KEMERIAHAN MENIKMATI HIDANGAN ALA DIRAJA DI PIZZA HUT

Last week, aku berpeluang untuk turut serta dalam Pizza Hut Blogger Party yang diadakan di Pizza Hut, Pavilion, Kuala Lumpur. Jujurnya, event kali ini amat berbeza daripada event-event sebelum ni. Nak tahu apa bezanya? Jom, baca selanjutnya kisah kemeriahan menikmati hidangan ala DiRaja di Pizza Hut. 



Setibanya kami di Pizza Hut Pavilion, terkejut tengok dekorasi yang disediakan oleh pihak Pizza Hut. Waaah! Konpius jap, ini Pizza Hut ke istana? Macam-macam props ada, seolah-olah berada di istana. Rupa-rupanya, Blogger Party kali ini bertemakan hidangan ala diraja. Dengan tagline "Umpama Mahkota Keemasan, Poket Berkeju Jadikan Pilihan!".




Dekorasi ala istana ini bertepatan dengan hidangan yang bakal diperkenalkan oleh pihak Pizza Hut iaitu Cheesy Crown. Setiap daripada kami diberikan crown masing-masing untuk ambil feel di istana, hahaha. Memang sempoi lah event kali ini.



Kalau nak tahu, bukan props biasa-biasa je ada di Pizza Hut Pavilion malam tu. Malah, siap dilengkapi dengan kerusi raja dan sepersalinan pakaian raja. Fulamak! Memang penuh bergaya. Ramai rakan-rakan bloggers yang siap pakai persalinan raja bak raja sehari malam tu. Boleh tengok perkongsian gambar-gambar mereka di laman Instagram dengan hashtag #MyCheesyCrown



Kemuncak pada malam itu semestinya majlis memperkenalkan menu baru Pizza Cheesy Crown sempena Chinese New Year. Staff Pizza Hut Pavilion siap berarak masuk lagi bawa Cheesey Crown. Dah macam upacara keputeraan anak raja pun ada, hahahaha.



Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang special sangat tentang Pizza Cheesy Crown ni? Kalau nak tahu, pizza ni special berbanding dengan pizza-pizza yang lain kerana kaya dengan cheese. Memang meleleh! Untuk pencinta cheese, Cheesy Crown ni highly recommended untuk korang semua.




Pizza Cheesy Crown dihidangkan dengan 12 poket keemasan yang diisi dengan keju dua perisa iaitu mozzarella dan chedar, dilitupi fondue Alfredo dan chedar. Ditambahkan lagi kelazatan dengan isi ketam, cebisan ayam, hirisan lada benggala, bawang, nenas dengan sos pedas dan masam. Pendek kata, memang sedap. Setiap gigitan ibarat menikmati hidangan ala diraja *Kunyah gaya prince charming, keh3*


So, kalau korang teringin nak try pizza Cheesy Crown ni, bolehlah pergi ke Pizza Hut berdekatan di seluruh Malaysia. Nak pizza saja boleh, nak order satu set pun boleh. Semuanya bergantung kepada keinginan dan citarasa masing-masing.

Hidangan Ala'Carte
Pizza Cheesy Crown saiz biasa berharga RM32.20*

Hidangan Kombo
Hidangan lengkap pada harga serendah RM39.90*


* Harga jualan dan kombo mungkin berbeza-beza mengikut lokasi



Dan, kalau pergi makan ramai-ramai, jangan order satu je. Order lah lebih sikit. Bukan apa, takut tak cukup jadi macam ni haa. Sampai berebut-rebut nak kan pizza Cheesy Crown. Biasa kita dengar orang berebut takhta, berebut kuasa, tapi hari ini orang berebut pizza pun ada, wakaka. Jangan tiru aksi ini di Pizza Hut ye. Hanya +Mawardi Yunus dan +Fatin Bella je suka berebut-rebut macam ni, hehehe.

Ciptaan terbaru dari Pizza Hut menawarkan kerak unik dikelilingi 12 poket keemasan yang kaya dengan keju dan inti yang padat untuk pengalaman makan umpama raja. Pizza Cheesy Crown pasti akan menawan serta memuaskan selera semua apabila dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga di musim cuti perayaan.  
-Felix D. Micheal-




Memandangkan aku ni seorang yang suka makan cheese, jadi pizza Cheesy Crown ni sah-sah lah jadi favorite yang ditunggu-tunggu. Kepingan pizza yang lembut, kaya dengan cheese dan paling best siap ada isi ketam, memang umphhhhh! Give it a try, konpem korang akan puas hati. Kami dah try, korang bila lagi? Kalau dah try, jangan lupa share feedback korang di Instagram dengan hashtag #MyCheesyCrown.


Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia

Facebook

Twitter

Instagram


Atau, kalau malas nak menapak ke Pizza Hut, boleh je call untuk delivery!

Pizza Hut hanya di hujung jari anda:

Delivery
1 300 88 2525

Post a Comment

8 Comments

  1. tahniah! artikel tentang blog adik tersiar di dalam HM hari ini. Jika sudi tengoklah blog abam kie pulok! Ore Mache jah ni...

    www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abam kie
      Salam kenal dari saya
      Kito ore Melor, hehe

      Delete
  2. Memang berbeza... Makan bagaikan raja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, dah macam Maharaja Cheng Ho dah jadinya,hahaha

      Delete