Memandangkan bulan Ramadan dah hampir kunjung tiba, jadi di kesempatan ini marilah kita tinjau-tinjau hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan pakej buffet Ramadan yang menarik. Untuk lokasi pertama tahun 2015, hotel yang menjadi pilihan adalah di SOI 23, Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur.
Mungkin ada yang dah mula mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, sahabat handai ataupun bersama rakan sekerja. Ye dak? "Kenapa perlu terburu-buru cari dan book awal-awal? Puasa kan lambat lagi?" Sebenarnya, kalau nak tahu salah satu tips penjimatan untuk berbuka puasa di hotel-hotel mewah adalah menjadi orang yang terawal buat reservation dengan harga Early Bird. Jadi, mungkin ini lah lokasi yang anda cari-cari. Apa kata, jom kita tengok apa yang best sempena buffet Ramadan di SOI 23, Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur.
Sempena Buffet Ramadan tahun ini, pihak SOI 23, Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur menawarkan sajian bertemakan ‘Memori Selera Desa’ yang diilhamkan oleh Chef Zairul. Time bulan puasa, siapa yang tak rindu masakan bonda kat kampung kan? Lagi-lagi, bila kita berada di perantauan. Mungkin, dari situlah timbulnya cetusan idea Chef Zairul untuk mengembalikan memori masakan bonda di kampung untuk disajikan kepada semua warga kota di bulan Ramadan nanti.
Memori Selera Desa
Lebih 100 pilihan sajian yang ditawarkan di SOI 23. Antaranya Gulai Telur Itik, Belimbing Buluh, Gulai Pisang Muda, Tenggiri Gulai
Bendi dan Ayam Masak Lemak Dauk Cekur yang dihidangkan bersama nasi kukus dan aneka jenis ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal yang pastinya akan membangkitkan selera berbuka puasa. Kalau nak cerita kat sini, memang tiga hari tiga malam pun belum tentu habis. Apa kata, korang tengok je gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai tatapan. Cekidout!
Tapai, kek, biskut dan kuih-muih
Buah-buahan tempatan
Air Batu Campur (ABC)
Laksam dan Laksa
Nasi Beriani Kambing
Ayam Percik
Aneka keropok
Rojak
Ikan Bakar
Pelbagai jenis sambal dan ulam-ulaman
Satay Ayam dan Satay Daging
Lemang, rendang dan serunding
Rojak Buah
Kalau nak tahu, ini baru sebahagian daripada menu yang dihidangkan di SOI 23. Perghhh, memang terbaik semua hidangan yang ada. Lagi-lagi ada ayam percik, laksam, satay, macam-macam jenis sambal dan ulam-ulaman. Memang layan. Part pencuci mulut pulak, macam-macam buah tempatan ada, rojak buah pun ada. Tak cukup dengan tu, ada ABC special versi kau taruk sendiri nak macam mana sekalipun dan juga aneka jenis kek. Absolutely, worth it! Amacam, terliur ke tidak? Cepat-cepat pergi buat reservation ye.
Opppps, lupa. Ada berita menarik. Dengar kata Chef Zairul akan berkongsi resipi eksklusif masakan beliau setiap hari Jumaat melalui facebook rasmi Pacific Regency Hotel Suites (https://www.facebook.com/prhskl) Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan resepi-resepi menarik. Nanti, boleh sama-sama kita try masak kat rumah sepanjang bulan Ramadan nanti, hehe. Yeazza, nampak gayanya, #DapurPB akan berasap kembali, wohoho. Stay tuned!
Harga Buffet Ramadan ‘Memori
Selera Desa’
Early bird promotion
Reservation bermula 15 April 2015 sehingga 31 May 2015
RM78 nett only
Normal price
19 June 2015 sehingga 15 July 2015
RM103 nett (Adult)
RM59 nett (Children & Senior Citizen)
Promosi hebat
Beli 7 pax, percuma 1 pax
Tempahan untuk 10 orang akan mendapat voucher berbuka puasa
Reservation
Untuk reservation, boleh hubungi +603 2332 7777 ext. 6807 atau email di fnbadmin@pacific-regency.com
Untuk maklumt lanjut atau sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Marketing Communications Department Pacific Regency Hotel Suites di talian +603 2332 7777 atau email di marcom@pacific-regency.com / events@pacific-regency.com
NOTA KAKI
Tukang ajak kali ini adalah Mahamahu. Terima kasih banyak-banyak sebab dah menambahkan berat badan saya sebanyak 1kg, wakakaka. Stay tuned for more updates about Destinasi Ramadan edisi Buffet Ramadan di blog penaberkala. Bye :)
1 Comments
mengidam laksam... T_______T
ReplyDelete