Harga tiket ERL lebih mahal dari harga tiket kapal terbang? Ya, memang betul. Kalau beli tiket AirAsia atau Rayani Air time promosi, contohnya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sehala, baru RM40++.Tapi, bila tengok harga tiket ERL yang dikuatkuasakan kenaikan bermula 1 Januari 2016 baru-baru ni menjadi RM55 sehala (ERL Ekspress) dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2. Pergh, dahsyat.
Sama juga dengan harga tiket ERL Transit dari mana-mana stesen ERL ke KLIA / KLIA2, semuanya mengalami kenaikan. Bila ini berlaku, garu-garu kepala tempat yang tak gatal memikirkanya. Adeh! Pendek kata, kalau nak travel banyak sikit kena spend untuk tambang ERL pergi airport, sob3.
KADAR TAMBANG BARU ERL EKSPRESS
KADAR TAMBANG BARU ERL TRANSIT
Sebenarnya, aku ada berkongsi tentang kadar tambang baru ERL ke KLIA / KLIA2 di Projek Travel. Kalau nak tahu info lebih lanjut, boleh klik sini. Setidak-tidaknya, kita boleh merancang perjalanan dan perbelanjaan untuk setiap trip percutian nanti. Nak jimat naik bus, nak cepat naik ERL. Dua-dua pilihan ada pro and cons. So, buatlah pilihan yang bijak.
Jadi, kalau yang tetap setia dengan ERL walaupun perlu bayar lebih dengan kenaikan harga yang mendadak, kat sini aku nak share 7 tips jimat menaiki ERL ke KLIA / KLIA2. Tips ni takde lah hebat mana pun. Cuma berkongsi cara, bagaimana nak save duit dalam menggunakan perkhidmatan ERL. Tips ini merangkami kedua-dua kaedah, sama ada ERL Ekspress mahupun ERL Transit.
7 TIPS JIMAT MENAIKI ERL KE KLIA / KLIA2
1. Beli tiket ERL Ekspress untuk pergi balik (return)
Jimat RM10 dengan pembelian tiket pergi balik (return) dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2. Instead of beli tiket sehala ERL Ekspress dari KL Sentral ke KL Sentral, apa kata beli untuk tiket pergi balik (return). For your info, validity untuk tiket ERL adalah sebulan dari tarikh pembelian.
2. Manfaatkan faedah kelayakan istimewa
Jimat 30% dengan pembelian tiket sehala ERL transit untuk warga emas (senior citizens) dan OKU. Tips ini hanya valid untuk warga emas dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja. Korang yang sihat walafiat, sila abaikan ye.
3. Beli tiket ERL menerusi website atau apps
Jimat 10% bila pembelian tiket secara online atau menerusi apps ERL. Kalau nak jimat, instead of beli tiket ERL di kaunter stesen ERL, boleh buat pembelian terus secara online ataupun menggunakan apps.
4. Jangan beli tiket di kaunter, beli tiket di kiosk yang disediakan
Jimat 10% bila pembelian tiket di kiosk. Kalau korang perasan, setiap stesen ERL ada kaunter untuk pembelian tiket dan juga kiosk layan diri. Untuk jimat, belilah tiket menggunakan kiosk yang disediakan kalau tak dapat beli secara online atau gunakan apps.
5. Pilih Touch N' Go untuk menikmati diskaun
Go for cashless. Daripada guna cash beli tiket di kaunter, satu lagi pilihan yang ada adalah menggunakan Touch N' Go. Jimat 10% bila guna kad Touch 'n Go semasa tempoh promosi. Tips ini agak efficient dan praktikal sebab lebih jimat masa tak payah nak queue.
6. Optimumkan penggunaan kad kredit
Untuk yang ada kad kredit, jangan lepaskan peluang untuk mengoptimumkan penggunakan kad kredit sekaligus menikmati diskaun untuk membeli tiket ERL. Jimat sehingga 20% bila menggunakan kad kredit tertentu semasa tempoh promosi
7. ERL Transit di satu stesen ERL
Last but not least, kalau semua cara kat atas tak dapat buat, bolehlah cuba cara ni. Cuma kalau nak buat, kena korbankan sedikit masa, sebab kena transit di satu stesen ERL sebelum terus ke KLIA / KLIA2. Apa yang best, cara ni paling menjimatkan bagi ERL Transit. Kalau ERL Ekspress tips jimat boleh praktikkan kaedah 1-6.
Contoh:
Kes 1: ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA / KLIA2
Kos : BTS ke KLIA / KLIA2 RM38.40
Kes 2: ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke Putrajaya | Putrajaya ke KLIA / KLIA2
Kos : BTS ke Putrajaya RM8 + Putrajaya ke KLIA KLIA 2 RM9.40 = RM17.40
Penjimatan: RM38.40 - RM17.40 = RM21.00
Instead ambil direct ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2, why not kita ambil dua transit iaitu dari BTS ke Putrajaya (RM8), stop sekejap di Putrajaya dan beli tiket dari Putrajaya ke KLIA/KLIA2 (RM9.40). So, kalau total up kos tambang berjumlah RM17.40. Kalau direct ERL Transit BTS ke KLIA/KLIA2 akan dikenakan tambang sebanyak RM38.40. Nampak berapa banyak penjimatan yang mampu kita buat? Yes, it's around RM21.
Ok, dah panjang membebel kat sini. Semoga perkongsian kali ni bermanfaatlah kepada semua especially untuk korang yang first time nak naik ERL. Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya pasal ERL, boleh drop komen. Mana yang tahu, aku tolong bantu jawabkan. Mana yang aku tak tahu, terus berhubung dengan yang pakar di KLIA Ekspress
33 Comments
Terbaik info....
ReplyDeleteDah macam buat research dah...pasal ERL...cool...boleh jadi economist..
Biasa la, nak jimat punya pasal kan.. hehehe.. semoga bermanfaat utk orang lain jugak
DeleteKalau dari putrajaya ke klia dh tak payah berhenti transit dh ke??
ReplyDeleteKlu naik di stesen lain semua ERL Transit. Naik di KL Sentral je ada yg express non-stop terus ke KLIA/ KLIA2
DeleteTeruma kasih banyak penaberkala nuar. Akhirnya akak dah paham. Rm21 tu boleh belanja adik2 kat kampung. Hehe.
ReplyDeleteSama-sama.. Sebab nk naik bus macam lambat kan. So, nak tak nak better naik ERL. nak berjimat punya pasal, tu share tips ni. Semoga bermanfaat :-)
DeleteNak tanya sikit ERL transit tu boleh naik dari kl sentral ke putrajaya tak? Train ERL ni dari pkul brp ke pukul brp ja beroperasi?
ReplyDeleteYe boleh. Cakap kat kaunter nak beli tiket ERL ke Putrajaya.
DeleteERL start beroperasi seawal jam 4:30 pagi dan last train around 12:30 malam :-)
thanks for this info!
ReplyDeleteMost welcome :)
Deletenak tnya kalau dari KLIA ke KL sentral boleh bt mcm tu tak?
ReplyDeleteklia-> salak tggi _rm4.90
salak tggi -> bandar tasik selatan rm12.40
bandar tasik selatan -> kl sentral (komuter) RM 1
total rm 18.30
ada ke cara ni???
boleh je kalau nak buat macam tu. As long as tak kejar masa. Make sure setiap stesen kena beli tiket baru or klu guna touch & go just keluar kejap then masuk balik. Klu stop macam tu, seriously jauh lagi murah
DeleteDari putrajaya ke klia rm 9.40 kan.. kalau beli two way lagi murah ke?
ReplyDeleteBiasanya kalau dari KL Sentral atau KLIA/KLIA2, beli return tickets jadi lagi murah. Kat Putrajaya, tak pasti bos. Kena tanya di kaunter
DeleteNk tnya,klau putrajaya ke klia tu naik bas awam ke atau dy ad bas khas untuk ke klia2,biasa brapa jam sbb sy first time nk ke klia2 sbb tbs ke klia2 mhl
DeleteDekat Putrajaya saya tak pasti ada bas ke tak. Kalau di TBS saya selalu naik untuk ke KLIA/KLIA2. Harga tiket bas hanya RM11
DeleteKalo guna touch n go naik erl kol 10.30 mlm dri klia2 boleh je la kan..
ReplyDeleteYe, sangat boleh. Touch & Go lagi cepat, sebab tak payah beratur beli tiket :)
DeleteBetul ke kiraan sy..
ReplyDeletedari kls ke putrajaya rm14
Dr putrajaya ke klia rm9.40
Total = rm23.40
Ye betul dah kiraan tu. Kalau ambil direct train dari KL Sentral ke KLIA dalam RM55. Kalau transit macam yg kita kira ni, jimat half price 😊
DeleteKalau direct dr klia2-klsentral naik kliatransit bpe?
ReplyDeleteBetter ambil express sebab harga dia sama, RM55/way. Transit lambat sebab stop di semua stesen. Kalau ambil express, laju sebab terus je ke KL Sentral.
DeleteKalau dr klia2-klsentral naik kliatransit bpe?
ReplyDeleteDalam RM55
Deletekalau kite beli tiket return..tp buat cara seperti kes 2 tu.. ade diskaun gak ke.. ataupun hanya applicable untuk erl transit? tq akak
ReplyDeletekalau beli tiket return memang dah ada diskaun..
Deletebeli online/ kiosk pun ada diskaun...
apa yang saya share ni lain.. Ini khas untuk erl transit sahaja..
kalau buat transit kls-putrajya-klia2, tempoh masa berapa lama ya agak2 nak sampai klia2 tu?
ReplyDeletebila stop di Putrajaya, kena keluar dulu beli tiket untuk ke klia2.
DeleteNext train selang 20 minit
saya pun selalu buat macam ni kalau direct ke klia mahal kalau dari tbs ke klia
ReplyDeleteAskm..blh bantu saya..?utk ke cyberjaya..saya perlu beli ticket ERL transit ke ?dan turun di putrajaya ke?
ReplyDeleteye betul, kalau nak stop di stesen selain dari KLIA/KL Sentral, kena beli tiket transit mengikut stesen yang kita nak berhenti. ERL Ekspress hanya beroperasi dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 atau KLIA2/KLIA ke KL Sentral.
ReplyDeleteUntuk ke stesen ERL yang lain, kena beli tiket ERL Transit. Untuk ke Cyberjaya, stesen ERL Putrajaya yang terdekat. Nanti ada public bas untuk ke Cyberjaya
assalamualaikum nak tanya. kalau dari kl sentral ke salak tinggi ada way yang most cheapest tak sebab saya first time nak naik erl ni huhu tq ye
ReplyDeleteWsalam. Tips dia mudah je, boleh try kira tambang dari KL Sentral ke Salak Tinggi direct atau total dua tix dari KL Sentral - TBS,then dari TBS - Salak Tinggi mana yang lebih murah. Yang murah lambat sikit lah. Tapi kalau rushing, saya cadangkan ambik je direct train dari KL Sentral ke Salak Tinggi
Delete