PATTAYA FLOATING MARKET



Pattaya Floating Market merupakan salah satu destinasi tarikan utama kalau bertandang ke Pattaya, Thailand. Orang kata, kalau travel  ke Thailand tapi tak pergi ke floating market, memang tak sah. Rasa macam tak lengkap. Sebab apa? Sebab kat sinilah macam-macam jenis makanan ada dijual. Sebut saja nak makan apa? Pulut mangga, somtam, ice cream kelapa  dan macam-macam lagi makanan Thai yang unik dan sedap, semuanya ada. Worth it to come and visit! Especially to all food hunters.




Salah satu destinasi tarikan utama pelancong kalau travel ke Thailand adalah floating market. In fact, tak kira sama ada di Bangkok, di Hatyai mahupun di Pattaya, ketiga-tiga floating market di Thailand ini mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Macam aku pergi ke Hatyai baru-baru ini, sebenarnya semata-mata nak pergi merasai sendiri pengalaman di Hatyai Floating Market. Tapi, alang-alang dah sampai Hatyai, lajak pulak sampai ke Krabi. But, this time Pattaya. Thank you so much AirAsia. Yeay!




Buat masa ni, aku dah berjaya melawat dua floating market di Thailand serentak dalam masa satu minggu iaitu Hatyai Floating Market dan juga Pattaya Floating Market. Walaupun kedua-duanya mempunyai konsep yang sama iaitu floating market, tapi jelas ada perbezaan yang ketara.  Pattaya Floating Market jauh lebih besar, infrastruktur yang lebih tersusun dan lengkap berbanding Hatyai Floating Market. Herm, tinggal satu lagi tak  pergi iaitu Bangkok Floating Market. Orang kata, kat sana floating market dia lagi meriah dan paling besar berbanding di Hatyai atau Pattaya. One fine day, harap-harap akan sampai ke sana. InshaAllah.


 


Untuk perkongsian kali ini, aku akan fokuskan perkongsian tentang keistimewaan dan keunikan floating market di Pattaya. Next time, aku akan share pulak mengenai floating market di Hatyai. Here we go!




Oh, sebelum terlupa! Aku nak inform awal-awal untuk sesiapa yang berhajat nak datang ke Pattaya Floating Market, make sure korang ready dengan 200 Bath untuk entrance fee. Dah bayar entrance fee, kita semua akan dapat sticker sebagai pass masuk. Then, boleh lah start jalan-jalan dan menjelajah satu kompleks floating market. Kalau nak pengalaman lagi best, aku cadangkan korang cuba naik sampan dan pusing satu floating market sambil membeli-belah. But, yang ni kena bayar extra untuk perkhidmatan sampan yang mampu memuatkan sehingga 2-4 orang.




Untuk pengetahuan semua, keluasan keseluruhan kawasan Pattaya Floating Market adalah 100,000sqm. Pendek kata, memang besar la kawasan dia. Jenuh nak berjalan. Kalau nak datang, better datang pagi balik petang, hahaha. Lama sikit boleh ronda-ronda sambil shopping, baru berbaloi. Secara ringkasnya, Pattaya Floating Market terbahagi kepada 4 bahagian utama yang mana menjadi simbolik kepada 4 regions yang terdapat di Thailand iaitu North, Northern, Central dan South. Jadi, setiap regions akan menjual barang-barang dan makanan yang menggambarkan identiti regions tersebut. Unik kan?






Kalau datang sini, confirm korang akan kenyang sebabnya terdapat banyak makanan-makanan Thai dan buah-buahan yang dijual. Antara yang paling famous dan wajib cuba kalau dah sampai ke sini, tak lain tak bukan pulut mangga. Dengan harga hanya 50 Bath, korang boleh dapatkan sebekas pulut mangga. Gerenti tak cukuplah kalau beli satu, sebab memang kaw kaw sedap. Arghhh, tetiba rasa nak makan pulut mangga lagi. Gulp!




Selain itu, terdapat pelbagai jenis kedai cenderahati dan art galleries. So, kalau nak cari ole-ole, t-shirt I Love Pattaya, t-shirt Pattaya, pakaian dan kraftangan, di sini lah tempatnya.




Haaa, lagi satu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan cultural show yang diadakan pada waktu tengah hari. Apa show yang ada? Antaranya live band yang dipersembahkan dari atas sampan. Lagi satu, persembahan muzik dari seorang brader yang stylo dengan menggunakan gelas-gelas yang berisi air. Bijak brader ni guna konsep sains iaitu frekuensi bunyi dalam persembahan. Superb!




Seronok sebenarnya datang ke sini. Sambil jalan-jalan, sambil makan-makan. Alih-alih, eh tershopping sekali, hahaha. Walaupun hampir sesat, dek kerana banyak sangat jalan nak tuju, cabang ke kiri dan ke kanan dan beberapa jambatan di sana sini, finally I did it. Explore satu Pattaya Floating Market. Don't worry kalau sesat dalam tu. Pulanglah ke pangkal jalan dengan merujuk anak-anak panah yang berwarna merah dan hijau yang dah siap dilukis di atas lantai sepanjang jalan.



So guys, kalau ada plan nak travel ke Thailand, jangan lupa selitkan Pattaya sebagai salah satu destinasi anda. Dah sampai Pattaya, jangan lupa datang ke Pattaya Floating Market. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada korang semua especially kepada anda yang tengah merancang untuk ke Pattaya, Thailand.




PATTAYA FLOATING MARKET

Waktu Operasi:
10:00 pagi - 11:00 malam

Bayaran masuk:
200 Bath

Tour Package:
800 Bath
Harga pakej termasuk menaiki sampan keliling floating market, tiket masuk ke Magic show dan seping gambar.

Lokasi:
451/304 Moo 12, Sukhumit Road  Pattaya

INFO:
AirAsia kini menyediakan direct flight dari Kuala Lumpur - Pattaya 4 kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.airasia.com



Perfect Weekend Getaway to Pattaya with


Post a Comment

11 Comments

  1. Floating mkt di Bangkok mahallagi kot rntrance fee nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah pernah sampai ke floating market Bangkok?
      Kat Hatyai je lah eh yang free?
      Tapi, best pi floating market, dapat jalan-jalan cari makan :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Halo abang.. ingatkah dengan saya? kita berjumpa di songteaw dari HatYai airport dan saya turun di PSU campus? Senang berjumpa dengan abang di blog

    ^^.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Hola mas bro. Ye, masih ingat. Terima kasih ye sudi tolong-tolong bagi direction tempoh hari. Semoga dapat ketemu lagi kalau datang ke Malaysia

      Delete
  3. Bestnya.. Selalu tengok kat tv je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best... kat sini macam-macam ada.
      Itu yang seronok

      Delete
  4. Nak tanya : dari pattaya,macam mana nak ke Floataing market nie?

    ada bas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang pergi ramai-ramai hari tu naik van.
      Transport semua pihak hotel yang uruskan.
      Rasanya kat sana ada je public transport macam tuk-tuk atau songtaew

      Delete
  5. Assalamualaikum Mr / Mrs
    We (Kyrantrans) as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta participated promotion ...
    The units are offered:
    Suzuki Apv
    Toyota Avanza
    Inova
    Toyota Hiace
    Isuzu short Elp
    Isuzu long Elp
    Amenities:
    Latest vehicle / manicured + friendly and experienced driver.
    Kyrantrans as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta, which has been used to take tourists inside the country and abroad are ready to take you for a tour around enjoying the beauty of the city of Bandung and Jakarta.
    For more details please Mr. / Mrs ask us about the history of the sights and inexpensive place to shop:
    Call: +6281312767300
    +6281573307300
    WA: +6281809692300
    Fb: Kyrantrans
    Email: Kyrantrans@gmail.com
    Website: Kyrantrans.com
    Kyrantrans will give the price according to the budget of Mr. / Mrs.
    "Do not be Fooled by TOUR & Travel Cheap price"

    ReplyDelete