IFTAR BERSAMA LION CLUB DAN NATIONAL KIDNEY FOUNDATION DI KLANG PARADE

Pernah dengar tentang Klang Parade? Pernah pergi ke Klang Prade? Oh, sebenarnya ini first time aku ke sana untuk memenuhi satu jemputan untuk berbuka puasa. Mula-mula tu, confuse jugak. Kat mana ye Klang Parade? Then, lepas google baru tahu lokasi sebenar Klang Parade. Ok, it's time to visit Klang Parade. Here we go!


TIPS

Lokasi Klang Parade
Kereta: Waze - Search "Klang Parade"

Public transport ke Klang Parade
KTM: Naik KTM di mana-mana stesen dan tuirun di KTM Klang
Teksi: Naik teksi dari KTM Klang ke Klang Parade (Tambang: RM15-RM17)



Klang Parade merupakan satu-satunya shopping mall yang tersohor di kawasan Klang. Terletak di Jalan Meru, Klang Parade menjadi tarikan orang-orang Shah Alam untuk datang membeli-belah selain penduduk setempat di Klang. Dulunya, Klang Parade agak terbiar dan tidak dikenali ramai. Namun kini, segalanya telah berubah. Klang Parade kini tampil dengan senibina baru yang lebih menarik dan canggih. Jadi, orang-orang Klang dan Shah Alam, jom ramai-ramai ke Klang Parade


Klang Parade


INFO
Klang Parade lengkap dengan pelbagai jenis kedai berjenama, panggung wayang dan macam-macam lagi. Untuk tengok nama-nama stores yang ada di Klang Parade, boleh klik sini:


Pentas utama Klang Parade



Iftar Bersama Lion Club dan National Kidney Foundation di Klang Parade
Klang Parade dengan kerjasama The Lion Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKFM) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pesakit buah pinggang dan keluarga untuk meraikan mereka sempena hari raya yang bakal kunjung tiba. Mereka diraikan dengan membeli-belah kelengkapan hari raya dan dijamu dengan juadah untuk berbuka puasa di main centre Klang Parade.


Dina Nadzir meraikan keluarga yang menghidap penyakit buah pinggang


Selain mendapat sumbangan baju raya dan jamuan berbuka puasa, mereka juga diraikan dengan pemberian duit raya. Memang seronok bila tengok muka-muka ceria mereka yang diraikan. Mudah-mudahan, raya mereka tahun ini lebih bermakna. Semoga usaha murni seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Artis Undangan

Antara artis undangan yang turut serta memeriahkan majlis adalah Baki Zainal selaku hos serta Aesar Mustafa dan Dina Nadzir sebagai penyanyi jemputan.

Wefie bersama Dina Nadzir


Wefie bersama Aesar Mustafa


Kemeriahan Majlis Berbuka Puasa di Klang Parade

Apa yang lagi best, bila datang ke majlis-majlis macam ni akan jumpa dengan rakan-rakan bloggers yang lain.Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni, memang meriah.


Wefie bersama rakan bloggers


Bersama team Projek Travel di Klang Parade


Yaya - Yanty - Lan Careno - Mawardi - Onie - Fatin Bella - Taufiq Nazli



First time bergambar dengan kak Rara bersama suami dan puteri kesayangan


Bloggers at Klang Parade


Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan ke majlis berbuka puasa bersama penghidap penyakit buah pinggang, Klang Parade management, The Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKFM). Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Hulurkan tangan, ringankan beban.


Untuk korang yang teringin nak ke Klang Parade, boleh dapatkan info berkaitan Klang Parade seperti di bawah:


Alamat Klang Parade
2112, KM2 Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia

Nombor Telefon
+603-3343 7889

Facebook:

Instagram

Post a Comment

2 Comments