10 fakta menarik tentang Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack, Melaka yang perlu korang tahu sebagai lokasi pilihan terbaik jalan-jalan cari makan. Fuuuh. Baca tajuk pun dah berpeluh kan? hahaha. Tiba-tiba, panjang pulak tajuk kali ni. Ok, actually aku baru saja balik dari percutian singkat di Melaka selama 3 hari 2 malam. Jadi, selain melawat tempat-tempat menarik di Melaka, kami sempat singgah makan-makan. Kali ni, aku nak share tentang satu lokasi menarik untuk lepak santai di Melaka. Cekidout!
Lokasi yang dimaksudkan adalah Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack. Mesti korang tertanya-tanya kan? Kenapa sampai dua-dua sekali kedai makan yang kami singah? Ini jawapannya. Kedua-dua cafe ini berada dalam premis yang sama. Konsep 2 in 1, nak makan order dengan Billionaire's Concept Cuisine dan kalau nak minum order dengan Grind Shack. Bergabung, meletop!
Hasil daripada pengalaman aku sendiri bersama rakan-rakan Projek Travel pertama kali sampai di sini, secara ringkas dan tuntasnya, dapat aku simpulkan 10 sebab kenapa cafe ini menjadi pilihan terbaik di Melaka. Here we go!
1. Lokasi mudah diakses
Lokasi Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack ni memang mudah untuk dicari. Landmarknya berdekatan dengan AEON Bandaraya. Nak mudah lagi, search je dekat waze, confirm akan jumpa. To be exact, lokasi cafe ni betul-betul bersebelahan dengan ApiApi iaitu restoran steamboat dan grill yang terkenal di Melaka.
Billionaire's Concept Cuisine
8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400, Melaka.
Grind Shack
6-1 Jalan Lagenda 6 Taman 1 Lagenda 75400 Melaka
Contact no
013-201 8282
2. Diiktiraf Halal dan harga berpatutan
Cafe ini milik bumiputera dan diusahakan oleh orang Islam. Lebih membanggakan, diuruskan oleh anak-anak muda tempatan. Salute! So, tak perlu risau soal status halal. Dari segi penyediaan makanan, supplier dan lain-lain, semuanya dijamin dari sumber yang halal. Why not makan di cafe yang diiktiraf halal macam ni daripada spend duit banyak-banyak makan di restoran-restoran western yang belum tentu diiktiraf halal? Elakkan yang syubhah, carilah yang halalan toyyiban. Jawapannya, ada di sini. Jom, cuba! Apa yang penting, diiktiraf halal dan harga yang berpatutan.
3. Western food yang tip-top
Menu-menu yang ditawarkan oleh Billionaire's Concept Cuisine memang menggiurkan. Dari segi presentation, rasa dan portion, memang tip-top. Dari segi menu pulak, memang banyak pilihan. Snack ada, pasta ada, grilled ada, meatball ada dan pendek kata macam-macam ada. Plih je mana yang berkenan dan yang kena dengan selera. So, for you guys yang tak pernah sampai ke sini, kat bawah ni, I'll share a few dishes yang sempat kami rasa tempoh hari.
Salmon Grilled
Grilled Chicken Chop
Lamb Shoulder
Carbonara Beef
Meatball
Tortilla Chips & Cheese
Bruschetta
Aneka jenis kek
Jujurnya, banyak lagi menu-menu yang best. Korang boleh la datang dan cuba sendiri western food kat sini. Memang setanding dengan western food di restoran-restoran terkemuka yang lain. Malah, jauh lagi murah.
Selain western food yang tip-top, Grind Shack pula tampil dengan variasi kopi yang umphhh. Cafe yang sesuai untuk dijadikan lokasi mengopi bersama famili dan kawan-kawan ini menawarkan beberapa jenis minuman berasaskan kopi seperti hazelnut, mocha dan lain-lain.
Dekorasi simple dan menarik
Hazelnut - Cafe Mocha - Hot Chocolate
Untuk yang tak berminat atau kurang gemar minum kopi, don't worry. Grind Shack ada menyediakan minuman lain seperti chocolate, hazelnut, juice dan fresh drink yang mampu membangkitkan selera korang.
Caramel Macchiato Iced - Cafe Mocha Iced - Lychee Rasberry
5. Ice cream special
Satu lagi keistimewaan dan speciality di Grind Shack adalah ice cream special. For your info, ice cream di Grind Shack ni memang homemade yang disediakan dengan resepi sendiri. Tekstur yang lembut dan mulus, presentation yang memikat selera dan rasa yang kababoom, akan buat korang meronta-ronta nak order lagi.
Honey Bae - Caramel Sutra
6. Free wifi
Menurut crew Grind Shack, ice cream paling top yang laris dijual kat sini adalah Honey Bae dan Caramel Sutra. So, kami pun tak fikir panjang. Terus excited order dua jenis ni. Tu dia, siap ada pop corn lagi tu. Marvelous!
Untuk kaki online dan sesiapa yang susah nak berenggang dengan internet,
don't worry sebab kat sini ada menyediakan free wifi. Lokasi terbaik
untuk students yang nak buat discussion, meeting and so on. Lokasi
terbaik untuk business meeting. Dan lokasi terbaik untuk lepak santai
bersama kawan-kawan. Highly recommended!
Alang-alang dah dapat wifi free tu, apa lagi. Online la facebook, instagram dan twitter. Jangan lupa, upload gambar makanan dan moment best korang kat sini dengan menggunakan hashtag #GrindShack dan #BillionairesConceptCuisine
7. Cafe hipster yang unik
Jujurnya, aku tertarik dengan penampilan ringkas dan bersahaja cafe ni. Orang kata, cafe hipster. Interior design yang artistik dan penggunaan kerusi dan meja nostalgik, mencuri perhatian ssesiapa saja yang pertama kali datang ke sini. Ya, termasuklah kami semua. Contohnya, guna kaki mesin jahit untuk buat meja. Korang pernah jumpa? Haa, kalau tak pernah jumpa, boleh pergi tengok sendiri di Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack sekarang! Definitely, kita boleh label tempat ni sebagai cafe hipster yang unik.
8. Ruang lepak yang selesa
Selain dijadikan tempat makan-makan dan minum kopi, cafe ni juga sesuai untuk lepak santai. Ruang yang agak besar dan selesa serta pilihan seat yang pelbagai, semestinya memberi keselesaan untuk setiap pengunjung. Kalau nak privacy, haa carilah lokasi di bucu-bucu macam kami ni, hehe.
Mereka menyediakan dua ruangan utama iaitu smoking area dan juga indoor.
So, boleh pilih mana satu yang korang suka. Kalau rasa kalah bab hidu asap
rokok atau asap vapor, better korang pilih seat kat dalam. Boleh chillax tanpa gangguan.
9. Cozy ambiance
Feel bila berada di cafe Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack ni memang chill and relax. In other word, they offers cozy ambiance. Makan dah la sedap, tempat pulak best. Memang wow! Rasanya, kalau dapat bertapa kat sini lama pun ok.
Ehem! Untuk korang yang nak menghargai orang tersayang, tak kiralah isteri ke, tunang ke, girlfriend ke, bolehlah bawa dorang makan-makan kat sini. Boleh feeling romantik sambil menikmati makanan dan minuman yang best dan suasana persekitaran yang menenangkan.
10. Crew yang sporting
The most important thing, crew kat sini sporting habis. Service dorang memang boleh dipuji. So friendly dan helpful. So guys, if you are there, jangan lupa ajak dorang wefie sekali macam ni. Awesome kan? Hahaha. Dah, boleh balik dan simpan buat kenangan. Aku harap, next time bila datang Melaka I'll drop by again here.
Ok, sampai di sini saja perkongsian untuk kali ni mengenai 10 fakta menarik tentang Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack. Kalau korang rasa berminat untuk datang bertandang ke sini, jangan lupa cekidout laman social media mereka di:
Instagram
Instagram
Klik Sini untuk menonton video ringkas Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack
16 Comments
Wahhh dah lama tak gi melaka, boleh singgah ni nanti berkesempatan gi sana...
ReplyDeleteHaaa, kalau fifie pergi Melaka nanti, jangan lupa singgah tau
DeleteWaze je cari Grind Shack
seriussssssssssssss ! Susah nak cari cafe hipster yang bukan saja lawoooooo ! tapi makanan dia tip top gila,lelagi steak dia,hadoiiiiiii...mengidammmm! lychee rasberry pun sedapppppppppp.... fresh je minum . Aiskrim! first time makan aiskrim yang sedap macam ni ! Yang popcorn serius best gila! adoiiiii,tak reti dah nak komen cane, semua puas hati ! Nanti memang nak singgah lagi ah kat sini bila p melaka.....
ReplyDeleteAis krim tu guna pop corn Garrett kot, tu yang meletops!
Deletesuka konsep kedai ni, makanan tip top, minuman pun banyak pilihan. Worth it.
pssst, jom repeat pi sana :)
Sedapnya western food dengan kopi tu
ReplyDeletememang sedap kak
Deleteportion besar, klu share pun takde masalah
Menarik.. Boleh try lepas ni..
ReplyDeleteRadio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam
selamat mencuba bro
DeleteMemang terbaik kan! Nice entry sharing!
ReplyDeletetorbaikkk yaya!
Deletetak puas nak lepak situ haritu,sebab kena rushing ke tempat lain
btw, thanks for reading :)
Harga ok tak...? Cuba share sikit...
ReplyDeleteharga sangat berpatutan..
Deleteprice range starting as low as RM5++ dan yang paling mahal pun around RM39++
Depends on menu yang kita pilih, but definitely worth it dengan portion yang kita dapat :)
Wah bole g try ni
ReplyDeleteWestern food my favourite
memang highly recommended untuk pergi try makan western food kat sini
DeleteMarvelous!
Saya dah try . Indah kabar dari rupa. Lasagne serve dalam aluminium foil as if instant punya and panaskan di microwave. Tak sama langsung dengan gambar dalam menu. Harga promosi tak diberi seperti yang diwar war kan dlm instagram dan face book. Chic chop grill pada saya mahal dan portion small. Lain lain spaghetti rasa biasa biasa sahaja. Verdict: i will not come back. It hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman saya. Terima kasih
ReplyDeleteNabi muhammad s.a.w makanya sikit sikit,tapi ubat nabi muhammad s.a.w sikit sikit makan.
ReplyDelete