Rezeki tahun baru 2016 bila diumumkan sebagai salah seorang pemenang Top 6 #FabulousMelaka Instagram Photo Contest. Contest ini telah dianjurkan oleh Tourism Melaka sempena Melaka Tourism Week 2015. Lebih kurang 250 penyertaan diterima sepanjang contest berlangsung. Boleh cek hashtag #FabulousMelaka untuk gambar-gambar penyertaan.
Untuk contest kali ni, aku join agak last minute. Tu pun, hasil dorongan +Mawardi Yunus So, agak kalut juga lah untuk mencari gambar-gambar berkaitan negeri Melaka dalam arkib gambar. Akhirnya, berjaya submit 6 gambar sebagai penyertaan contest #FabulousMelaka sekaligus support contest yang dianjurkan. Tak tahannya, sambil duk lepak kedai makan bersama +Dik bee dan +Ahmad Fauzi Aryaan , sambil kalut join contest, hahahaha. Sempoi!
Macam biasa, bila join contest, menang kalah itu belakang kira. Itu semua adat dalam bertanding. Apa yang penting, kita cuba dan kalau ada rezeki menang, itu bonus. Bak kata orang tua-tua, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Macam tu juga lah bila setiap kali kita join contest.
Macam biasa, bila join contest, menang kalah itu belakang kira. Itu semua adat dalam bertanding. Apa yang penting, kita cuba dan kalau ada rezeki menang, itu bonus. Bak kata orang tua-tua, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Macam tu juga lah bila setiap kali kita join contest.
Memang bersyukur sangat-sangat bila dapat call daripada pihak Tourism Melaka yang mengatakan salah satu gambar yang dihantar terpilih sebagai Top 6. Lagi mendebarkan, tak tahu placing sebab dorang nak umumkan pada malam sambutan tahun baru. Memandangkan jauh nak pi Melaka, so tarik diri awal-awal untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah. Finally, bila dorang umumkan di Instagram, baru tahu dapat hadiah saguhati sekaligus dapat wang tunai RM100. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya merangkul kejuaraan (RM500), Tempat ke-dua (RM300), Tempat ke-tiga RM200 dan 3 pemenang saguhati masing-masing dapat RM100. Ole-ole tahun baru 2016, Alhamdulillah!
Alang-alang dah bukak cerita pasal contest #FabulousMelaka ni, meh nak share semua gambar penyertaan yang telah aku submit untuk contest kali ni. Dan misi 2016, semestinya kalau boleh nak join sebanyak mungkin contest yang ada, dan kalau ada rezeki nak menang seberapa banyak yang boleh. Amin.
Entry 1
: Bustel Klebang, Melaka
Entry 2 : Padang Pasir, Klebang
Entry 3
: Philea Resort & Spa, Melaka
Entry 4 : Melaka Nyonya Village Restaurant
Entry 5 : Cendol Menara Jam, Melaka
Entry 6 : Kincir Angin, Bandar Hilir, Melaka
Sebenarnya, instagram ni banyak manfaat kalau pandai gunakannya. Untuk tahun 2015, Alhamdulillah Instagram @penaberkala berjaya merangkul hadiah wang tunai mencecah ribuan ringgit dari contest-contest yang dianjurkan. Orang kata, "sambil menyelam, minum air". Harap-harap, untuk tahun 2016 lebih banyak rezeki yang menanti.
Last but not least, HAPPY NEW YEAR 2016 kepada semua readers dan followers! Semoga tahun 2016 ini, kita sama-sama kecapi lebih banyak kejayaan dan merealisasikan lebih banyak impian. All the best!
0 Comments