Alhamdulillah, pada tanggal 20 Disember 2015 (Sabtu), pb berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta dalam penerbangan pertama Rayani Air dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Kota Bharu. Actually dah lama tahu tentang kewujudan Rayani Air ni. Semenjak mereka guna logo warna merah dan plan asalnya untuk berpengkalan di Melaka lagi. Setelah lama menanti, akhirnya Rayani Air tampil dengan logo baru dengan warna hijau dan biru dan menukar pengkalan utama mereka ke Langkawi, KLIA2 dan Kota Bharu. Apapun, tahniah diucapkan kepada Rayani Air dan welcome to Airlines world.
Bila masuk je flight Rayani Air, first thing first mestilah tertarik tengok seats warna-warni. Memang colourful dan menceriakan. Ada orang kata, macam coklat "smarties" pun ada. Menurut member-member yang selalu mengikuti perkembangan industri penerbangan Tanah Air, kapal terbang ini dulunya milik Malaysia Airlines. Nak tahu fakta dan sejarah mengenai flight ni secara terperinci, maybe korang boleh google dan kaji sendiri ye.
Buat masa ini, Rayani Air memulakan operasi dengan penerbangan dari KLIA2 ke Langkawi dan juga dari KLIA2 ke Kota Bharu. Untuk tempoh yang akan datang, Rayani Air akan menambah tiga lagi penerbangan iaitu dari KLIA2 ke Kota Kinabalu, KLIA2 ke Kuching dan Kota Bharu ke Langkawi. Menarik bukan? Setidak-tidaknya, kita sebagai pengguna ada banyak pilihan untuk terbang ke destinasi domestik selain syarikat penerbangan yang sedia ada seperti AirAsia, Firefly, Malindo dan Malaysia Airlines.
Bagaimana nak check in kalau beli tiket penerbangan Rayani Air? Untuk penumpang dari KLIA2, kita hanya perlu terus ke kaunter check in di kaunter S12 hingga S16. Buat masa sekarang (Disember 2015), hanya manual check in di kaunter yang ada. So, better pergi awal ke airport untuk mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan. Selain check in di kaunter, penumpang juga boleh terus check in luggage secara percuma sehingga 20kg untuk kelas ekonomi dan 40kg untuk kelas business.
Untuk trip kali ini, pb bersama blogger Shakiddo. Dulu pernah pergi FAM Trip Malindo Air ke Kuching. Kali ni, bertemu pula untuk trip Rayani Air. Walaupun trip kali ni agak singkat, tapi memang enjoy. Lagi-lagi bila dapat menjadi antara orang yang terawal menaiki pesawat Rayani Air.
Bila masuk je pesawat Rayani Air, kami disambut oleh Founder Rayani Air iaitu Mr Ravi Alagendran dan cabin crews. Desas-desus ada mengatakan nama Rayani Air tercetus hasil gabungan nama suami isteri founders Rayani Air Sdn Bhd sendiri iaitu Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan. Sejauh mana kebenaran khabar angin ini? Mungkin boleh direct tanya empunya badan la ye :)
Bila masuk je flight Rayani Air, first thing first mestilah tertarik tengok seats warna-warni. Memang colourful dan menceriakan. Ada orang kata, macam coklat "smarties" pun ada. Menurut member-member yang selalu mengikuti perkembangan industri penerbangan Tanah Air, kapal terbang ini dulunya milik Malaysia Airlines. Nak tahu fakta dan sejarah mengenai flight ni secara terperinci, maybe korang boleh google dan kaji sendiri ye.
Apa perbezaan dan keistimewaan Rayani Air berbanding syarikat penerbangan lain yang sedia ada di Malaysia dan di serata dunia? Menurut apa yang dikhabarkan oleh pihak Rayani Air sendiri, Rayani Air merupakan full service airline seperti Malaysia Airlines dan bukannya perbangan tambang murah. Rayani Air merupakan syarikat penerbangan ke-4 di dunia yang mempraktikkan konsep Shariah-compliant selepas Royal Brunei Airlines (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.
Konsep Shariah-compliant ini bermaksud mereka mewajibkan semua cabin crews yang beragama Islam untuk menutup aurat manakala cabin crews yang bukan beragama Islam untuk berpakaian sopan. Selain itu, Rayani Air tidak menghidangkan minuman keras (arak) dan makanan yang tidak halal di dalam penerbangan.
Lagi menarik, Rayani Air satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengamalkan bacaan doa sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju. Kalau dulu kita berbangga dengan syarikat penerbangan Brunei, hari ini kita sendiri selaku rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga akhirnya syarikat penerbangan di Negara kita sendiri pun dah ada seperti mereka yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Lagi menarik, Rayani Air satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengamalkan bacaan doa sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju. Kalau dulu kita berbangga dengan syarikat penerbangan Brunei, hari ini kita sendiri selaku rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga akhirnya syarikat penerbangan di Negara kita sendiri pun dah ada seperti mereka yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Rayani Air dengan rasminya beroperasi mulai 20 Disember 2015 dengan Hubs utama di Langkawi International Airport (LIA) dan Secondary hubs di KLIA2 dan Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu. Dengan Tagline "Let's Fly" atau "Jom Terbang". Rayani Air positif dengan sambutan penumpang dengan service dan Unique Selling Point (USP) yang mereka tawarkan kepada semua penumpang.
Secara tuntas dan ringkasnya, apa yang pb dapat simpulkan tentang keistimewaan Rayani Air berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian sepanjang berada dalam penerbangan Rayani Air adalah berikut:
- Shariah-compliant
- Harga tiket penerbangan yang kompetitif
- Bagasi percuma untuk Economy Class (20kg) dan Business Class (40kg)
- Snacks percuma semasa penerbangan
- Ruang letak kaki (leg-room) yang luas dan selesa
Untuk penerbangan dari KLIA2 ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit, snacks box yang dibekalkan oleh Rayani Air memang memadai. Antaranya adalah muffin, kacang dan jus epal yang sejuk.
Selain snacks box yang dibekalkan, para penumpang juga boleh memesan makanan dalam flight. So, sesiapa yang rasa nak makan nasi lemak ke, sandwich ke, minum kopi je, just refer menu booklet dalam flight dan boleh buat tempahan secara terus dengan cabin crews yang bertugas.
Hah, lagi satu perkara yang menarik perhatian pb bila tengok snacks box Rayani Air ada Sodoku. Sementara tunggu sampai ke destinasi tu, bolehlah keluarkan pen dan spend time untuk selesaikan Sodoku. So, kalau nak naik Rayani Air, jangan lupa bawa pen siap-siap tau, hehe.
Alhamdulillah, perjalanan kami pergi balik KLIA2 - Kota Bharu - KLIA 2 sangat lancar especially ketika take-off dan mendarat. Pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu mahupun pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sangat smooth. Ketibaan di Kota Bharu disambut dengan water cannon memandangkan penerbangan Rayani Air ini merupakan penerbangan pertama.
Lagi memeranjatkan, time touched down di Kota Bharu, tiba-tiba terserempak pulak dengan orang yang kita kenal. Small world. Ni namanya Syazwan, salah seorang penumpang terawal yang Berjaya membeli tiket flight Rayani Air untuk maiden flight pada harga promosi. Terbaik bro!
Setibanya di Kota Bharu, Founders Rayani Air yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan bersama Managing Director Rayani Air iaitu Encik Jaafar Zamhari mengendalikan sesi temubual bersama rakan media. Dari situ, pb dapat tahu kehadiran Rayani Air ini sedikit sebanyak akan membantu menggalakkn lagi industri pelancongan di Negeri Kelatan pada tahun 2016. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kelantan. So, jom jom pakat datang ke Negeri Kelatan, Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Untuk jangka masa panjang, Rayani Air akan menambah bilangan kapal terbang dari semasa ke semasa. So, kemungkinan besar bilangan penerbangan antara KLIA 2 dan Kota Bharu pun akan bertambah. Sebagai pengguna, pb rasa cukup gembira bila dapat tahu ada satu lagi alternatif untuk terbang pulang ke kampung especially time cuti pendek ataupun weekend.
Jadi, untuk penduduk Kelantan khususnya, Rayani Air sedikit-sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah logistik untuk ulang-alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur especially golongan yang berkerja di Kuala Lumpur. InshaAllah, untuk jangka masa panjang, Rayani Air juga akan berusaha untuk menyediakan penerbangan khas dari Kota Bharu ke Jeddah untuk memudahkan urusan umrah dan haji.
Untuk urusan booking tiket atau check in di Lapangan Terbang Kota Bharu, boleh berurusan terus di kaunter Rayani Air. Kaunter ini terletak betul-betul berhadapan dengan kaunter Malaysia Airlines.
Untuk penerbangan pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, pb dan Shakiddo diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk duduk di seat Business Class Rayani Air. Dengan tempat duduk yang lebih luas dan selesa, bahagian tempat duduk Business Class lebih privasi.
Apa lagi yang special di ruang Business Class selain seats yang lebih selesa? Semesrtinya service yang diberikan lebih personalise termasuklah semasa menghidangkan makanan. Selesai menjamah juadah yang dihidangkan, kami semua dibekalkan dengan tuala panas. Memang satu pengalaman yang cukup berharga. Untuk keselesaan dan privasi, anda disarankan untuk menempah Business Class di samping dapat check in luggage sehingga 40kg.
Rasanya, sampai di sini saja perkongsian kisah peribadi tentang pengalaman pertama kali terbang bersama Rayani Air. Untuk semua readers yang teringin untuk mencuba terbang bersama Rayani Air, inilah peluangnya. Sekarang, pihak Rayani Air sedang mengadakan promosi jualan tiket ke Langkawi dan Kota Bharu pada harga yang sangat sangat rendah.
Mungkin ada yang tertanya-tanya cara untuk tempah tiket Rayani Air. Kat sini, saya selitkan sekali 3 kaedah mudah untuk tempeh tiket Rayani Air ke destinasi pilihan!
- Book secara online di www.rayaniair.com
- Beli terus di kaunter jualan tiket sama ada di Lapangan Terbang KLIA2, Kota Bharu ataupun di Langawi
- Menerusi ajen pelancongan (Travel Agent) yang terpilih
60 Comments
Plsss buat ke kuching international airport! Nnt senang sy nak balik semenanjung uhuhu
ReplyDeleteInshaAllah, Rayani Air akan terbang ke Kuching soon.
Delete2016 akan datang beberapa hari je lagi.
Stay tuned!
Nice coverage :D
ReplyDeletethanks :)
DeleteBestnya ada main sudoku! smart smarties!!
ReplyDeleteNak main sudoku, pen tak bawak? Hahahaha
DeleteTiket dah book.. InshaAllah cuti sekolah bln 6/2016 nnt.. tak sabar plak..
ReplyDeleteWaah, nak ke mana tu?
DeleteInshaAllah, semoga semuanya berjalan lancar.
Selamat terbang bersama Rayani Air
Cuti2 ke Langkawi je.. bwk famili..
DeleteSyiok tu. Dah la dapat free luggage 20kg sorang. Memang boleh shopping sakan. Pinggan mangkuk, perkakas dapur, coklat, murah-murah kat Langkawi :-)
Deleteassalamualaikum tuan...insyallah saya n famili plan nak naik rayani air dlm awal bulan 2 nanti...cuma tak pasti anak (bwh 2 tahun) boleh naik flight ker tak? takut dia pening...apa pendapat tuan
ReplyDeletedoa apa diaorg guna?
Waalaikumussalam
DeleteBoleh bawak anak bawah 2 tahun. Tak ada sebarang larangan. Cuma kena biasakan anak duduk lama. Takut menangis sebab bosan je. Prepare je bawa mainan ke apa.
Rayani Air praktis baca doa memulakan perjalanan setiap kali sebelum berlepas
macam mana nak check in tiket ni? dah book tapi tak hntar emel apa2 pun...
ReplyDeletekalau dekat KLIA2, pergi kaunter S16, then bagi IC baru dia print boarding pass. Nak info lebih lanjut, boleh call customer service Rayani Air. Boleh cek di www.rayaniair.com
DeleteSaya dh siap book tiket hjg dec lepas utk balik raya nanti..xsabar rasanya nk naik flight yg syariah compliant ni. Teruja.sambil2 tu blh beli tket utk balik hjg mgu jugak since tambang rayani air pun sgt berbaloi ��
ReplyDeleteTu lah, kalau ke KB atau Langkawi memang tengah ada promosi sekarang. Alhamdulillah, at least ada juga airlines yang patuh syariat kat Malaysia. Apapun, selamat terbang bersama Rayani Air. Nanti jangan lupa share pengalaman nanti :)
DeleteSalam. Macam mana kalau nak tukar tarikh utk return flight, tapi cuma tarikh balik sahaja.
ReplyDeleteTerima kasih
Waalaikumussalam
DeleteBoleh direct terus call Call Centre Rayani Air 03-27214925 atau berhubung melalui email di info@rayaniair.com
SALAM..biasa booking tiket flight msti lengkap dgn tempat duduk skli..rayani air hnya tuk booking sj ? mcmna nk tau temmpahan tempat duduk?
ReplyDeletewaalaikumussalam
DeleteSetahu saya, setakat ni seat tahu bila kita check in di kaunter. Time tu dia akan print tiket, sekali dengan seat no dan gate untuk departure
Untuk pengesahan, boleh hubungi Call Centre Rayani Air 03-27214925 atau berhubung melalui email di info@rayaniair.com
sy call rayani air ni tak pernah angkt
Deletetak dapat call, try contact kat emel.
DeleteTak pun, try contact via facebook or twitter.
Semoga Berjaya!
Sy pon baru book td.. sy pon prasan tiada pilihan tempat duduk. Mcmana tu yer..
ReplyDeletekalau tak silap saya, masa check in du kaunter nanti baru tahu no seat dorang akan print di tiket
DeleteUntuk pengesahan, boleh hubungi Call Centre Rayani Air 03-27214925 atau berhubung melalui email di info@rayaniair.com
Salam. Selalunya saya beli tiket online. Kali ini saya hendak membeli tiket rayani air di kaunternya,tapi untuk org lain yg terbang. Cemana ye? Just walk in n bg details org yg akan terbang tu saja atau details saya?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteBoleh refer staff yang jual tiket di kaunter jualan. Pastikan semua info penumpang dah ada, macam nama penuh, ic,dan lain-lain yang diperlukan untuk urusan booking.
Hurm , rayani air claim they are full services airline ? Hurm ya for them but for me i dont think so. Just giving my opinion here guys. Rayani air claim they are offering luxurious experience as seen on their website. Is that truly luxurious ? Lets compare to MAS , mas is full service airlines with 30kg free baggage for economy and 40kg for bussiness and also meals. Different with this rayani air , they just offer 20kg for economy, and 40kg for bussiness and "only refreshment snack". Is that full services airlines looks like ? And with old airplane that is boeing 737400 , doesnt have entertainment on board , so better we go for mas as same in category "full service airlines". Lets speaking about budget airlines. Ya for sure it is AirAsia and Malindo Air. But both of these have unique differences. Airasia offer cheap price tag but u have to pay everything from the seat (if u choose by urself), paid baggage and paid meals. But Malindo Air offer same services as MAS did, free 30kg for economy , 40kg for bussiness and refreshment snack (same as Rayani air). The huge difference here is, malindo air is budget airlines as competitive to AirAsia, and malindo use boeing 737900er (extra legroom with seating adjustment until 33 row) , new aircraft with great entertainment on board as same on boeing 737800 mas. But rayani air use old aircraft boeing 737400 at the same price tag as MAS (full services). So your choice guys. Should u go for high price tag as MAS with only 20kg free baggage , no meals , just refreshment snack (like malindo) , and no entertainment on board, shouldn't you? If me , if rayani air offer lower price than malindo, i'd consider to choose it, but if rayani air as expensive as mas, so better i go for mas. Just opinion guys, no offence and cheers. That boeing 737400, its seat somewhat hard and not really comfortable.
ReplyDeleteFor me, it doesn't matter what they claim as long as dorang bagi service yang ok dan harga tiket yang kompetitif berbanding syarikat airlines yang ada kat Malaysia.
DeleteI never say, Rayani Air is the best. What I try to convey, at least we have one more alternative to fly. I'm frequent flyers with AirAsia, but no reason for me to downgrade the Rayani Air.
In customer point of view, I think they try to put their brand at another level, differentiate from others and that's what we call unique selling point (USP).
In term of comfort, it's better compared to AirAsia. However, MAS and Malindo might be better. So, it's subjective.
In a nut shell, it depends on our preference. If we want to pay more, choose wisely. But for me, as a budget traveller, I'll choose the airlines that offer the cheapest fare. Melainkan I'll fly for a long distance, then I'll choose comfortability as my top priority.
So, don't jump to conclusion. Better give them a chance. I believe, they'll grow from time to time. I wish to have more options for us, as passenger to fly everywhere :)
Btw, thanks for your opinion. Nothing right or wrong, it's just an opinion and perception. Have a nice day :)
Hi? saya book tiket rayani air online. Bila buat payment semua. Tetiba keluar blank page. dah kenapa?
ReplyDeleteFirst, kena tengok balance dalam akaun tu berkurang ke tak. Kalau berkurang, maksudnya payment tu lepas. Kalau payment lepas, ada dapat emel tak pasal details penerbangan?
DeleteNak selamat, boleh hubungi Call Centre Rayani Air 03-27214925 atau berhubung melalui email di info@rayaniair.com Tak jalan juga, tanya direct di facebook dorang :)
tuan, check in kat kaunter kena charge apa2 bayaran tak? (mcm AirAsia)
ReplyDeleteTakde kena charga apa-apa. Just bagi ic then dorang akan bagi ticket. Pastu terus boleh check in luggage
Deleteic org yg booking je ke?atau ic tuk semua yg dibooking?
DeleteIC untuk semua penumpang
Deletesalam..sy dah book rayani air via online.then dpt email successful flight booking yg ade booking number tu..sy nak tanye rayani air hanya bg email itu shj ke?.itenary dpt time bile? time check in just bg booking number tu dan ic ye
ReplyDeletewsalam. Setahu saya masa nak check in di kaunter nanti just bagi booking number dan IC je. Itu based on my experience la kat KLIA 2 :)
DeleteThanks for the information and ur story. Skrg bru tau mcm mne nqk checkin for rayani air
ReplyDeleteMost welcome :)
DeleteSemoga dapat membantu
Asslm.. boleh trgkn step2 check in smpai brlps dri kb ke kl..
ReplyDeleteWaalaikumussalam
DeleteBoleh refer kaunter Rayani Air di airport KB dan tanya staff yang bertugas..
Biasanya, kalau ada check in luggage, kena proceed ke kaunter untuk check in. Kalau takde luggage, boleh proceed ke balai perlepasan
bila paling awal boleh check in utk dapatkan boarding pass? sy booked pada 13 Feb,and akan fly pada 1 Mac? risau pulak info rayani bg ni tak lengkap lagi
ReplyDeletepaling awal biasanya seminggu sebelum penerbangan..
DeleteRayani Air saya tak pasti, sebab hari tu check in sebelum fly
Hai.macamana nak booking tiket untuk penerbangan ke kota kinabalu untuk 30 person termasuk kanak-kanak..Thanks
ReplyDeleteboleh ajukan soalan ni di facebook Rayani Air..
DeleteSaya baru je booking.confuse juga npa xda pass bording..cri2 kt goggle jumpa artikel awk.sgt membantu.t ya..Ni nak naik ryani Air dr Kota kinabalu-KLIA2..first time.in shaa allah booking tuk hujung bln 5.Allhamdulillah dapat gak pormo tambang ryani air hrga agak berbaloi..murah skit berbanding sy ambik airasia minggu2 gak naik hrga coz mmg penumpangnya ramai gile.😊
ReplyDeleteUntung kita sebagai pengguna, boleh dapat harga tiket murah bila makin banyak pilihan airlines yang ada. Apapun, semoga perjalanan dipermudahkan la ye nanti.
DeleteAgak risau la..bnyk comment negatif kt fb...da yg kata nk rasa penerbangan delay berjam2 naik la rayani air..pas tu da yg cakap flight last2 kena batal and duit xdi kembalikan..Risau.😢
ReplyDeletebetul, masalah sekarang Rayani Air adalah delay..
DeleteMungkin sebab kapal tak banyak, tapi destinasi banyak
Pasal cancel flight tu, jangan bimbang. Memang dorang akan bagi refund kalau flight betul-betul cancel. Kalau tak nak refund, kita boleh pilih untuk tukar jadual penerbangan
salam makanan tu mmg disediakn atau awk beli lain?tq for information
ReplyDeleteWsalam
DeleteItu makanan yang dia bagi, free!
Kalau nak order makanan lain pun ada, cuma kena bayar lain
Assalamualaikum
ReplyDeleteNak tanya bayi berumur 2 thn kebawah dikenakan charges ker. Means kena beli tiket juga ker
Ye, semua kanak-kanak kena beli tiket, tapi harga lebih murah lah dari orang dewasa.
DeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman. Saya baru pertama kali terbang dengan rayani air jadi tak tahu nak expect apa, nak check-in macam mana & kaunter berapa.
ReplyDeleteDisebabkan saya beli tiket lewat hanya bussiness class yang ada, tp tiket sgt murah- kurang sekali ganda dengan MAS & layanan tip top dari check in sampai ke dalam kabin.
Apapun thanks utk information yg dikongsi & keep it up.
ALhamdulillah, sedikit-sebanyak dapat membantu orang yang cari info..
DeleteTerima kasih sudi singgah baca artikel ni dan drop komen. Ada apa-apa pengalaman menarik, boleh la share di ruangan komen
Salam..terima kasih sgt2 ats perkongsian..Dah book ticket ujung tahun nnti 1 family nak jejalan KK..pilih Rayani sbb nak banding dgn lain2 mmg jauh betul harga..Takde caj sembunyi2..Tawakal je book even dgr org ckp mcm2..Bile dah bace entry nie,lega sikit..Dah nmpk bayang2 flow nak check in bagai nnti mcm mana..terima kasih byk2 bro.. ������
ReplyDeleteWsalam. Ya,bab harga memang Rayani Air champion. Tapi, in term of sevice belum pasti. Memandangkan sekarang dia buat banyak route, tapi kapal terbang yang ada terhad, kemungkinan untuk delay tu tinggi. Apa yang saya nanpak, Rayani Air lemah bab continuity plan especially bila plane ada technical problem. Impaknya, ramai penumpang terpaksa tunggu berjam-jam dan ada flight yang terpaksa cancel last minute.
DeleteApa pun, semoga trip hujung taun ni berjalan lancar. Harap takde apa-apa masalah.
Wsalam. Ya,bab harga memang Rayani Air champion. Tapi, in term of sevice belum pasti. Memandangkan sekarang dia buat banyak route, tapi kapal terbang yang ada terhad, kemungkinan untuk delay tu tinggi. Apa yang saya nanpak, Rayani Air lemah bab continuity plan especially bila plane ada technical problem. Impaknya, ramai penumpang terpaksa tunggu berjam-jam dan ada flight yang terpaksa cancel last minute.
DeleteApa pun, semoga trip hujung taun ni berjalan lancar. Harap takde apa-apa masalah.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya nak tanya, saya nak book tiket rayani air tapi masa nk proceed pembayaran tu ade pilihan kad kredit visa/ mastercard je sedangkan saya tiada yang itu. Selalu book through cimbclicks je. Tapi takde pula nampak method online banking. Macamana ye? Mohon bagi pencerahan. Terima kasih.
aSSalam,kenapa rayani air tidak ada pembelian pelindungan nyawa.? Mcm Airlines lain ada.,boleh pilih tempat duduk lagi. Nak dok tang mana..Tgh2 survey cari tiket ke K.Kinabalu,hari buka2 tgok sehala RM66.00 , 20 KG bagasi percuma.Murah jugak kalau nak di bandingkan dengan syarikat penerbangan lain,mungkin tgh dok mempromot kot.Contoh apabila sampai airport nnti bagi IC . Boleh ke buat pilihan tempat duduk? Apa beza pembelian Online dan pembelian terus di kaunter Rayani Air.?
ReplyDeletePayah juga Deley2 flight ni , harap esok sampai masa jgn ada malasah le nnti.
Ada juga bloger2 komen Kapai Rayani Air ni. Kapal lama lah itu lah ini lah. Tapi Kedua org tua saya dh naik pi Langkawi.
Harap2 besok tiadalah masalah bila tiba masanya.. aaaminn..
Baguslah rayani air ni. Syarikat penerbangan yg mengikut Syarat Islam. Biasalah . MALAYSIA AIRLINES,AIRASIA. PUN MEMULAKAN DENGAN KAPAL TERBANG SECOND HAND. LAMA2 ESOK DAH MASYUK BELI KAPAI BARU.AIRBUS 320NEO , BOEING 737MAX.BOMBDIER C SERIES PUN OK. FLYMOJO BELI 20 BUAH. FLYMOJO SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA JUGA.
http://www.mynewshub.cc/2016/04/09/juruterbang-mogok-rayani-air-digantung-operasi-serta-merta/
ReplyDelete