Kebiasaanya, bila tiba hari Jumaat, minda berputar ligat. Nak ke mana
hujung minggu ni? Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana? Hah,
semua soalan terpacul kat kepala otak. Gara-gara excited nak sambut
kedatangan weekend punya pasal. Ye lah, Isnin hingga Jumaat, dari pagi sampai petang
penat bekerja. Bila muncul Sabtu dan Ahad, memang happy. Yippi! Inilah masanya
untuk bersenang-lenang dan berehat. Work-life balance katakan. Hidup kalau stress pun, tak guna jugak kan? So, time weekend macam ni lah nak
chill dengan member-member. Janji happy :P
Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza
Untuk weekend kali ni, aku pergi jalan-jalan cari makan di Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur bersama housemate, Danish dan rakan-rakan blogger iaitu Neyra dan Maryam. Sambil makan-makan, sambil lepak santai. Oh ya, kalau nak tahu, Restoran Itali Capricciosa ni baru saja membuka outlet yang ke-3 di Malaysia iaitu di Sunway Putra Mall (berdekatan PWTC). Untuk outlet Capricciosa di Pavilion, korang boleh cari di aras 1 (berhadapan Restoran Tarbush). Korang tak payah ragu-ragu, Capricciosa adalah restoran Itali yang mendapat sijil pengiktirafan HALAL daripada JAKIM.
Danish - Neyra - penaberkala - Maryam
Hah, inilah dia muka-muka excited nak try makan makanan Itali di Restoran Capricciosa. Actually, ni first time aku nak try makan di Restoran Capricciosa. Jadi, excited tu lebih la sikit kan? Bukan main lama duk belek-belek menu semata-mata nak intai-intai menu apa yang special di Capricciosa ni selain pizza dan pasta. Jangan panik, kalau korang keliru nak order apa masa belek-belek menu tu. Aku pun konpius nak order apa actually, nampak semua sedap-sedap je. Dah la first time kan? Takpe, kita layankan je. Cekidout!
Aneka jenis minuman
Untuk permulaan, meh kita pilih minuman. Macam-macam jenis air minuman ada. Tengoklah, macam-macam color ada atas meja kami. Masing-masing tak nak kalah dengan pilihan air masing-masing, haha. Apa yang kami order? Danish pilih Tea Lychee, Neyra pilih Citrus Mint, Maryam pulak pilih Lychee Pop dan aku pilih Mango Lychee.
Tea Lychee, Citrus Mint, Mango Lychee, Lychee Pop.
Nin dia rupa air minuman yang kami order. Amacam, korang terliur tak tengok? Dari kiri, Tea Lychee, Citrus Mint, Mango Lychee dan Lychee Pop. Semua air macam ni berharga RM11.90. So, minuman dah sampai. What's next? Sah sah la, kami order makanan pulak. Jom tengok, apa yang kami order di Restoran Itali Capricciosa.
Ocean Platter ( RM69.90)
First, kami order Ocean Platter. Kalau nak tahu, hidangan macam ni sesuai untuk 2-3 orang makan. Apa yang ada dalam hidangan Ocean Platter? Macam-macam ada. Korang boleh rujuk info kat bawah. Harga untuk hidangan Ocean Platter macam ni adalah RM69.90. Apa yang menarik tentang hidangan ni? Definitely portion yang agak besar untuk dikongsi bersama kengkawan. Sharing is caring :)
INFO
Ocean Platter
2-3 person sharing
Creamy Garlicky Salmon
Calamari Fritto
Black Mussels
Rice Croquette
Capri Superstar Pasta
Mixed Veggies
Add-on
Tiramisu RM6 (Normal Price: RM11.90)
1 Litre Pitcher Capri Soda RM12 (Normal Price: RM22.90)
Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black Mussels, Rice Croquette,
Capri Superstar Pasta, Mixed Veggies
Tudia! Lagi sekali muka terlebih eksited. Alhamdulillah, licin satu dulang kami berempat baham. Dalam banyak-banyak menu dalam hidangan Ocean Platter ni, aku paling suka Capri Superstar Pasta. Sos dia, perghhh! Memang mantap. No wonderlah kan, Restoran Capricciosa ni terkenal dengan sos homemade yang sedap. Sos ni mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk siap. Dan untuk sos Capri Superstar Pasta ni, mereka guna sauteed garlic dan blackpepper.
Tak cukup dengan Ocean Platter, kami tambah order. Tadi dah try pasta, kali ni kami teringin sangat nak try pizza Itali di Capricciosa. Dan pizza yang kami pilih adalah Pizza Capricciosa. Apa yang istimewa sangat tentang Pizza Capricciosa ni? Jom, kita tengok.
Pizza Capricciosa
Pizza Capricciosa ni aku suka. Sebabnya, rasa dia memang sedap dengan crust yang nipis dan topping yang agak simple tapi padat dengan streaky beef, beef pepperoni, mozzarella cheese, mushroom dan bell pepper. Harga untuk pizza yang kami order ni iaitu size personal 9' adalah RM17.90. Kalau nak yang lagi besar, boleh order size family 12' dengan harga RM27.90.
INFO
Pizza capricciosa is a style of pizza in Italian cuisine prepared with mozzarella cheese, beef pepperoni, mushroom, artichoke and tomato. Types of edible mushrooms used may include cremini, white mushrooms, and others
Sebagai penutup tirai, kami tak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri dessert di Capricciosa. Alang-alang dah sampai kan, why not kita try mana yang ada. Totally, ada lebih kurang lima dessert di Capricciosa. Plan nak try semua kelima-lima iaitu Mascarpone Tiramisu (RM11.90), Chocolate Brownie (RM11.90), Gelato (RM4.90), Panna Cotta (RM5.90) dan Affogato (RM9.90). Malangnya, Mascorpone Tiramisu dan Panna Cotta dah habis. So, kami sempat try tiga jenis je lah. Layan....
Chocolate Brownie (RM11.90)
Gelato (RM4.90)
Affogato (RM9.90)
Antara ketiga-tiga dessert yang kami try, aku paling suka Chocolate Brownie (RM11.90) sebabnya kek coklat dia sedap. Kek coklat yang ada kacang, then dimakan bersama ais krim. Fuh, marvellous! Nampak gayanya, next time kena datang lagi untuk try 2 jenis dessert yang dah habis tu, keh3.
Promosi Hebat di Restoran Itali Capricciosa Malayia
Good news kepada korang semua, sekarang ni pihak Capricciosa Malaysia sedang mengadakan promosi hebat di kesemua outlet Capricciosa. Potongan 50% untuk kesemua hidangan yang adalam dalam menu kecuali set promosi. Amacam, menarik kan? Hah, korang tunggu apa lagi. Time camni la nak try serbu Restoran Itali Capricciosa ramai-ramai.
Capricciosa promotions: Click here!
Chop chop! Korang kena cepat. Promosi diskaun 50% ni tak lama. Cuma 4 hari! Bermula 13 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015 sahaja. So, weekend ni tak tahu nak pergi makan mana? Apa kata korang try hidangan superb di Capriciossa. Diskaun 50% tuuu, banyak jimat wooo.
50% OFF Everything!
Sempena bulan kemerdekaan, pihak Capricciosa juga ada menyediakan menu istimewa iaitu Capri's Merdeka Platter. Apa yang special dengan hidangan ni, siap ada lobster woo. Hanya RM58 nett untuk hidangan 2-3 orang bermula 1 Ogos 2015 sehingga 31 Ogos 2015.
Capri's Merdeka Platter
Kalau nak tahu info dengan lebih lanjut, korang boleh je pergi ke outlet-outlet Capricciosa yang berdekatan. Tak pun, korang layari laman web atau facebook Capricciosa seperti yang ada kat bawah ni ha. Apapun, aku nak ucapkan selamat mencuba dan have a nice weekend!
Outlet Capricciosa:
Capricciosa Pavilion, Kuala Lumpur
Capricciosa Sunway Pyramid
Capricciosa Sunway Putra Mall
Capricciosa Sunway Pyramid
Capricciosa Sunway Putra Mall
Website:
Facebook:
2 Comments
menarik!..makanan pun sedap semuanya
ReplyDeletejemput singgah Blog MaisarahSidi.com
perghhhh piza diaaaa
ReplyDelete