TIPS PENTING UNTUK KE CAMBODIA DAN VIETNAM

Tips penting untuk ke Cambodia dan Vietnam? Ya, itulah yang aku tercari-cari untuk trip kali ni. Alhamdulillah, itinerari untuk 8 hari 7 malam ke Siem Reap, Phnom Penh, dan Ho Chi Minh dah pun siap. Tinggal nak fly je nih dari Kuala Lumpur ke Siem Reap, Cambodia. Maklumlah, first time nak pergi ke sana. So, excited dan nervous bercampur baur.




Relax brader, brader relax. Untuk meleraikan segala kekusutan, aku pun try lah tweet untuk tanya tips dan tricks di Cambodia dan Vietnam daripada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman di twitter especially gang @BackpackingMY


Ok, memandangkan tips yang dorang bagi agak menarik dan bermanfaat, why not aku share dengan korang pulak kan? At least, sedikit-sebanyak dapat membantu korang yang berada dalam situasi macam aku sekarang. So, let's check it out apa tips penting yang mesti kita tahu dan ingat kalau nak ke Cambodia dan Vietnam.



Fish Amok
Ada yang cadangkan makan fish amok. Fish amok tu apa aku pun tak tahu. Bila aku google, baru tahu fish amok tu merupakan antara menu terkenal di Siem Reap, Cambodia. Fish amok merupakan kari ikan tradisional kat sana. Tapi, make sure kalau nak try makan kena cari yang betul-betul halal.


Fridge Magnet di Angkor 
Orang kata, kalau pergi melawat Angkor Wat dan temples dalam Angkor Complex, akan ada kanak-kanak yang follow suruh beli fridge magnet. Mereka dari keluarga yang susah. Pagi pergi sekolah, petang meniaga di Angkor temples. Kalau rasa kasihan, belilah fridge magnet sambil menderma.


Harga tuk-tuk
Pastikan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang terendah. At least tahu range harga untuk elak daripada ditipu. Contohnya, untuk perkhidmatan tuk-tuk untuk Angkor tour.


Air minuman
Bawa air minuman sepanjang sesi Angkor tour. Memandangkan cuaca agak panas di kawasan tersebut, kita akan cepat dahaga. So, just stand by dengan air mineral siap-siap.



Tukar duit USD
Kalau nak ke Cambodia, better tukar USD dan bukannya mata wang Riel. Pastikan duit USD yang dibawa berada dalam kondisi yang elok.


Banyakkan duit 1 USD
Tukar duit USD kepada nilai yang kecil seperti 1 USD untuk membayar kos pengangkutan dan nilai bayaran yang kecil-kecil. Boleh tukar di kaunter pengurup wang seperti di NU Sentral atau Mid Valley.


Air tebu limau
Ini lagi satu yang menarik. Kalau datang ke Cambodia, kena try air tebu limau. Kat mana? Apa rasa? Haa, yang tu kena pergi try sendiri.



Aktifkan kad ATM CIMB
Pastikan kad ATM CIMB diaktifkan untuk memudahkan urusan transaksi di sana especially time kecemasan atau keadaan terdesak.


Tarikan di Phnom Penh
Tempat-tempat menarik di Phnom Penh boleh dilawati dalam masa satu hari.



Bekalan makanan
Bawa makanan seperti roti dan biskut untuk isi perut sendiri selain untuk bagi kepad kanak-kanak yang gigih menjual souvenirs di Angkor Complex



Sunrise & Sunset di Siem Reap
Jangan lepaskan peluang untuk menyasikan sendiri keindahan sunset di Angkor Wat dan sunset di Tasik Tonle Sap.


Harga tuk-tuk untuk sehari
Menurut salah-seorang member di twitter, dia cakap tuk-tuk boleh dapat around USD13 untuk sehari ke mana saja nak pergi. Ok, boleh take it as benchmark.


Kes tipu
Kena hati-hati dengan kes penipuan. Especially di Siem Reap dan Ho Chi Minh. So, be carefull!


Restoran halal di Ho Chi Minh
Banyak kedai halal di kawasan sekitar dan berdekatan dengan Ben Thanh market.


Rasanya, itu saja tips penting untuk ke Cambodia dan Vietnam oleh kengkawan di twitter. Apapun, terima kasih banyak-banyak untuk perkongsian korang. Semoga bermanfaat kepada semua yang mencari info dan tips ke Cambodia dan Vietnam.


Apapun, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Sampai kita bertemu lagi dalam blogpost yang akan datang. So, sesiapa yang ada lagi tips dan tricks yang lagi hebat dan menarik untuk dikongsi, just drop your comment ya. Thank you :)

Post a Comment

28 Comments

  1. kalau pergi cambodia jgn sesekali mandi di tonle sap haha...nanti kene sap dgn ikan buntal piranha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tips paling WIN!
      Nanti lemas kat tonle sap, susah

      Delete
  2. TIP plg bagussss SIAL BAWAK Sizzling Suzai sekali!!! HAHAHAHAH

    ReplyDelete
  3. OMG OMG i typo!!!!! tips plg bagus BAWAK SIZZLINGSUZAI bkn s*** goshh HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. semoga bermanfaat
      Nanti akan update lagi tips lain consider our experience there

      Delete
  5. terbaik dari orang yang ke sana dulu sebelum aku hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips ke Ho Chi Minh
      - nak lintas jalan kena hati kental
      - nak makanan halal murah pergi Hajah Basirah (restoran lama yang takde aircond)
      - nk beli-belah di night market, sila tawar sebaik-mungkin
      - ambil map di hotel/ hostel untuk buat city tour

      Delete
  6. Bagus tip yg tuan berikan....terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama

      Semoga bermanfaat untuk sape saja yang tengah mencari info pasal Cambodia :)

      Delete
  7. Maaf tanya, boleh share itinerary tak?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya? Kalau dari Siem Reap to Ho Chi Minh perlu Visa? Or just use our Malaysian passport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu visa. Just guna passport kita je. Conductor bus akan uruskan pasal passport. Bagi je kat dorang nanti

      Delete
  9. Doakan pcik n mcik ni kami nk ke sana minggu depan, rase takut pon ade, berani2kan diri je semoaga Allah melindungi, terima kasih banyak2 tips yg anak2 beri tu, terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Semoga selamat semuanya..
      Sama-sama, semoga bermanfaat :)

      Delete
  10. aimanzafir@gmail.com

    boleh share itnary?

    ReplyDelete
  11. Salam.boleh share itenary? nasigmaz@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Hi, boleh share itinerary tak?
    amirulelhamx@gmail.com

    Thanks

    ReplyDelete
  13. boleh share itinerary?
    aleepn8@gmail.com

    ReplyDelete
  14. boleh share itinerary?
    aaini88@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..boleh share itinerary..sgt2 mbantu..thanx..��..cceydah@yahoo.com.my

    ReplyDelete