Destinasi Ramadan 2015 edisi Buffet Ramadan diteruskan lagi. Kali ni, bukan di tempat-tempat biasa. Bukan juga di hotel-hotel. Lokasi kali ini agak unik, menarik dan memang da bomb! Nak tahu kat mana? Tak lain dan tak bukan di Restoran Asmara Penchala by Felda D'Saji. Apa yang unik dan menarik kat sini? Kena lah baca apa yang cuba aku kongsikan kat sini. Semoga perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat memberi idea dan cadangan untuk korang semua yang masih tercari-cari lokasi terbaik untuk berbuka puasa di Kuala Lumpur.
Persoalannya, pernah tak korang dengar mengenai Restoran Asmara Penchala? Kalau tak pernah dengar ataupun tahu, jom tengok apa yang menarik di Restoran Asmara Penchala. Kalau peminat Drama Akasia: Teman Lelaki Upahan, pastinya dah tahu kewujudan Asmara Penchala. Restoran ini merupakan lokasi utama penggambaran drama Teman Lelaki Upahan yang telah dijadikan restoran milik El.
Ok, back to topic. Dulunya, restoran ini pernah dikenali sebagai Bora Asmara, tapi sekarang lebih dikenali sebagi Asmara Penchala. Actually, ni first time aku sampai di Asmara Penchala. Jujurnya, bila jejakkan kaki dalam Restoran Asmara Penchala ni, memang WOW! Terpegun dengan dekorasi dan suasana kat sini. Lokasi berbuka puasa kali ni berkonsepkan dekorasi style Bali dan kontemporari. Lagi best, ambiance di Restoran Asmara Penchala ni agak tenang dan romantik.
Adakah ini Teman Lelaki Upahan yang anda cari? hehehe
Gong di pintu utama Restoran Asmara Penchala
Ok, back to topic. Dulunya, restoran ini pernah dikenali sebagai Bora Asmara, tapi sekarang lebih dikenali sebagi Asmara Penchala. Actually, ni first time aku sampai di Asmara Penchala. Jujurnya, bila jejakkan kaki dalam Restoran Asmara Penchala ni, memang WOW! Terpegun dengan dekorasi dan suasana kat sini. Lokasi berbuka puasa kali ni berkonsepkan dekorasi style Bali dan kontemporari. Lagi best, ambiance di Restoran Asmara Penchala ni agak tenang dan romantik.
Buffet Ramadan Felda D'Saji di Asmara Penchala
Menu Istimewa di Ansamara Penchala
Mesti korang tertanya-tanya, apa menu istimewa di Restoran Asmara Penchala kan? Ok, kalau nak tahu, antara menu yang disajikan di Buffet Ramadan Asmara Penchala by Felda D'Saji ini adalah gulai siput sedut, telur itik masak lemak, sambal hitam Pahang dan macam-macam lagi makanan Islam Nusantara yang pastinya memikat selera korang semua. Asmara Penchala juga ada menyajikan menu yang berlainan setiap hari. Untuk dipendekkan cerita, korang layan je lah eh gambar-gambar yang sempat aku rakam tempoh hari. Nah, tempek sini buat kenangan.
Antara menu yang sempat kami rasa tempoh hari adalah Nasi putih, ayam masak lemak cili padi, ayam goreng berlada, daging black pepper, daging masak Palembang, kari kambing dengan kentang, isi ikan masam manis, asam pedas ikan tenggiri/kembong/pari, sambal kupang, udang bali, telur itik masak lemak mangga muda, pajeri nenas, kangkung goreng belacan, dan sayur campur. Selain tu, paling best kami dapat rasa Nasi Beriani Gam. Perghhh, memang betul-betul POWER!
Nasi beriani gam , acar dan ayam masak lemak cili api
Aneka Kerabu
Selain sambal hitam Pahang, jangan lupa untuk merasai sendiri aneka kerabu iaitu Kerabu mangga, kerabu pegaga, kerabu taugeh, kerabu jantung pisang, kerabu sotong, kerabu selom, urab selom, dan urab pegaga
Western Station
Selain dari hidangan kampung yang sangat sedap, Buffet Ramadan di Asmara Penchala juga ada menyediakan makanan ala Italian di Italian Corner seperti Spaghetti Aglio, Spaghetti Carbonara, Seafood Kava, Ceasar Salad, Pasta Salad, Garden Salad, Waldong Salad, dan macam-macam lagi.
Laksa Station
Sup tulang rawan, sup ayam, cream of mushroom, roti putih, roti bun & portion butter.
Dessert Station
Steamboat Station
Fruits Station
Rojak buah dan jeruk
Aneka jenis minuman sejuk dan panas
Roti John, murtabak dan cucur
Ikan bakar, kambing bakar, dan wedges
Noodles Station
ABC Station
ABC Special
Memang puas hati dapat berbuka puasa kat sini. Masakan dia memang ada kick! Paling best bila dapat makan gulai telur. Favorite dari kecik-kecik lagi tu. Dapatlah lepas rindu kat kampung bila jumpa menu-menu ala kampung macam ni. Blurpppp. Alhamdulillah.
Kemudahan di Asmara Penchala
Restoran Asmara Penchala memang sesuai dipilih untuk dijadikan lokasi untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sekerja, jamuan pejabat, majlis kenduri kahwin dan majlis-majlis lain. Kalau plan nak buat jamuan ramai-ramai kat sini pun boleh, kapasiti sehingga 500-800 orang mampu untuk menampung tetamu yang datang. Lagi penting, kemudahan lengkap ada disediakan termasuklah tempat parking, surau dan pentas untuk persembahan live band. Kalau inginkan suasana yang lebih privasi, pihak Asmara Penchala juga ada menyediakan bilik tertutup yang berhawa dingin.
Ruang Makan di Asmara Penchala
Satu lagi tarikan utama di Asmara Penchala, kita bebas untuk memilih tempat makan sama ada nak pilih ruang makan terbuka, ruang makan tertutup berhawa dingin atau gazebo special yang pastinya dapat memberi mood romantik.
Ruang makan terbuka bersebelahan pintu masuk
Ruang makan berhadapan pentas Live Band
Gazebo untuk 2 orang
Gazebo untuk 6-8 orang
Ruang makan terbuka
Live Band
Alhamdulillah, kami berpeluang untuk berbuka puasa di Gazebo yang mampu menempatkan kami berenam. Perghhhhh, memang layan habis dapat duduk dan makan kat sini. Romantik gitu, hehe. Memang santai, memang relax. Rasa macam tak nak balik pun ada bila duk asyik bersembang dan makan-makan kat sini. Seriously, BEST!
Caj tambahan hanya RM50 untuk makan di Gazebo
Bersama rakan-rakan bloggers: Eazy, Onie, Khai, Mawardi dan Fauzi Aryaan
Agak-agak, macam ni la eh gaya orang candle light dinner. EH!
Terima kasih Chef dan semua kakitangan Felfa D'Saji dan Asmara Penchala!
Amacam, menarik ke tak Restoran Asmara Penchala ni? Aku yakin, mesti korang teruja nak pergi kan? Seriously, highly recommended untuk korang yang inginkan suasana yang relax dan santai sambil makan-makan bersama insan tersayang tak kira bersama family, kekasih hati mahupun sahabat handai. Kalau ada yang berhajat nak pergi, jangan lupa buat reservation awal-awal.
Untuk maklumat lanjut atau reservation, bolehlah hubungi:
Email:
Alamat:
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur
Google Map Direction:
GPS Coordinate:
3°9’35” N 101°37’16” E
Harga Buffet Ramadan di Asmara Penchala
Oh lupa nak inform, harga Buffet Ramadan di Asmara Penchala by Felda D'Saji ialah RM 59.00 nett seorang untuk dewasa dan hanya RM 35.00 nett untuk kanak-kanak.
Selain daripada Restoran Asmara Penchala, pihak Felda D'Saji juga mempunyai 3 lagi lokasi lain untuk Buffet Ramadan sepanjang bulan Ramadan iaitu:
Dewan Perdana Felda
RM79 nett untuk dewasa & RM42 nett ,untuk kanak-kanak
D'Saji KL Titiwangsa
RM75 nett untuk dewasa & RM39 nett untuk kanak-kanak
Restoran Felda Villa
RM69 nett untuk dewasa & RM39 nett untuk kanak-kanak
Buffet Ramadan di Asmara Penchala by Felda D'Saji
Psssst, jadi apa tunggu lagi? Jom jom, cepat-cepat booking dan buat reservation. Dengar kata, kalau buat reservation ramai-ramai boleh dapat diskaun. Betul ke? Korang cuba lah call sendiri tanya ye. Kami dah cuba, korang bila lagi. Apapun, selamat meneruskan Ramadan Al-Mubarak!
NOTA KAKI
Terima kasih kepada Encik Syaiful kerana telah memperkenalkan kami semua dengan lokasi yang memang ohsem untuk berbuka puasa. Terima kasih jugak kepada gang Projek Travel yang turut serta join untuk berbuka puasa beramai-ramai di Restoran Asmara Penchala. Maybe, next time boleh kita buat gathering pulak kat sini ye. InshaAllah! Next Destinasi Ramadan 2015 untuk edisi Buffet Ramadan di mana? Stay tuned!
2 Comments
Ada unsur2 mencarut dalam entry ni. Kuajaq
ReplyDeletehahahal, gurau je..caption adalah rekaan semata-mata :P
Delete