TRIP KE MACAU SECARA MENGEJUT

Ting! Notification facebook masuk di telefon bimbit. Bila buka dan baca, alangkah terkejut bila tengok comment daripada facebook MY MACAU.


We're excited to let you know the winners to "Let's Go Macau This Sunday" is Jessica Ng Yi Zhen, Joshua Chai, Khairul Anuar, Yuh Jiun, and Hui Ping Lee!

Congratulations as you have each won a pair of flight tickets to Macau on the 26th - 28th April. Have a fantastic Sunday in Macau.

Please PM us the following details for us to proceed with the booking of your flights by 12pm, April 24.
Full name
Contact no
IC Details
Passport details
Address


Fuh, biar betul? Tenyeh-tenyeh mata, macam tak percaya. Then, terus contact pihak MY MACAU untuk tanya kepastian. Mana tahu, takur SCAM ke apa kan? Yes, it's true. No kidding, no joking! Aih, dah mula rasa serba-salah. Should I go or not? First, cuti tak apply. Second,  tak tahu nak ajak sape untuk teman since it's quite last minute notice. Third, no preparation at all. Macau kot, bukan Ipoh, bukan Alor Star.


Bila discuss dengan team lead dan my colleague di office, mereka cakap "Just go". Nak dipendekkan cerita, I just applied two days leave for supervisor's approval. Time ni, memang harap sangat-sangat cuti lulus on the next day, Friday. So, boleh settle the first obstacle.


Then, bagitahu gang Projek Travel pasal menang 2 tiket ke Macau ni. Mana tahu, ada antara mereka yang sanggup nak join kan? At least, ada gang untuk ke sana. Sebab macam rugi, dapat 2 tiket return tapi yang pergi cuma sorang. At first, poji nak join. Malangnya, cuti dia pulak dibekukan. Arghh, habislah macam ni. Lepas tu, baru Mawardi cakap boleh join. Fuh, lega. Settle second problem.


Last but not least, soal preparation since MY MACAU hanya bagi tiket flight return sahaja. So, accommodation semua kena settle sendiri. Adeh, cuak seyh. Cuti dah apply, tunggu approve je. Details untuk booking tiket dah bagi, ibarat sebelah kaki dah ke Macau. Memang kalut malam tu, buat research pasal Macau especially hotel. Hampir give up, bila tersalah book hotel di Zhuhai melalui expedia.com. Dah book baru sedar Zhuhai terletak di tanah besar China. Impossible nak stay sana since nak masuk China kena ada visa. Definitely, tak sempat buat visa. Automatik, lepas tu cepat-cepat call expedia untuk cancel booking tadi. Fuh, lega bila dah settle dan dapat refund. Harap dapat balik duit deposit tu. Misi mencari hotel pun bermula, memang fokus di Macau Town sahaja. Alahai, semua mahal-mahal. Paling murah pun sekitar RM500 untuk 2 pax dan 3 hari 2 malam. Sayangnya, kebanyakan dah fully booked. Lagi lah rasa macam dah give up dan tak nak pergi.


On Friday, dah tekad. Kalau hotel tak dapat settle, memang tak nak pergi. Lagi satu, kalau cuti tak approve, memang wajib cancel the plan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Pagi tu juga supervisor bagi green light untuk cuti. Tiket flight pun dah booking. Hotel saja masih berteka-teki nak book hotel mana. Nak book online atau travel agent? At last, malas nak serabut fikir, decided untuk pergi ke travel agent di Menara Atlas, Kerinchi untuk book hotel yang available dengan kos yang paling minima. Oklah, around RM730 untuk 2 pax dan 3D2N tanpa breakfast. Ok, dah settle semua booking. Now, one more day to prepare pasal Macau. Setidak-tidaknya, tahu la sikit-sikit tempat yang nak terjah nanti kat sana.


Memandangkan pagi Sabtu ada event Astro Go Shop dan sebelah malam ada event launching Koleksi Raya 2015 Binqareem, satu preparation pun tak buat. Kecuali beli makanan siap-siap untuk dibawa bersama takut kebulur kat sana. Dengar kata, makanan halal kat sana susah nak dapat. Kalau ada pun, agak mahal. Jadi, belilah air mineral, roti, biskut dan maggi. Duit pun tak tukar, packing pun belum. Semuanya settle pada hari Ahad tu. Duit tukar di KLIA2. Kami tukar RM ke HKD around RM800, so dapatlah dalam HKD1600. Fuh, everything settle. Macam tak percaya pulak, unplanned trip to Macau hampir terlaksana. Cuma tinggal untuk berlepas je, tunggu jam 210pm dengan menaiki pesawat AirAsia, AK816.




The moral of the story, kadang-kala peluang tu datang secara mengejut dan tiba-tiba. It's up to us, to ACCEPT or LEAVE IT. Lagi satu, setiap peluang yang ada, kena buat keputusan. To say YES or NO. Dan akhir sekali, setiap keputusan yang diambil, pastinya akan ada risiko. Bezanya cuma ianya WORTH IT or NOT! For my case, I ACCEPT the opportunity, I say YES to Macau and I'm proudly can say, it's WORTH IT! Dengan pengalaman 3 hari 2 malam di bumi asing, aku rasa inilah kerja gila yang pernah aku buat. But, it's AWESOME! Paling penting, dengan pengalaman inilah aku dapat rasakan, aku mampu untuk travel tanpa mengambil service dari mana-mana travel agent. Rasa puas, rasa happy, dan rasa konfiden untuk terus mengembara di tempat lain. Inilah pengalaman paling best dalam hidup aku, especially it's on my birthday. Dan pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.




Terima kasih kepada travel partner, Mawardi Yunus sebab sudi join this trip. Aku harap dia tak serik nak travel dengan aku lagi next time. Kalau ada terkurang makan ke, jalan cepat ke, membebel tak tentu pasal ke, maafkanlah ye. But, it's fun. Bila kami buat lawak bodoh, tergelak tak kira masa, tegur orang yang kami jumpa and makes friends dan paling penting main terjah tempat-tempat menarik di Macau. At least, kami dapat rasa travel sendiri dengan FAM Trip yang biasa kami join amat berbeza sekali. Ok, pasal pengalaman trip kami ke Macau dan tempat-tempat menarik di Macau akan aku kongsikan di blogpost akan datang. Stay tuned!


Happy birthday penaberkala!

Post a Comment

3 Comments

  1. jalan cepat ? HAHAHA.. mesti madi selalu tertinggal di belakang -.-

    ReplyDelete
  2. Mak aihhh.. bestnya dapat peluang macam ni..

    ReplyDelete
  3. perghhh.. cenggitu haa citernya... takpela.. experiences.. mana nak dapat jang oiii...

    ReplyDelete