PERCAYALAH! MASIH ADA LUNCH BUFFET RM10 DI KUALA LUMPUR

Percayalah! Masih ada lunch buffet RM10 di Kuala Lumpur. Itulah yang aku cuba nak yakinkan kat diri aku sendiri dan orang lain. Di sebalik serba-serbi mengalami kenaikan harga, masih lagi ada peniaga yang berhati mulia menjalankan perniagaan dengan menawarkan harga istimewa untuk makan tengah hari. Dengan serendah RM10, kita boleh makan apa saja menu yang ada. Konsep buffet untuk makan tengah hari pada harga yang sangat sangat rendah dan berbaloi.



Actually, aku ada post di Instagram dan Facebook tentang lunch buffet RM10 di Kuala Lumpur ni. Memandangkan ramai yang berminat nak tahu lokasi sebenar dan apa yang best, jadi apa salahnya aku ceritakan serba-sedikit pengalaman aku sendiri pertama kali singgah makan tengah hari dengan harga serendah RM9.90 (Anggap je lah RM10).



Alamat:
Ukhwah Cafe
Lorong Medan Tuanku 1, 
50300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  
Malaysia



Lokasi yang dimaksudkan adalah Ukhwah Cafe di lorong Medan Tuanku. Tak jauh pun menapak dari Sogo atau Busana MARA. Kalau pernah pergi makan di Naan Cheese RSMY, hah dah tak jauh dari situ. Lebih tepat, betul-betul berhadapan dengan Ukhwah Restoran Rakyat. Cumanya Ukhwah Cafe ni lebih kecil. Kalau Ukhwah Restoran di sebelah kanan, Ukhwah Cafe di sebelah kiri. Ok, settle pasal lokasi. Kalau tak jumpa jugak cari, just let me know. I'll assist accordingly.   


Selepas pertama kali mencuba sendiri makan kat Ukhwah Cafe. One word to describe is DELICIOUS! Rata-rata menu yang dihidangkan memang kena dengan selera aku. Actually, diorang akan rotate menu setiap hari. On that day, ada nasi kerabu, nasi lemak, lontong, laksa, mee sup, bihun sup, mee kari, aneka lauk-pauk seperti rendang ayam, limpa, singgang ikan, ayam berempah dan macam-macam lagi. Cendol pun ada,yummeh! Ya Allah, memang puas hati makan kat sini. Dah lah murah, sedap pulak tuh. Mana nak cari tempat makan macam ni kat KL kan?




Kalau datang makan di Ukhwah Cafe ni, walaupun harga hanya RM9.90 tapi korang akan ada banyak pilihan. Aku yakin, korang akan puas hati dengan rasa dan keenakan setiap hidangan yang disediakan. Kalau tak percaya, silalah pergi cuba sendiri. Tak rugi pun, cuma RM10. Kalau korang pergi makan di tempat lain pun, nasi plus ayam plus sayur plus air, confirm lebih RM10 punya. But, kalau datang sini aku yakin korang akan ada rasa nak repeat datang lagi dan ajak member-member lain datang sekali. Percayalah! Oppps, lupa nak bagitau. Selain lunch, Ukhwah Cafe juga ada menyediakan buffer breakfast pada harga yang sama. Then, after pukul 7 malam, dorang akan jual masakan panas dan ala-carte.




I've done my part. At least, aku berkongsi satu port makan yang best dan murah di bandaraya Kuala Lumpur especially kepada warga kota yang berkhidmat di sekitar Bandaraya dan Jalan Raja Laut. Semoga bermanfaat :) Kalau rasa nak ajak member-member datang makan sekali, make sure datang awal. Seat amat terhad. Kalau rasa nak berkongsi info ni dengan member-member lain, just click button share untuk sama-sama sampaikan info ini kepada semua. Akhir kata, selamat mencuba. Gerenti puas hati!

Post a Comment

10 Comments

  1. menarik ni..kalau kat restoran mamak pun, nasi ayam goreng+satur pun dh rm7..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pasal. Ni siap boleh menambah lagi. Memang puas hati

      Delete
  2. ya Allah bestnya kalau dapat makan kat sini. perut kenyang, poket selamat.

    ReplyDelete
  3. Cool. Ada bufet breakfast rm5 dekat unikl jln sltn ismail

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini breakfast ada, lunch pun ada. Pergi la try nanti

      Delete
    2. @ibnu marzuki al firdaus
      Boleh tolong beritahu exact location untuk bufet breakfast RM5 itu?

      Delete
  4. Wah mcm best. Waktu makan lunch kul berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..
      waktu pagi ada buffet breakfast,
      waktu tengah hari ada buffet lunch
      Harga sama, RM9.90/head
      Pendek kata, anytime klu pergi ada je menu, inshaAllah. Jangan risau

      Delete
  5. Lunch sahaja ye? Dinner ada tak?buka sampai pukul berapa?

    ReplyDelete