Destinasi Buffet Ramadan 2015 seterusnya adalah di Silka Maytower, Kuala Lumpur. Lebih tepat lagi, di La Maison Restaurant, Silka Maytower, Kuala Lumpur. Apa, tak pernah dengar Silka Maytower kat mana? Mudah je nak jumpa, terletak betul-betul depan Jakel Mall. Kalau tak nak drive, boleh pergi naik public transport sama ada naik bus berhenti di bus stop depan Jakel Mall ataupun naik LRT stop di stesen Masjid Jamek, then jalan kaki sikit ikut jalan Masjid India.
Actually, ni first time aku sampai ke La Maison Restaurant, Silka Maytower ni. Excited juga nak tahu apa menu istimewa kat sini. Lagi-lagi, nak tahu menu-menu istimewa kat sini untuk juadah berbuka puasa sempena Buffet Ramadan 2015 yang akan datang. Korang nak tahu menu apa yang ada kat sini? Jom, layan gambar-gambar yang sempat aku snap tempoh hari.
Sebenarnya, banyak lagi menu-menu yang disediakan di Silka Maytower ni, lebih kurang 100 hidangan seperti pecal desa, sup tulang rawan, beriani kambing, rendang daging, daging masak briyani, kari kepala ikan dan banyak lagi. Kalau nak sebut semua, alamatnya berderet la list kat bawah ni haaa. Apapun, jom tengok apa yang aku try time berkunjung ke sana. Dan, apa yang korang wajib try kalau pergi makan kat sana nanti.
Iftar Ramadan Al-Mubarak
Iftar Ramadan Al Mubarak di Silka Maytower, Kuala Lumpur
Kuih muih tradisional pembuka selera
Selain kuih-muih tradisional, ada juga cake dan pastri
Kuih-muih dan buah-buahan station
Kambing golek, ikan bakar, satay dan murtabak station
Aneka jenis keropok sebagai kudapan
Ikan kering/ ikan masin
Aneka jenis kerabu
Mee rebus
Gado-gado bersama kuah kacang
Lemang, ketupat, rendang dan serunding
Laichee kang, sirap bandung dan orange
5 Menu Wajib Cuba
Nasi beriani
Haa, dah bosan makan nasi putih kan? Apa kata cuba nasi beriani kat sini. Macam-macam lauk-pauk ada. Pilihan aku untuk kali ini adalah kambing, sambal tumis udang, ayam berempah dan kari kepala ikan.
Kari kepala ikan
Seriously, kari kepala ikan kat Silka Maytower ni betul-betul tip top. Korang kena try. Sebenarnya, try kuah je bersama nasi beriani. Tapi, rasa macam tak cukup. Ni haa, terus angkat satu kepala ikan ke meja makan. Baru puas hati, keh3. Aishhh, tiba-tiba lapar balik bila duk taip part ni. Sedap weh.
Satay
Kalau pergi ke Buffet Ramadan kat mana-mana, memang tak akan miss makan satay. Satay ayam dan satay daging bersama nasi impit, timun batang dan hirisan bawang. Kuah kacang dia terbaik.
Kerabu
Kalau nak tahu, aku ni jenis hantu kerabu. At least, sekali seminggu paling tidak makan nasi kerabu. Bila tengok ada je macam-macam jenis kerabu di Silka Maytower, terus ambil semua sebab nak try. Kerabu udang, kerabu daging, kerabu ikan, kerabu kupang dan kerabu ayam bersama kacang botor. Tapi, kalau kasi masam-masam sikit, mesti lagi best kerabu ni. Mungkin, lain orang lain citarasa kan? Tapi, makan tetap licin woi, haha.
Murtabak
Last but not least, all time favorite kalau tibanya bulan Ramadan iaitu Murtabak. Makan pulak dengan kuah dal dan kari ayam. Memang umppppphhhh!
Jadi, itulah antara menu-menu best yang sempat try. Kalau perut ada 4 bilik macam lembu, rasa nak je ngap semua. Kalau korang nak buat jamuan berbuka puasa ke, majlis berbuka puasa bersama rakan sekerja ke, berbuka bersama family atau kawan-kawan, salah satu tempat yang dapat aku recommend untuk Buffet Ramadan adalah di Silka Maytower, Kuala Lumpur. Cepat-cepat buat reservation, ada discount 50% untuk 5 hari pertama di bulan Ramadan dan 5 hari terakhir di bulan Ramadan.
Inilah dia gang kaki makan tempoh hari. Bersama tukang ajak kali ini iaitu Poji pemilik blog Dunia Patik. dan juga Abang Soleh. Segak bergaya semua, masing-masing pakai office attire. Nampak sangat kan, balik kerja terus serbu Silka Maytower, wakaka.
Btw, thank you to Mr Henry Loo, General Manager Silka Maytower Kuala Lumpur, Ms May, chefs and all the crew for the invitation and hospitality. We enjoyed the food.
INFO: Untuk muslim dan muslimat yang bercadang berbuka puasa di Silka Maytower, surau untuk solat disediakan di tingkat 7.
Selain di Silka Maytower, Kuala Lumpur, korang boleh cuba Buffet Ramadan di 2 lagi lokasi lain iaitu Silka Cheras atau Silka Johor Bahru. Jom, tengok details macam mana nak buat reservation dan harga bagi setiap pakej buffet yang ditawarkan oleh pihak Silka istimewa buat korang semua. Cekidout!!!
Silka Maytower, Kuala Lumpur
La Maison
La Maison
Iftar Ramadan Al Mubarak
18 June to 16 July 2015
6.30pm to 10.30pm
Break fast with more than 100 dishes such as Pecal Desa, Sup Tulang Rawan, Briyani Kambing, Bendang Daging, Curry Fish Head and many more mouth-watering favourites.
RM90.00 nett per person
RM40.00 nett for children aged 4 to 12 years
Prices are inclusive of 6% GST
50% discount for the first FIVE days and last FIVE days
For more information or to make a reservation, please call +603 2692 9298 or visit http://www.silkahotels.com/maytower
RM90.00 nett per person
RM40.00 nett for children aged 4 to 12 years
Prices are inclusive of 6% GST
50% discount for the first FIVE days and last FIVE days
For more information or to make a reservation, please call +603 2692 9298 or visit http://www.silkahotels.com/maytower
Silka Cheras, Kuala Lumpur
Curvz Café
Curvz Café
‘Juadah Kampungku’ Pilihan Izreen Azminda
Buka Puasa Buffet
18 June to 16 July 2015
6.30pm to 10.30pm
18 to 23 June 2015
RM 40.00 nett per person
RM 35.00 nett for children aged 4 to 12 years
23 June – 16 July 2015
RM 75.00 nett per person
RM 35.00 nett for children aged 4 to 12 years
Prices are inclusive of 6% GST
For more information or to make a reservation, please call +603 9100 1133 or visit www.silkahotels.com/cheras
Silka Johor Bahru
Citra Rasa Silka
Citra Rasa Silka
6.30pm to 10.30pm
Checkers Cafe (18 June - 15 July 2015)
RM66.00+ per person
RM33.00+ for children aged 4 to 12 years
Ixora Ballroom (26 June – 11 July 2015)
RM38.50+ per person
RM19.25+ for children aged 4 to 12 years
Prices not inclusive of 6% GST
For more information or to make a reservation, please call +607 360 1000 or visit http://www.silkahotels.com/johorbahru
Untuk Destinasi Ramadan: Buffet Ramadan, boleh klik sini!
2 Comments
kari kepala ikan tu buat zizie teringat kat ikan tongkol la...
ReplyDeletefuhhh memang kenyang pekena ni
ReplyDelete