AIRASIA FREE SEATS!

Macam mana dengan AirAsia Free Seats kali ni? Dengar kata, ramai member-member dah berjaya rembat tiket flight ke merata-rata destinasi di seluruh pelosok dunia. Ada yang dah book tiket ke Sydney, ada yang nak ke Japan, ada yang nak ke Korea, ada yang nak ke Bali dan macam-macam destinasi lagi. Korang pulak nak ke mana? Dah berjaya belum dapatkan tiket mengikut destinasi idaman hati? Jangan mudah give up, hari ni last day untuk korang yang masih belum book. Cepat-cepat terjah ke website AirAsia.



Tempoh tempahan: 
27 Jun 2015 - 28 Jun 2015

Tempoh penerbangan: 
15 Februari 2016 - 31 Ogos 2016



Tips mendapatkan AIRASIA FREE SEATS

  1. Guna telefon bimbit atau aplikasi AirAsia sebagai alternatif untuk membuat tempahan dengan lebih mudah dan cepat
  2. Daftar akaun AirAsia sebelum membuat tempahan untuk mengelakkan masalah semasa membuat pembayaran
  3. Gunakan IE9.0 atau Morzilla Firefox untuk mendapat connection yang lebih stabil
  4. Rancang perjalanan lebih awal dan siap-sedia dengan beberapa pilihan destinasi sebagai back-up
  5. Untuk tempahan bagi pihak lain especially family members atau kawan-kawan, make sure siap sedia dengan segala butiran peribadi untuk mempercepatkan proses tempahan
  6. Pastikan pop-up diatifkan untuk memudahkan proses pembayaran
  7. Kalau tiba-tiba berada di "bilik menunggu" atau "waiting room", jangan refresh. Tunggu je biar sampai turn
  8. Kalau tengah nak buat tempahan atau bayaran, tiba-tiba ada "time out", tekan je butang kembali dan refresh
  9. Dapatkan tips dari pro atau orang yang berpengalaman untuk dapatkan tiket pada harga paling murah


AirAsia Free Seats bermaksud zero fare/ seats = free, tetapi airport taxes dan fees masih lagi perlu dibayar pada harga bermula serendah RM26. Harga yang dikenakana bayaran bergantung kepada destinasi dan tarikh yang dipilih dan tertakluk kepada terma & syarat.


AirAsia Free Seats Fever!

Bila dah musim AirAsia Free Seats melanda, memang pening sikit nak pilih destinasi mana yang nak pergi. Nah, video special khas sempena AirAsia Free Seats Fever. Bila duk di airport, tiba-tiba idea datang mencurah-curah dan idea destinasi pilihan datang bertandang. Layan!!!




Destinasi Pilihan @penaberkala Bagi Tahun 2016


Semenjak dua menjak ni, sememangnya semangat untuk travel semakin memuncak. Mana tidaknya, selalu ada je promo tiket flight murah ke sana sini. Lagi-lagi tawaran hebat dan promo gila-gila dari AirAsia. Rambang mata dibuatnya. Last year, berpeluang ke Kuching (Oktober) dan Kunming (Disember). Untuk tahun ni pulak, dah lebih 10 kali fly dengan AirAsia ke destinasi dalam dan luar negara. Antaranya balik kampung Kuala Lumpur - Kelantan - Kuala Lumpur untuk beberapa kali, Trip ke Bali, Trip ke Macau, Trip ke Langkawi dan akan datang inshaAllah trip ke Siem Reap (Ogos-September) dan Trip ke Hatyai (Oktober). Uiks, ni kena rasuk ke apa? Itulah bila main klik klik je bila tengok tiket murah. Thank you AirAsia for being there for me. Now, everyone can fly!


Ok, next year 2016 agak-agak nak ke mana pulak ye? Jap, nak fikir. Kena buat research sikit nak tengok destinasi mana yang best untuk dikunjungi pada tahun 2016. Hermmmm. Google sana, google sini, tertarik dengan satu festival yang diadakan di China iaitu Harbin Ice and Snow Festival. Haa, mesti ada antara korang yang tak pernah dengar atau tahu kan? Kalau dah tahu, konpem ramai yang akan terkinja-kinja nak pergi nanti. Alang-alang dah bukak topik pasal Harbin Ice and Snow Festival ni, meh nak share sikit info. Unfortunately, flight ke Harbin takde. Jangan bersedih, ada alternatif lain untuk tengok festival yang seakan sama. Dan pastinya, AirAsia ada ke sana. Nak tahu kat mana? Jom, cekidout!!! 



 Beijing Longqing Gorge Ice and Snow Festival

Destinasi yang @penaberkala pilih untuk 2016 semestinya Beijing. Sebabnya? Kalau pergi ke Beijing dalam bulan Disember, Januari dan Februari, kita semua berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan Beijing Longqing Gorge Ice and Snow Festival. Festival ini merupakan antara festival yang paling popular di China. Pendek kata, kalau tak dapat pergi ke Harbin, dapat pergi ke sini pun dah memadai. Macam-macam arca dan seni ukir yang akan dipersembahkan dengan hanya menggunakan ketulan ais membentuk rupa manusia, haiwan, lanterns mahupun mythical beasts. Ada tiga tema utama iaitu ice lanterns, ice carving dan snow sculptures


Longqing Gorge terletak di antara dua puncak gunung dan terletak kira-kira 80km dari Beijing. Masa perjalanan dari Beijing ke Longqing Gorge lebih kurang 1 jam. Biasanya festival ini diadakan pada bulan Januari hingga Februari. Sounds good right? Kebetulan AirAsia Free Seats ada offer penerbangan ke Beijing bermula Februari - Ogos 2016. Jom lah kita skodeng tiket flight sampai dapat. Syiok nya kalau betul-betul dapat ke sana. Bukan dapat tengok festival tu je, malah berpeluang juga untuk pergi ke destinasi berdekatan seperti Badaling Great Wall, Shijinglong Ski Resort dan Badaling Ski Resort. Aish, tiba-tiba duk terbayang pakai jaket tebal sambil berguling atas salji. Wakakaka. One of my wishlist! 


Sedikit-sebanyak Info untuk korang yang plan nak ke Beijing dan menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan Beijing Longqing Gorge Ice and Snow Festival

Venue: 
Longqing Gorge Scenic Area (in the north of Gucun Village, Jiuxian Town, Yanqing acountry, Beijing 

Festival time: 
10 Jan - Feb 

Opening hours: 
17:00-22:00 (also can be visited in daytime) 

Entry tickets: 
RMB100, RMB50 (students), FREE for travellers under 12 

Transportation: 
Bus
Bus 919 dari Deshengmen bus terminal dan turun di Yingqing Country. Tukar bas 920 untuk ke Longqing Gorge 
S train
Naik S train untuk menuju ke Yangqing Country 
Drive 
Pandu di jalan Badaling expressway (Jingzang Expressway) dan keluar di exit 62, merentasi Yanqing Country dan National. 


Video Longqing Gorge Ice and Snow Festival 



Psssst. Kalau dapat ke Beijing untuk Longqing Gorge Ice and Snow Festival memang akan buat travelog video macam ni. Syok woo tengok. Penuh warna-warni.


Apa tunggu lagi? Jom la kita ke Beijing yok. Aiiiih, seronoknya kalau betul-betul dapat ke sana. Siapa rasa nak pergi Beijing? Jom kita plan pi sama-sama. Lagi ramai, lagi syiok.

Post a Comment

4 Comments

  1. RASA TAHUN 2016 NAK TRAVEL JE,TAPI NAK KELILING MALAYSIA DULU KOT,AIH BESTNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tahun 2015 ni dah banyak pi travel ke luar..
      2016 nak jelajah Malaysia balik. Jom Jom
      pergi ke pulau yang best-best

      Delete
  2. Kenapa bila tengok kat harga yg free seats tu murah ja tapi bila klik book in now lain beno harganya mcm mahal..camna sbenany nk booking untk free seats ni x brpa nk pndai sangat booking2 ni..ingatkan free x pyh byar..Ade perkongsian x..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau ada free seat, tak semua date dapat harga murah. Kena pandai pilih date. Kalau bernasib baik, dalam lah harga yang kaw-kaw murah. Memang kena cepat, sebab cepat habis. klu ada big points lagi best, boleh tebus guna points je utk dapatkan tiket

      Delete