Buffet Ramadan 2015 : PICC, Putrajaya

PICC Raikan Anak-anak Yatim, Miskin & Asnaf


Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk hadir dan turut serta dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama anak-anak yatim, miskin dan asnaf YAKIN Malaysa di PICC, Putrajaya. Seramai 100 orang kanak-kanak dari YAKIN Malaysia (Badan Kemajuan Insan Malaysia) diraikan di majlis tersebut. Aku memang happy bila tengok riak wajah adik-adik kecil senyum lebar bila diraikan macam ni. Tahniah kepada pihak PICC kerana berjaya mengadakan program CSR seumpama ini. Keep it up!



Selain diraikan dalam majlis berbuka puasa, adik-adik yang berusia dalam lingkungan 7 tahun hingga 9 tahun ini juga diberikan sumbangan duit raya dan berpeluang untuk melihat sendiri prasarana dan dewan-dewan yang terdapat di PICC. Mesti best kan? Bertuah adik-adik ni semua. Abang dulu, umur 17 tahun baru jejak kaki di PICC yang tersergam indah ni, hehe.



Mereka juga turut menerima donut sumbangan Dunkin Donuts yang merupakan salah satu rangkaian restoran di PICC. Semoga usaha murni seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. InshaAllah!


Antara rakan-rakan yang turut serta hadir memeriahkan majlis adalah Razy, Dikbee, Zulhilmi Tempoyak, Fauzi Aryaan, Rawlins dan abang Ben Ashaari. Jom tengok sedikit-sebanyak rakaman sepanjang majlis berlangsung! Cekidout


Video Buffet Ramadan di PICC, Putrajaya




Buffet Ramadan di PICC: Juadah Tradisi

Alang-alang dah datang berbuka puasa sempena majlis meraikan adik-adik dari YAKIN Malaysia, aku terpanggil untuk berkongsi tentang Buffet Ramadan di PICC yang berkonsepkan Juadah Tradisi. Bermula dari 20 Jun 2015 dan akan berakhir pada 15 Julai 2015, pihak PICC membawakan tema "Warisan Budaya Hidangan Tradisi". Memang meriah, macam-macam ada. Meh meh tengok apa yang menarik tentang Buffet Ramadan di PICC Putrajaya!


Western food: Spaghetti


ABC dan Ais Jagung


Antara menu utama yang menjadi tarikan pengunjung adalah gulai tunjang, briyani PICC, kambing panggang, ayam panggang pedas pucuk paku, rendang paru, sambal goreng jawa dan macam-macam lagi hidangan menarik yang menanti korang semua.


Antara tema yang diketengahkan adalah kecur liur, aneka keropok, jeruk pak ali, aneka panggang, kawah warisan, sejuk badan, kebun buah pak Rusmie dan Haus.


Somtam


Apam Balik


Kambing Golek


Beriani PICC


Kawah Warisan: Gulai kawah


Kebun buah Pak Rusmie

Aku paling suka somtam, kambing golek dan beriani PICC. Memang kaw-kaw sedap. Opps lupa nak bagitau, kerang bakar pun ada. Memang torbaik!


Selain aneka jenis menu, ada alunan bacaan al-Quran di pentas utama ketika berbuka puasa. PICC juga menampilkan Rosma AF untuk menghiburkan semua para tetamu selama sebulan di bulan Ramadan dengan alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan Ramadan.


Nak tahu apa lagi yang menarik kalau berbuka di Cafe PICC? Korang semua akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama duit raya tunai sebanyak RM3,000 dan hadiah sampingan lain yang bernilai lebih RM10,000. Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu ke-dua di bulan Syawal di laman facebook PICC.


Bacaan ayat suci al-Quran


Bersama warga PICC dan Team Projek Travel

Bersama Rosma AF


Bersama Khai AF


Jadi, bagi korang yang masih lagi tercari-cari loksai buffet Ramadan, apa kata datang ramai-ramai ke Cafe PICC, Putrajaya. Kalau plan nak datang berbuka puasa di PICC, boleh hubungi 03-8887 6162.


Bersama Kumari dan team Projek Travel


Kalau ada kawan-kawan yang nak adakan majlis berbuka puasa atau rumah terbuka Aidilfitri untuk kompeni masing-masing, boleh hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau e-mel kumari.nahu@picc.com.my


Untuk maklumt lanjut mengenai Buffet Ramadan di PICC, Putrajaya atau nak tahu lebih details tentang apa-apa acara dan pakej yang ditawarkan oleh pihak PICC, boleh layari:

Website

Facebook

Instagram


Twitter
@PICCMalaysia
  


NOTA KAKI
Tukang ajak kali ini adalah gang Projek Travel. Terima kasih juga kepada Kumari and team di PICC kerana sudi menerima kehadiran kami. Sampai kita ketemu lagi ye di masa akan datang. Sekian saja coretan untuk kisah berbuka puasa di PICC Putrajaya. Destinasi Ramadan 2015 untuk edisi buffet Ramadan seterusnya kat mana? Tunggu!!!

Post a Comment

0 Comments