SYOK SAMBAL DI PIZZA HUT SEDAP

Bila dah lama tak makan pizza, salah satu perkara yang terlintas di fikiran pastinya Pizza Hut. Dari zaman sekolah, universiti, sampailah ke zaman berkerjaya ni, Pizza Hut antara restoran fast food yang berada dalam top list. Malas walk-in, just call 1-300-88-2525 untuk delivery. Then, bila bergelar blogger ni memang tak terkecuali untuk menjadi orang yang terawal mencuba sendiri pizza baru dari Pizza Hut. Yes, I feel so lucky. Thank you Pizza Hut Malaysia for the invitation to Blogger Party all this while. I'm really appreciate it. Kalau nak baca all about Pizza Hut on my blog, just click here. Sedikit-sebanyak kenangan dan perjalanan hidup bersama Pizza Hut. 


Ok, back to topic. This time, aku nak share satu lagi Blogger Party yang sempat aku join baru-baru ini. Bertempat di Pizza Hut Pavillion, Kuala Lumpur kami semua disajikan dengan 5 jenis Signature Series - BIG Pizza. Nak tahu pizza apa? Jom, cekidout!


Signature Series BIG Pizza Hut

Actually, inilah dia 5 jenis pizza yang telah kami makan pada malam kejadian. Antara 5 pizza yang dihidangkan, mana satu yang paling berjaya menarik perhatian dan memikat selera aku? Hah, nantikan jawapan di akhir cerita. Ceewah! Sebelum aku berceloteh panjang, better aku share dulu pasal harga. Ye lah, selalu post entri pasal tempat makan, ramai yang tanya, "berapa harga?". So, kali ini lebih baik aku share dulu harga Pizza Hut Signature Series - BIG sebelum korang tanya, hehehe.


SENARAI HARGA PIZZA HUT SIGNATURE SERIES - BIG
Veggie n' Salami RM19.90
Syok Sambal RM24.90
Fisherman's Catch RM19.90
Seriously Sriracha RM24.90
Barbecue Bang RM24.90



Macam mana? Murah ke tidak? Bagi aku, personally aku rasa harga ni memang murah kaw-kaw berbanding pizza di tempat-tempat lain. Dah la saiz besar, topping sedap, dapat pulak pada harga murah. Memang berbaloi-baloi. Terima kasih Pizza Hut sebab ambil berat dan menawarkan nilai hebat kepada pelanggan setia macam aku, muahahaha.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya pihak Pizza Hut sedang melanjutkan promosi rangkaian Signature Series dengan promosi terbaru iaitu Signature Series - BIG. Bak kata mereka, kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan, maka mereka teruskan lagi. Mana taknya kalau dah pizza berkualiti chef yang lazat dengan size yang lebih besar pada harga yang amat menjimatkan, sah sah lah dapat sambutan yang luar biasa. Sesuai dengan slogan yang diwar-warkan, "Saiz hebat, harga jimat". Cuma kali ini lebih special, sebabnya mereka memperkenalkan 2 inti baru iaitu Syok Sambal dan Veggie n' Salami



INFO
  • Pizza berkualiti pada harga yang berpatutan
  • Saiz 12 inci RM19.90 (Harga biasa RM36.90) JIMAT RM17 
  • Tambahan RM5 untuk add-ons iaitu segelas air berkarbonat dan semangkuk sup cendawan.
  • Keistimewaan Signature Series - BIG adalah menampilkan kerak nipis yang diuli dengan tangan, tampil dengan inti dari bahan-bahan berkualiti premium dan dibakar sehingga rangup dan lazat.

Seriously Sriracha


Fisherman's Catch


Syok Sambal


Veggie n' Salami


Barbecue Bang


Lepas main game tutup mata sambil teka nama pizza, game melukis dan teka jawapan serta makan kesemua pizza yang dihidangkan, aku rasa berkenan pulak kat pizza Syok Sambal. Memang kena dengan selera aku yang suka makan masakan pedas. Dengan sambal berapi dan inti kapsikum, tomato yang dipotong dadu berserta ikan bilis rangup, pizza ini pendek kata memang ummmphhhh!

Blogger Party: Signature Series -BIG

Kalau korang tak suka makan ikan bilis, don't worry. Especially untuk korang yang suka makan ayam, boleh try makan satu lagi pizza baru iaitu Veggie n' Salami. Ada kapsikum segar, bawang merah dan daging ayam salami dengan limpahan sambal dan sos BBQ. Not bad jugak yang ni.


So, apa tunggu lagi? Meh meh dapatkan segera pizza Signature Series - BIG di semua restoran Pizza Hut seluruh Malaysia yang berdekatan sekarang sehingga 2 November 2015.

SELAMAT MENCUBA!


Post a Comment

3 Comments

  1. suka srirachaaaaa..paling kena dan ngam ngan tekak

    ReplyDelete
  2. baru semalam mkn pizza... paling suka sup mushroom dia... cicah dgn roti garlic... perghggg

    ReplyDelete