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Kuah Lemak, Sotong Paprik Ala Thai, Ikan Tenggiri Goreng Acar, Asam Pedas Daging Tetel, Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Cencaluk, dan hidangan signature buffet ramadan iaitu Kambing Panggang dan banyak lagi. Kalau nak sebut semua kang, nanti meleleh air liur korang,wakaka. Nah, layan gambar je lah ye.


Kambing Bakar


Buah-buahan tempatan


Antara minuman yang dihidangkan di sini adalah Sirap Selasih, Limau Asam Boi, Bandung, Soya, Katira, teh Tarik dan Nescafe Tarik. Tidak terhad dengan menu tersebut, kita juga akan dihidangkan dengan aneka buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, pisang emas dan buah dokong.


Cream Puff


Aneka kuih-muih tradisional dan puding


Korang juga akan dapat rasa juadah pencuci mulut seperti Ais Krim goreng, Cendol, Pelbagai Jenis Kek, Kuih-muih Melayu, Chocolate Bread Butter Pudding, Pelbagai Jenis Puding dan Jeli, French Pastries serta Bubur. Tapi, dalam banyak-banyak menu memang tak tahan tengok cream puff dan pulut mangga. Pergh, melonjak terus nafsu makan nak ngaaap!




Antara menu yang memikat selera di Hotel Puri Pujangga adalah tak lain tak bukan Nasi Beriani Gam dengan gandingan hebat Sirap Bandung. Memang betul-betul padu. Hao liao! So,kalau nak try boleh pergi ke Hotel Puri Pujangga.


Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi menyediakan buffet Ramadan pada harga RM 70.00 untuk dewasa dan RM 35.00 untuk kanak-kanak yang berusia dari 6 hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun adalah percuma.


TIPS JIMAT
Buat tempahan awal untuk mendapat harga promosi Early Bird dengan harga RM 60 per nett bermula dari 31 Mei hingga 18 Jun 2015. Makanan ini akan dihidangkan bermula dari 7 malam hingga 10 malam



Untuk maklumat lanjut tentang Buffet Ramadan di Puri Pujangga, boleh hubungi:

Ms Khaila Khalid 
Email : khaila@puripujangga.com.my
Tel : 03 - 8927 4128 / 8926 2443 
H/p: 017 - 699 2437 



NOTA KAKI
Tukang ajak kali ini adalah Rawlins. Terima kasih banyak-banyak sebab dah memperkenalkan lagi satu port best untuk makan-makan. Stay tuned for more updates about Destinasi Ramadan edisi Buffet Ramadan 2015 di blog penaberkala. Stay tuned! 

Post a Comment

4 Comments