MYRYL WORKSHOP : WARNA & KERJAYA




Masih ingat gambar yang pernah aku kongsikan di laman instagram sebaik sahaja balik dari MYRYL Workshop: Warna & Kerjaya yang diadakan di Hotel Bangi Putrajaya baru-baru ni? Ya, itulah kisah benar hidup aku. Mungkin ramai yang tak tahu, sebab tak semua benda aku share di laman sosial especially soal kerja dan tempat kerja. Sampai sekarang, ramai yang masih tertanya-tanya, "Ko kerja apa sebenarnya? Tengok duk asyik travel ke sana sini je". Sebabnya, aku kurang gemar berkongsi soal kerja di laman facebook dan instagram tetapi jenuh gambar travel ke sana sini, wakaka. 


Walaupun aku tak share soal kerjaya di media sosial, itu tak bermakna aku tak happy atau berbangga dengan kerja yang aku ada sekarang. Actually, tak tahu nak share apa. Tak kan nak post gedabak gambar workstation dan selfie dengan file-file di office? Takpe lah, banyak lagi benda best boleh share kan, hehe. Ada benda menarik, nanti aku cuba share mana yang patut. Ok, back to our topic!


Maryam - penaberkala - Fauzi Aryaan


Jadi, seperti yang dijanjikan di instagram. Now, aku akan kongsikan serba-sedikit mengenai MYRYL Workshop: Warna & Kerjaya. Actually, sebelum aku datang ke workshop ni, ada juga terdetik dalam hati, "Berapa ramai agak-agak orang kat luar sana yang sanggup tukar kerjaya mereka daripada apa yang diorang belajar atau kelulusan yang dorang ada kepada pekerjaan yang dia buat sekarang?" Ni, taktik nak sedapkan hati dan cari gang lah ni, haha.


Tup tup, bila sampai sana dapat tahu speaker untuk workshop iaitu Puan Shuhada Alauddin adalah salah seorang daripadanya. Tapi, beliau lebih hebat. 11 tahun kerja sebagai lawyer, tiba-tiba buat turning point 360 degree untuk jadi personality development consultant. Beliau merupakan founder kepada MYRYL. Dengan kemahiran dalam colour therapy dan merupakan behavioral analysis expert, selayaknya beliau berada di depan kami semua sewaktu workshop tempoh hari. Dari situ, aku jumpa jawapan untuk soalan yang muncul dalam benak fikiran aku sebelum ni. Really fruitful session. Ermmm, agak-agak kalau aku jadi motivator sesuai tak? hahahaha. Berangan.


Sebelum aku share dengan lebih detail pasal workshop, apa kata kita berkenalan dulu dengan speaker of the day, iaitu Puan Shuhada Alauddin.



PROFIL 

Nama
Shuhada Alauddin

Asal
Alor Star, Kedah

Pendidikan
SM St. Nicholas Convent, Alor Star
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UiTM Shah Alam

Kerjaya
Pakar pembentukan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan

E-mel
ask.us@myrylpoint.net

Kebolehan
Membaca personaliti, mendaki dan memanah

Pencapaian
Bengkel pembentukan personaliti diiktiraf media dan pernah ke Jakarta atas jemputan korporat

Motto hidup
Always challenge yoursel

Sumber rujukan: Majalah Humairah Bil. 6



MYRYL WORKSHOP : WARNA & KERJAYA

MYRYL stands for Master Yourself Revamp Your Life atau disebut sebagai my-real. Kalau nak tahu,  MYRYL ni ditubuhkan oleh Puan Shuhada Alauddin sejak 3 tahun yang lalu dan merupakan antara syarikat pertama yang menawarkan kursus pembangunan personaliti melalui terapi warna dan analisis tingkah laku terutamanya untuk golongan yang berhasrat untuk menukar kerjaya. Fuh, memang cukup bertuah bila dapat berjumpa beliau personally dan join workshop tempoh hari. Mesti korang tertanya-tanya kan, "Apa kaitan warna dan kerjaya?". Haa, kalau nak tahu kena baca sampai habis.




“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often these people already have a steady career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a dream. So that’s what I’m trying to do here today; help them see and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer to their dream”
 -Shuhada Alauddin-


Kalau korang baca kata-kata dari Puan Shuhada, mesti korang faham kan? Kadang-kala, kita terperangkap dalam ruang masa untuk mengorak langkah dan menuju demi menggapai impian kita. Kita kerja dengan jawatan yang kita sandang sekarang, tetapi dalam masa yang sama kita rasa kurang happy dengan apa yang kita buat. Kita rasa kosong. Sometimes, kita rasa kita nak buat sesuatu yang lain yang lebih kita suka. Persoalannya, nak kekal di takuk yang sama atau mengorak langkah? Senario ala-ala The Road Not Taken seperti ini lah yang dapat kita rungkai kalau join MYRYL Workshop: Warna & Kerjaya.

 

Dalam Workshop Warna & Kerjaya tempoh hari, kami dibentangkan dengan 3 modul utama iaitu:
  1. Who Am I? - Kenali diri dan potensi diri dengan warna dan nombor
  2. Unlock & Unleash - Cara untuk mengatasi kekangan minda
  3. Walk The Talk - Aplikasi warna dalam kehidupan

Apa yang menarik dalam workshop kali ini, aku rasa penyampaian agak santai dan pengisian agak lain dari yang lain berbanding seminar/ workshop yang pernah aku join sebelum ni. It's fun! Paling best boleh belajar cara-cara nak tahu warna luaran, warna dalaman, nombor luaran dan nombor dalaman. First time dengar? Hah, kalau nak tahu details kena la join sendiri workshop ni.



"Macam mana cara nak tentutkan warna dan nombor?". "Adakah keputusan yang kita dapat tu betul dan tepat?". Jawapannya, mudah je. Hanya kita saja yang tahu apa yang kita nak. Contoh untuk tahu warna luaran, selepas sesi simulasi kita akan tahu warna luaran kita apa sama ada putih, pink, hijau atau biru. Sama juga dengan nombor dalaman. Kita akan dapat tahu nombor dalaman kita sama ada 1,2,3,4,5,6,7,8 ataupun 9. Warna luaran pula hanya boleh dihitung dengan menggunakan tarikh lahir. Setiap warna dan nombor ada maksud yang tersendiri. Dan definisi warna dan nombor sedikit-sebanyak dapat membantu kita mengenal diri sendiri.


Menerusi sesi workshop macam ni, aku dapat kenalpasti warna luaran aku adalah biru, nombor luaran adalah 5 dan nombor dalaman adalah 7. Dari situ, sedikit-sebanyak aku dapat kenali diri aku, ketahui potensi diri dan tak ketinggalan dapat tahu kelemahan diri. Berdasarkan analisis yang dibuat, kita cuba maximizekan kekuatan diri dan minimizekan kelemahan diri untuk menjadi orang yang lebih berjaya. Pucuk pangkalnya, kita kena kenal diri kita siapa dan dari situ kita cuba dapatkan penjelasan terperinci daripada orang yang lebih pakar. Dan melalui workshop Warna & Kerjaya ini, Puan Shuhada banyak membantu kami semua dalam memahami konsep warna dan nombor dalam mempengaruhi kehidupan kita. Korang tahu tak? Setiap hari pun ada warna tertentu. Aku pun baru tahu, wakakaka. Nak tahu, boleh baca dalam blogpost sebelum ni (klik sini).




Walaupun workshop 4 jam, dari pukul 9 pagi sampai 1 tengah hari, tapi rasa macam kejap je. Rasa excited nak dengar dan nak tahu lebih banyak benda lagi. Tapi, nak buat macam mana kan? Masa amat mencemburi kami semua. Nasib baik ada DVD Warna & Kerjaya. So, boleh la sambung tengok kat rumah. Nanti dah habis tengok, I'll share on my blog ya. Stay tuned! 


Btw, terima kasih banyak-banyak kepada abang Ben Ashaari dan Kelab Blogger Ben Aashaari kerana sudi menjemput ke workshop yang ohsem ni. Tiba-tiba, lepas join workshop ni rasa lebih bersemangat. Mungkin sebab dah lama kot tak dapat suntikan motivasi macam ni, hehe. Doakan aku berjaya ye dalam kerjaya dan apa jua bidang yang diceburi :)


Jadi, bagi korang yang berminat untuk menyertai MYRYL Workshop: Warna & Kerjaya, tidak kira lah untuk diri sendiri ke, untuk pelajar-pelajar di sekolah mahupun di universiti, untuk staff-staff di pejabat ataupun untuk sesiapa saja, bolehlah hubungi pihak MYRYL seperti maklumat yang tertera di bawah:

Website
 
Email
 
Instagram
@myrylpoint

Facebook

Post a Comment

0 Comments