Aku memang suka dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menguji minda. Tak kira lah outdoor ataupun indoor. Terbaru, baru dapat tahu outlet ke-2 BREAKOUT telahpun dibuka di NU Sentral, KL Sentral. Memang teruja bila dapat tahu, BREAKOUT NU Sentral memperkenalkan 7 bilik "ESCAPE" yang baru dan memang totally different dengan BREAKOUT Avenue K. Dulu pernah share mengenai pengalaman di BREAKOUT Avenue K. Dan sekarang, tak sabar nak pergi try BREAKOUT NU Sentral pulak. Siapa nak join? Jejom!
How to play BREAKOUT?
Korang pernah try tak BREAKOUT? Actually, BREAKOUT ni konsep dia lebih kurang sama dengan ESCAPE ROOM. Bezanya, BREAKOUT ni mengetengahkan tema ala-ala filem atau cerita sejarah bagi setiap bilik cabaran. Nak tahu cara nak join BREAKOUT? Cekidout!
- Buat satu team dalam 2-8 orang. Lagi ramai, lagi meriah.
- Pilih bilik "ESCAPE" mengikut tema yang disukai
- Pilih watak dan peranan
- Mulakan misi untuk keluar daripada bilik BREAKOUT dalam masa 45 minit
Majlis Grand Opening BREAKOUT NU Sentral
Baru-baru ni, aku sempat bertandang ke Majlis Granf Opening BREAKOUT di NU Sentral. Oh, sebelum terlupa, meh nak cakap awal-awal. BREAKOUT NU Sentral terletak di aras 4, bersebelahan dengan Celebrity Fitness. Memang lawa tempatnya. Time pergi Majlis Grang Opening tu, ramai juga lah jumpa dengan blogger-blogger otai macam Abang Nara dan Budiey and the gang. Antara barisan artis yang ada adalah Arjaa Lee. Selepas selesai majlis perlancaran, kami semua dibawa tengok kesemua 7 bilik "ESCAPE" yang ada. Perghhh, style habis semua bilik yang ada. Makin excited nak try.
Khai - Eazy - penaberkala
Behind the scene: Budiey Buddies
Antara rakan bloggers yang turut serta: Neyra
Bersama abang Nara (www.beautifulnara.com)
Bersama Arja Lee yang berkongsi pengalaman mencuba BREAKOUT!
Bersama orang kuat BREAKOUT, Ka Wai
Keunikan BREAKOUT
Mesti korang tertanya-tanya kan. Apa keunikan BREAKOUT? Bagi aku, jujur aku cakap aku suka dengan konsep yang BREAKOUT ketengahkan dalam setiap bilik "ESCAPE" mereka. Contohnya, untuk BREAKOUT NU Sentral, ada 7 bilik "ESCAPE" dengan tema menarik yang berbeza untuk diterokai iaitu:
- Terraform
- The Testament of Tesla
- Dreaddought
- The War for Rambrandt
- Materia Medica
- The Secret of Hocus
- Perpetual
Untuk info lanjut berkaitan dengan setiap bilik "ESCAPE" di BREAKOUT NU Sentral, boleh rujuk di blog Projek Travel (klik sini) Jom, kita tengok sedikit-sebanyak gambaran apa yang ada dalam setiap bilik "ESCAPE" di BREAKOUT NU Sentral. Apa yang pasti, aku yakin korang akan rasa excited bila tengok. Set up dia memang real!
Macam mana? Ada minat nak cuba? Hah, kalau diberi peluang untuk cuba BREAKOUT, agak-agak lepas tak nak meloloskan diri dalam masa 45 minit? Belum cuba, belum tahu kan? Moh la kita sama-sama pergi terjah BREAKOUT NU Sentral dan alami sendiri pengalaman "escaperience".
Info lanjut, boleh baca di BREAKOUT NU SENTRAL
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Telefon:
+603 21811835
Tempahan secara online:
Facebook:
Instagram:
Hashtag: #BreakoutKL #BreakoutMalaysia #BreakoutMY
Email:
0 Comments